Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr


 
Peranti tidak cukup, liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR
Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 20, 2021 Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan bermula Mac 2021 adalah sangat memeranjatkan apatah lagi apabila ia dilakukan sehari selepas Perdana Menteri melancarkan program Didik TV di bawah Kementerian Pelajaran.
Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata Menteri Pelajaran telah gagal memberi penjelasan kukuh dan rasional akan pengumuman segera pembukaan kelas-kelas persekolahan di seluruh negara yang merangkumi semua zon jangkitan pandemik Covid-19.
“Bukankah lebih baik kerajaan memastikan rancangan bantuan peranti internet kepada para pelajar dilaksanakan segera sepertimana yang telah dijanjikan melalui Belanjawan 2021, dan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada program PdPR mengambil tempat untuk dapat disusun secara lebih komprehensif dan efektif?
“Bukan sebaliknya direncatkan dengan segala keputusan dan tindakan pra-matang oleh Menteri Pelajaran.
“Amat malang apabila kita menyaksikan semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masa depan pendidikan anak-anak sepanjang tempoh pandemik Covid-19, seolah-olah tanpa perancangan, pelan tindakan dan strategi objektif yang jelas,” katanya.
Bahkan beliau tidak menolak sama sekali keperluan untuk proses pembelajaran dan pengajaran normal dan bersemuka secara fizikal kembali mengambil tempat.
Namun katanya, hal yang lebih utama perlu diberikan perhatian oleh Menteri Pelajaran dan kementerian sebelum ia dilaksanakan, adalah sejauhmana kesiapsiagaan semua sekolah termasuk berkaitan prasarana persekolahan, guru dan para pelajar dalam memenuhi tuntutan SOP ketat, sepanjang pandemik Covid-19 masih gagal dibendung.
“Saya musykil, bahkan langsung tidak melihat inisiatif sebegini sebenarnya wujud. Bahkan apa yang dapat kita saksikan daripada semasa ke semasa adalah beberapa Menteri sendiri telah menjadi contoh terbaik dalam kegagalan mematuhi pelaksanaan SOP.
“Apa akan terjadi jika sekiranya, berlaku lagi kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan guru?
“Adakah tindakan lepas yakni penutupan kelas-kelas persekolahan secara tiba-tiba akan kembali dibuat, dan tidak ada sebarang penambahbaikan terhadap semua proses dan prosedur pengambilan keputusan ini?” soal beliau.
Katanya, rakyat tidak mahu keputusan membuka kelas persekolahan ini sekali lagi mengundang kepada rentetan tindakan flip flop kerajaan yang menyusahkan khususnya ibu bapa dan pelajar sepertimana yang telah berlaku sebelum ini,
“Dek kerana kegagalan yang berulang, termasuklah kegagalan kerajaan dalam memastikan kelengkapan segala keperluan para guru dan para pelajar untuk melalui proses PdPR yang berkesan,” ujarnya.
Justeru beliau berkata, Perikatan Nasional sedang menyerlahkan kelemahan tadbir urus yang sangat ketara akibat penutupan Parlimen yang seharusnya menjadi pusat semak imbang terhadap segala cadangan dan usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.
“Pengkhianatan bukan sahaja telah memberi kesan buruk terhadap sistem Demokrasi Berparlimen Malaysia, tetapi kini menjalar ke setiap inci dan nadi kehidupan rakyat kebanyakan,” katanya..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/umum-sekolah-dibuka-kerana-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 340 hits
February 24 2021 DAH 2 BULAN LAKSANA PKP BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT Baca laporan Akhbar tadi Kata Ismail Sabri Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah...
Kenapa Sekolah Tidak Dibuka Selepas 5 3 21 Bergantung Kepada

Kenapa Sekolah Tidak Dibuka Selepas 5 3 21 Bergantung Kepada

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 370 hits
PKP sekarang dilanjutkan SEHINGGA 4 3 2021 dan kebiasaannya dua hari sebelum tamat samada Muhyiddin atau Menteri MKN AKAN umumkan penguatkuasaan terbaru Kalaulah covid 19 terus ditingkatkan angkanya gila mencecah dua kali ganda dari sekaran...
Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 625 hits
Sebab apa kali ni aku setuju sekolah buka Personally bila dah temporary jadi remote IT tech yang mana kalau ada apa apa problem bila anak nak attend online class anak akan video call aku tengah kerja bagitahu kenapa itu tak boleh ini tak bo...
Kerajaan Muhyiddin Adalah Sebuah Kerajaan Yang Gagal

Kerajaan Muhyiddin Adalah Sebuah Kerajaan Yang Gagal

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 278 hits
February 7 2021 KERAJAAN TANPA KEBIJAKSANAAN SEBUAH KERAJAAN YANG GAGALL Bila Kerajaan mencadangkan uuntuk tingkatkan hukuman dan Kompoun bagi mereka yang melanggar SOP Ds Anwar membantah tindakan tersebut Malangnya seorang Ulama MB negeri ...
Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Kini Dibuka

Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 760 hits
Pada 3 Februari yang lalu sebanyak 3 600 peranti pintar akan disumbangkan kepada murid yang memerlukan melalui program Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Bantuan ini diumumkan oleh YAB Menteri Besar Dato Seri Haji Aminuddin Harun Me...
Agenda Awani Covid 19 Rasional Sekolah Dibuka

Agenda Awani Covid 19 Rasional Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 282 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Hiburan Kalau Kerja Kerajaan Mesti Dah Dapat Amaran Gagal Hidup Berdikari Bapa Dah Tarbiah Aiman Tino

Hiburan Kalau Kerja Kerajaan Mesti Dah Dapat Amaran Gagal Hidup Berdikari Bapa Dah Tarbiah Aiman Tino

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 314 hits
Baru baru ini timbul dakwaan kurang enak yang mengatakan bahawa Aiman Tino sudah mula membelakangkan keluarga dan karier seni selepas berkenalan dengan seorang wanita bernama Fewa BACA AdvertisementPun begitu penyanyi lelaki itu telah tampi...
Hiburan Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Pkp Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega

Hiburan Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Pkp Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 366 hits
Pelakon Fikry Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk membuka kedai gunting rambut sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini Sumber Instagram Fikry Ibrahim Ini berikutan di...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan