Harga Komputer Riba Tablet Naik 25 Kerajaan Buat Apa




Apabila permintaan mengatasi penawaran, harga akan meningkat.. dan apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh. 
Itu adalah asas hukum pasaran bebas.

Tetapi apabila yang berkuasa membiarkan ianya berleluasa.. maka ada yang akan memijak kepala dan naikkan harga ikut suka dia..

Bila Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),komputer riba dan tablet sangat diperlukan oleh pelajar untuk mengikuti kelas online.
Permintaan yang mendadak itu telah menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga komputer riba dan tablet itu sehingga 25%.. satu kenaikkan yang tinggi.
Antara alasan yang diberikan oleh Peniaga ialah berlaku peningkatan harga disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pihaknya menerima laporan tablet mampu milik berjenama yang sebelum ini berharga RM399 kini dijual pada harga RM599 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadir berkata:“CAP menerima aduan berlaku kenaikan harga sehingga 25 peratus bagi tablet dan peningkatan harga ini mesti segera dikawal oleh kerajaan,”
"Peniaga memberi alasan kenaikan harga berlaku disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar."
"Alasan itu tidak dapat diterima kerana pengilang barang-barang tersebut merupakan syarikat yang berskala besar sekali gus tidak berdepan masalah berkenaan"
“Peniaga harus menurunkan margin keuntungan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat pada masa-masa yang sukar ini,”
"Daripada tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada Mac 2020, terdapat masalah serius melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)"
“Tinjauan dilakukan dalam kalangan 670,000 ibu bapa serta sekitar 900,000 murid dan hasilnya mengejutkan.
“Hanya enam peratus pelajar yang mempunyai komputer dan tablet peribadi; sembilan peratus mempunyai komputer riba; dan 46 peratus memiliki telefon pintar sementara 36.9 peratus tidak mempunyai sebarang peranti,”
Adakah kita mahu melihat 36.9 peratus anak bangsa kita yang tidak memiliki sebarang peranti itu keciciran dalam pelajaran mereka?
Disamping berlakunya kenaikkan harga ada laporan mengatakan kebanyakan komputer riba terutama yang berharga RM2,000 ke bawah telah habis dijual susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak beberapa minggu ini.  

IPOH: Kebanyakan komputer riba terutama yang berharga RM2,000 ke bawah telah habis dijual di Ipoh susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak beberapa minggu ini.
Tinjauan Bernama di sebuah kompleks yang merupakan lubuk penjualan alat peranti di Perak seperti telefon bimbit, komputer dan aksesori itu mendapati stok komputer riba di kebanyakan kedai di kompleks itu semakin berkurang.
Menurut seorang peniaga Chai Wai Kean, 25, premisnya kehabisan stok komputer riba jenis murah kerana lebih 100 unit telah terjual sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) terutamanya ketika pelaksanaan PdPR.
“Ramai ibu bapa yang datang ke sini untuk mencari komputer riba bagi anak mereka menjalani sesi persekolahan secara dalam talian di rumah dan kini tiada lagi stok boleh didapati di kedai ini kerana yang tinggal hanya yang berharga RM3,000 ke atas.
“Bagaimanapun kami masih mempunyai set komputer meja (desktop) berharga lingkungan RM1,500 namun kebanyakan ibu bapa enggan membelinya kerana lebih memilih komputer riba untuk anak-anak mereka guna secara berkongsi,” katanya.
Chai berkata sebelum ini pihaknya hanya menambah stok komputer riba yang murah antara 10 hingga 20 unit dua kali sebulan tetapi kini pihaknya sukar mendapatkan bekalan kerana pembekal dan penghantaran dari luar negara agak terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Sementara itu, seorang pekerja di premis lain dalam kompleks sama yang hanya ingin dikenali sebagai Chong, 37, berkata ramai ibu bapa menolak apabila dicadangkan supaya membeli komputer meja yang lebih murah kerana mereka tetap memilih komputer riba kerana dilengkapi dengan kamera bagi tujuan PdPR.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan harga peranti itu bakal meningkat susulan permintaan yang tinggi dan kesukaran mendapatkan bekalan ketika ini manakala stok baharu dijangka hanya tiba selepas Tahun Baru Cina nanti.
Seorang peniaga produk Muslim yang tinggal di Tambun, Abu Muizzuddin berkata beliau datang ke Kompleks Yik Foong itu untuk mencari komputer riba bagi kegunaan anak-anak mengikuti PdPR pada Selasa lepas namun kehabisan stok.
Beliau berkata empat anaknya yang masih berada di sekolah rendah dan menengah termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa berkongsi komputer riba lama yang dibelinya beberapa tahun lepas.
“Selain anak, isteri saya seorang guru juga terpaksa berkongsi komputer riba yang sama untuk tujuan PdPR. Puas saya mencari di kompleks ini…yang tinggal hanyalah satu unit tetapi harganya terlalu mahal,” keluhnya lapor FMT
Hmm.. kekurangan stok.. alasan nak naikkan harga lagilah tu.

Kalau RM2000 pun dah cukup membebankan bagi golongan B40.. bagaimana pula jika harganya melebihi RM3000?.. sudah tentu lebih membebankan.

Kerajaan sepatutnya bertindak mengawal harga Komputer riba dan juga tablet ini.. letakkan harga siling, jangan biarkan peniaga yang mengawal harga gajet tersebut.

Oittt!! orang kat Putrajaya tu.. kawal lah sikit.. jangan dok tengok saja.. dah ada kuasa tu guna laa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/harga-komputer-riba-tablet-naik-25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komputer Riba Mengapa Mahu Bebankan Lagi Dengan Pembelian Soal Anwar Kepada Kerajaan

Komputer Riba Mengapa Mahu Bebankan Lagi Dengan Pembelian Soal Anwar Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 215 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan sepatutnya memberikan komputer riba kepada 150 000 pelajar secara percuma bukannya pinjaman Beliau berkata tindakan kerajaan memberikan pinjaman komputer riba itu menunjukkan ketidakpedulian ...
Digital Rembau Dilancarkan Dengan Tiga Inisiatif Utama Termasuk Bantuan Untuk Komputer Riba Dan Tablet

Digital Rembau Dilancarkan Dengan Tiga Inisiatif Utama Termasuk Bantuan Untuk Komputer Riba Dan Tablet

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 210 hits
Jika anda perasan sebelum ini kami ada berkongsi artikel mengenai Digital Rembau Ia sebenarnya merupakan satu program atau inisiatif dalam usaha menggalakkan pembudayaan digital dan teknologi dalam kehidupan harian Selain peralihan kepada k...
Msi Ge76 Raider Edisi Aurora Adalah Komputer Riba Terbaik Untuk Para Penstrim Permainan Video

Msi Ge76 Raider Edisi Aurora Adalah Komputer Riba Terbaik Untuk Para Penstrim Permainan Video

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 213 hits
Komputer riba adalah suatu peranti yang sangat penting pada masa sekarang Kini ia bukan sekadar kehendak tetapi juga keperluan kepada kita semua untuk membantu dalam meningkatkan produktiviti harian Namun komputer riba ini terdiri daripada ...
Berhati Hati Sebelum Beli Komputer Riba Dalam Talian Kata Persatuan Pengguna

Berhati Hati Sebelum Beli Komputer Riba Dalam Talian Kata Persatuan Pengguna

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 269 hits
MALAYSIA NOW CAP kesa beberapa sindiket penipuan yang menggunakan keldai wang untuk menipu transaksi wang Pembelian peranti di kedai fizikal mampu mengelak diri ditipu penjual dalam talian Gambar Bernama Pelajar dan ibu bapa disarankan untu...
Kenaikan Harga Minyak Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ron95 Rm2 05 Seliter

Kenaikan Harga Minyak Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ron95 Rm2 05 Seliter

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 218 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan penetapan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel masing masing sebanyak RM2 05 dan RM2 15 seliter Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata langkah ini bagi melindungi pengguna daripada kesan ke...
Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Siri Komputer Riba Galaxy Book Pro

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Siri Komputer Riba Galaxy Book Pro

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 205 hits
Samsung mungkin dikenali untuk siri peranti pintar mereka seperti Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note yang cukup popular secara global Tetapi mereka juga dikenali untuk membangunkan peranti peranti lain seperti komputer riba dan terkin...
Esok Harga Ikan Kembung Naik Rupanya Lagi Berkhasiat Dari Ikan Salmon

Esok Harga Ikan Kembung Naik Rupanya Lagi Berkhasiat Dari Ikan Salmon

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 1691 hits
Jujurnya selama ini selalu ingat yang Ikan Salmon lagi berkhasiat dari Ikan Kembung Ye la kalau ikut harga Ikan Kembung ni memang jauh lagi murah dari Ikan Salmon Dan selalu disebut yang Ikan Salmon mempunyai Omega 3 yang tinggi Tetapi haki...
Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 198 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini mengatakan mereka akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik Hal ini adalah berikutan kenaikan harga barangan elektronik pada m...
Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 210 hits
Walaupun darurat sudah diisytiharkan kata PKR kerajaan Perikatan Nasional dilihat masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata dalam keadaan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord