Raja Kamehameha Raja Kerajaan Hawaii Yang Agung



Kalau ditanyakan apa maksud kamehameha kepada kebanyakan orang kita, kebanyakan kita akan terbayangkan satu jurus kuasa dari sebuah anime Jepun yang terkenal, iaitu Dragon Ball. Bayangan watak Master Roshi, pembuat jurus tersebut dalam anime ini akan menyusul dalam tabir minda kita. Jeritan Son Goku,protagonis utama anime tersebut menyebut perkataan "KA..ME..HA..ME...HA!!!" sambil mengumpul tenaga di kedua-dua tangan lalu melepaskannya ke arah pihak musuh pasti akan terlukis kembali di minda kita terutama ketika hero zaman kanak-kanak kita ini beradu tenaga dengan musuh seperti Buu dan juga Cell.
Namun seberapa banyak antara kita yang tahu lafaz Kamehameha itu sebenarnya datang dari seorang pengasas empayar agung nun jauh di Hawaii? Ya, saudara jauh orang Melayu kita, iaitu bangsa Hawaii mempunyai seorang raja agung yang mempunyai nama Kamehameha dan raja itu pula menjadi kebanggaan mereka sehingga kini.
Raja Kamehameha I atau lebih dikenali sebagai Kamehameha Yang Agung (The Great) lahir pada tahun 1758. Baginda ialah pendiri kepada Kerajaan Hawaii yang sebenarnya sebuah empayar yang mengabungkan suku-suku kecil Oʻahu, Maui, Molokaʻi, Lānaʻi dan Kauaʻi kepada sebuah pemerintahan pusat yang kukuh. Nama sebenar baginda ialah Paiea manakala maksud Kamehameha itu ialah "The Very Lonely One" iaitu nama lain untuk Paiea.
Menurut tradisi di Hawaii, apabila munculnya Kokoiki atau Komet Halley, maka kononnya seorang penakluk yang hebat akan lahir. Kahuna, seorang bomoh terkenal dalam masyarakat Hawaii ketika tu meramalkan bahawa dengan kedatangan komet Halley itu, akan muncul seorang pemimpin hebat di kalangan mereka yang akan mengalahkan musuh mereka dan menyatukan seluruh kepulauan Hawaii. Dikatakan bahawa detik kelahiran Raja Kamehameha memang bertepatan dengan munculnya komet Halley (Kokoiki) pada tahun 1758.
Legenda menceritakan lagi bahawa seorang lelaki akan menyatukan seluruh Kepulauan Hawaii yang berpecah belah. Diceritakan bahawa lelaki itu mampu mengubah kedudukan batu Naha,sebuah batu legenda yang besar dan berbentuk kuboid. Sejak sekian lama, banyak lelaki an jejaka Hawaii yang cuba menolak batu itu namun tidak berjaya. Dan ketika Kamehameha cuba untuk menolak batu itu, seorang ketua puak asli di Hawaii pada masa itu mengatakan bahawa lelaki ini tidak layak untuk menolak Batu Naha. Namun, selepas percubaan yang keras, akhirnya Kamehameha berjaya menolak batu itu dan ini memeranjatkans emua orang.
Pertempuran Mokuhai adalah detik pertama Raja Kamehameha I mula menampakkan bakat kepimpinannya. Ketika saudara Raja Alapai, Kalakiopuu meninggal dunia,pulau-pulau di Hawaii dibahagi menjadi dua, masing-masing untuk diwariskan kepada anaknya, Kiwalao dan anak saudaranya, Kamehameha. Perselisihan faham telah berlaku di daerah Keomo dan akhirnya tercetusnya peperangan.
Berjaya mencapai kemenangan dalam pertempuran itu, maka Kamehama I berjaya mengawal beberapa buah daerah. Bermula daripada situ, Kamehameha I mula memasangkan impian untuk menyatukan seluruh Hawaii di bawah satu pemerintahan. Dengan bantuan pedagang British dan juga Amerika, yang membekalkan senjata api kepada Raja Kamehameha, serta beberapa orang penasihat Eropah untuk baginda seperti Isaac David dan John Young.
Antara pertempuran yang paling diingati dalam percubaan Kamehameha I meluaskan empayarnya ialah pada Pertempuran Kawela, di mana baginda dicatatkan mengetuai 960 perahu perang serta 10,000 orang askar menyerang pulau Maui and Molokaʻi. Dalam peperangan ini, diceritakan bahawa jeneral perang kepercayaan Kamehameha I iaitu Kaʻiana telah mengkhianati perjuangan Kamehameha I. Namun Ka’iana telah terbunuh dalam pertempuran itu.
Kesemua pulau di Hawaii berjaya dikuasai oleh beliau kecuali pulau Kauai dan Niihau yang masih belum berada dibawah kekuasaannya pada tahun 1795. Namun, berkat diplomasi yang bijak daripada baginda, dua pulau tersebut berjaya dimasukkan kedalam wilayah kekuasaan Kamehameha pada tahun 1810,sekaligus beliau berjaya menyatukan seluruh pulau di Hawaii.
Kamehameha I juga terkenal dengan memperjuangkan undang-undang yang dipanggil Kānāwai Māmalahoe ( Undang-undang pengayuh berpecah), iaitu undang-undang yang melindungi hak asasi manusia bagi mereka yang bukan pejuang dalam peperangan (wanita, kaum tua dan juga kanak-kanak). Lebih kurang sama dengan undang-undang dan etika perang yang digariskan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W untuk umat Islam . Pada hari ini, undang-undang yang diperjuangkan oleh baginda masih lagi dipakai dalam dunia moden.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zonanesia.com/2017/03/raja-kamehameha-raja-kerajaan-hawaii-yang-agung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Tingkat Ujian Covid Kerajaan Sibuk Naikkan Denda

Rakyat Mahu Tingkat Ujian Covid Kerajaan Sibuk Naikkan Denda

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 296 hits
Wabak Covid 19 yang mendadak menular dalam kalangan penduduk Malaysia perlu ditangani dengan meningkatkan ujian bagi mengenalpasti individu yang tertulari dan kontak rapat mereka Menurut Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim s...
Awani Ringkas Pemberian Vaksin Dijangka Selesai Awal Bajet 2022 Sudah Dirangka Kerajaan

Awani Ringkas Pemberian Vaksin Dijangka Selesai Awal Bajet 2022 Sudah Dirangka Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 297 hits
Pemberian vaksin dijangka selesai awal Bajet 2022 sudah dirangka kerajaan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https ww
Kp Kesihatan Kecewa Dengan Kerajaan Pn

Kp Kesihatan Kecewa Dengan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 167 hits
1 Baru baru ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan tiga kenyataan yang membuka pekung atau rahsia Kerajaan PN 2 Pertama beliau telah mendahului pengumuman rasmi memaklumkan kepada media bahawa PKP 2 ...
Kalau Kerajaan Pn Gentar Sekurang Kurangnya Biar Parlimen Bersidang Seminggu

Kalau Kerajaan Pn Gentar Sekurang Kurangnya Biar Parlimen Bersidang Seminggu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 142 hits
Suasana darurat tidak sepatutnya tidak menghalang Parlimen daripada bersidang sebagaimana siri darurat selepas negara merdeka yang tidak menggantung sidang Dewan Rakyat dan membenarkan pilihan raya umum Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani Datu...
Inisiatif Wakaf Air Bukan Pengganti Peranan Kerajaan

Inisiatif Wakaf Air Bukan Pengganti Peranan Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 161 hits
Kerajaan bertanggungjawab sedia keperluan air kepada rakyatPUTRAJAYA Inisiatif Wakaf Air adalah satu usaha kepada perkhidmatan sedia ada kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air itu menafikan bahawa inisiatif yang ...
Kerajaan Cari Kaedah Lebih Realistik Bantu Rakyat Terjejas Pendapatan Mustapa

Kerajaan Cari Kaedah Lebih Realistik Bantu Rakyat Terjejas Pendapatan Mustapa

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 247 hits
Astro AwaniMustapa berkata antara kaedah yang dipertimbangkan adalah membenarkan pembukaan semua sektor ekonomi bagi membasmi jurang pendapatan rakyat di bawah pelan jangka panjang KUALA LUMPUR Kerajaan akan mencari kaedah yang lebih realis...
Peniaga Pasar Malam Bungkus Mahu Kerajaan Benarkan Semula Operasi

Peniaga Pasar Malam Bungkus Mahu Kerajaan Benarkan Semula Operasi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 332 hits
Oleh NOOR HASLIZA NUSI PENIAGA pasar malam di Pulau Pinang merayu kerajaan membenarkan semula operasi perniagaan biarpun dengan SOP yang lebih ketat GEORGETOWN Pelaksanaan Pe rintah Kawalan Pergerakan 2 0 sejak 13 Januari lalu mem beri tamp...
Tangguh Dulu Lawatan Tunjuk Lah Teladan Tak Malukah Lakukan Lawatan Tanpa Jadi Kerajaan Majoriti

Tangguh Dulu Lawatan Tunjuk Lah Teladan Tak Malukah Lakukan Lawatan Tanpa Jadi Kerajaan Majoriti

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 182 hits
Hari ini Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia Diperkatakan lawatan itu diadakan atas jemputan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi Entah kenapalah agaknya jemputan itu dilakukan ketika wabak C...
Kerajaan Pulau Pinang Umum Rm5 Juta Besarkan Pejabat Exco

Kerajaan Pulau Pinang Umum Rm5 Juta Besarkan Pejabat Exco

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 260 hits
Sebulan selepas kontroversi membabitkan ketua menteri dan kereta baharunya yang berharga RM458 000 kerajaan Pulau Pinang mengumumkan projek mengubahsuai serta membesarkan pejabat exco kerajaan negeri di Komtar dengan kos hampir RM5 juta Ten...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian