Kerajaan Peruntuk Rm493 Juta Kekalkan Rebat Elektrik 2 Sen


Staff Writers  MALAYSIA NOW

Inisiatif tersebut mendapat peruntukannya melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik.

Kerajaan mengumumkan kadar rebat elektrik pengguna TNB kekal bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember. Gambar: Bernama Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj sekali gus mengekalkan rebat elektrik sebanyak 2 sen bagi pemilik akaun TNB Sabah dan semenanjung bermula 1 Julai hingga 31 Disember.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anwar Nasarah berkata kos Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang perlu diselaraskan adalah berjumlah RM638.98 juta. Ini bermakna bahawa kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu 2 sen/kWj.
“Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik Covid 19, kerajaan telah bersetuju untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang melibatkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana KWIE.
“Pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak 5% bagi tempoh tersebut,” kata Shamsul dalam sidang media hari ini.
Selain itu, beliau turut berkata pengguna-pengguna di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik dari NUR Power Sdn Bhd juga akan diberikan rebat elektrik sebanyak 2 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
“Ini merupakan kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Incentive-Based Regulations dilaksanakan pada tahun 2017.
Menurutnya, pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2020.
Dalam pada itu, Shamsul berkata selain pembiayaan rebat tambahan ini, kerajaan turut bersetuju untuk memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai hingga September 2021 untuk negeri-negeri semenanjung dan Sabah.
“Justeru apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun. Namun penting kerana Kerajaan telah bersetuju membelanjakan RM493 juta agar tidak berlaku kenaikan tarif elektrik, dan mengekalkan sebagaimana sekarang,” jelasnya.
Shamsul berkata butiran lanjut mengenai inisiatif terbaru kerajaan ini akan diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kerajaan-peruntuk-rm493-juta-kekalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diskaun Bil Elektrik Sebanyak 40 Bagi 2 9 Juta Pengguna Domestik Di Semenanjung

Diskaun Bil Elektrik Sebanyak 40 Bagi 2 9 Juta Pengguna Domestik Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 227 hits
Diskaun bil elektrik menerusi PEMULIH ini diberikan secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah bagi meringankan beban rakyat di kala wabak Covid 19 sedang melanda PETALING JAYA Seramai 2 9 juta peng...
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Tahun Ini Kekal 39 45 Sen Kwj

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Tahun Ini Kekal 39 45 Sen Kwj

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 121 hits
MALAYSIAKINITiada kenaikan tarif asas elektrik bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Dis depan setelah kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat sebanyak dua sen kWj melibatkan peruntukan RM493 juta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr...
Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 221 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang berkuatkuasa hampir sebulan telah menyebabkan kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Muhammad Faisal Abdul Aziz kemerosotan kualiti hidup...
Kerajaan Negeri Pahang Anggarkan Sebanyak Rm20 Juta Di Perlukan Untuk Pulih Tasik Chini

Kerajaan Negeri Pahang Anggarkan Sebanyak Rm20 Juta Di Perlukan Untuk Pulih Tasik Chini

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menganggarkan RM20 juta diperlukan dalam usaha memulihkan kawasan seluas 600 hektar di Tasik Chini Pekan yang terjejas teruk akibat aktiviti perlombongan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Kerajaan Bersetuju Memberikan Diskaun Bil Elektrik Selama Tiga Bulan Bermula Julai Ini

Kerajaan Bersetuju Memberikan Diskaun Bil Elektrik Selama Tiga Bulan Bermula Julai Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan ...
Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 213 hits
Total lockdown sudah sambung 2 minggu lagi Namun Moratorium Pukal tanpa faedah masih tidak kesampaian Rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik sewajibnya bank juga harus berkorban Laporan 2020 juga mendedahkan b...
Cubaan Jatuhkan Kerajaan Pn Gagal Sebab Anwar Tak Mahu Saya Jadi Pm Lagi Dakwa Dr M

Cubaan Jatuhkan Kerajaan Pn Gagal Sebab Anwar Tak Mahu Saya Jadi Pm Lagi Dakwa Dr M

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 146 hits
Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah cuba mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional namun ditolak Anwar Ibrahim atas sebab beliau menawarkan diri menjadi Perdana Menteri selama enam bulan Bekas...
Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 334 hits
AGENDA DAILY Pemandangan Tasik Chini yang menerima kesan akibat aktiviti perlombongan Kerajaan Negeri Pahang yang sebelum ini berdegil akhirnya akur untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu perlombogan di Tasik Chini yang diwartakan Tapak...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 144 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Pusing Bandar

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug

Astrazeneca Akhirnya Tarik Balik Vaksin Covid 19 Selepas Pengakuannya Yang Mengejutkan

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

The Indian Dilemma In Kkb