Kerajaan Negeri Pahang Anggarkan Sebanyak Rm20 Juta Di Perlukan Untuk Pulih Tasik Chini




KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menganggarkan RM20 juta diperlukan dalam usaha memulihkan kawasan seluas 600 hektar di Tasik Chini, Pekan yang terjejas teruk akibat aktiviti perlombongan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM1 juta daripada Kumpulan Wang Pemulihan Lombong Pahang bagi tujuan itu yang dijangka bermula Ogos ini.
Kerajaan negeri juga akan menyalurkan peruntukan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan selain mengalu-alukan jika ada individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu turut serta dalam usaha tersebut.
"Usaha pemulihan akan dilaksanakan secara kolektif antara jabatan dan kerjasama institusi pendidikan serta penyelidikan dalam pelbagai aspek seperti fauna, flora, hidrologi dan bidang berkaitan bagi memastikan matlamat pemulihan hutan dan tapak rizab biosfera yang ditetapkan tercapai.
"Komposisi tanah lombong yang telah terjejas teruk antara cabaran dalam usaha pemulihan. Pelan pemulihan juga dirangka secara total meliputi aspek biodiversiti dan hidrologi," katanya menerusi kenyataan selepas melawat Tasik Chini hari ini.
Selain itu, Wan Rosdy memaklumkan dia telah menulis surat kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk memohon bantuan dalam usaha pemulihan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu.
Dia juga menegaskan bahawa usaha pemulihan tasik yang terkenal dengan mitos naga itu telah dimulakan sejak dua tahun lepas dengan tindakan kerajaan negeri mewartakan Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini pada 13 Mac 2019 dan bukan hanya selepas isu itu tular di media sosial kebelakangan ini.
Katanya lagi, Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) juga telah memulakan proses pemulihan secara berperingkat dengan menanam tanaman bersesuaian sama ada spesies buluh, tanaman tutup bumi dan spesies komersial tinggi seperti pokok merawan siput jantan dan pokok meranti temak nipis.
"Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini juga akan diberi peluang dalam usaha pemulihan menerusi penghasilan anak pokok hutan atau buluh bersesuaian dan JPNP akan mengeluarkan peruntukan bagi membina tapak semaian untuk mereka," katanya.
Wan Rosdy optimis usaha pemulihan Tasik Chini boleh dilakukan mengambil kira kejayaan memulihkan Sungai Ichat di Cameron Highlands yang kini berada di kelas 1 selepas bertahun-tahun tercemar akibat pencerobohan tanah secara haram bagi tujuan pertanian. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/kerajaan-negerii-pahang-anggarkan-rm20.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 387 hits
AGENDA DAILY Pemandangan Tasik Chini yang menerima kesan akibat aktiviti perlombongan Kerajaan Negeri Pahang yang sebelum ini berdegil akhirnya akur untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu perlombogan di Tasik Chini yang diwartakan Tapak...
Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini Pekan Berdasarkan laporan PPTC dikeluarkan hari ini Tasik Chini Rizab Biosfera di bawah Program M...
Tasik Chini Menjunjung Titah Tengku Mahkota Pahang

Tasik Chini Menjunjung Titah Tengku Mahkota Pahang

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 316 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG Tengku Mahkota Pahang Menjunjung Kasih dan Menjunjung Titah atas Titah Saranan KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenaan pemuliharaan Tasik Chini1 Kerajaan Negeri menjunjung kasih dan menjunjung titah atas ti...
Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Membuat Undang Undang Melndungi Alam Sekitar

Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Membuat Undang Undang Melndungi Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh meminta kerajaan negeri Pahang untuk membuat undang undang yang melindungi alam dan persekitaran di negeri itu untuk menunjukkan komitmen mereka Situasi ini timbul kerana tiada enakmen negeri yang...
Pahang Regent Wants Mining Activities At Tasik Chini To Stop

Pahang Regent Wants Mining Activities At Tasik Chini To Stop

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 381 hits
Pahang regent Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah wants a stop to the mining activities at Tasik Chini Comptroller of the Pahang royal household Ahmad Khirrizal Ab Rahman said the regent held a surprise visit to the site on June 13 He added t...
Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan kerajaan Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana mana permohonan baharu aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini Tuan Ibrahim m...
Kerajaan Negeri Pahang Lulus Cadangan Rizab Tanah 510 6 Hektar Kepada Orang Asli Di Lipis

Kerajaan Negeri Pahang Lulus Cadangan Rizab Tanah 510 6 Hektar Kepada Orang Asli Di Lipis

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 193 hits
LIPIS Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan merizabkan 510 6 hektar tanah bagi masyarakat Orang Asli Kampung Pantos di sini kata Menteri Besar Datuk Sri Wan Rosdy Wan IsmailWan Rosdy berkata ia bertujuan untuk dijadikan sebahagian dari...
Keadilan Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Tidak Sensitif Prihatin Terhadap Isu Alam Sekitar

Keadilan Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Tidak Sensitif Prihatin Terhadap Isu Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Kerajaan Barisan Nasional di negeri Pahang perlulah lebih bertanggungjawab dan tegas dalam memberi kelulusan projek terhadap aktiviti perlombongan dan pembalakan di negeri itu Perkara itu dinyatakan oleh perwakilan PKR Pahang Hj Zur...
Rm20m Needed To Restore Tasik Chini Pahang Mb

Rm20m Needed To Restore Tasik Chini Pahang Mb

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 180 hits
The Pahang government estimates that RM20 million is needed to restore an area of 600 hectares in Tasik Chini Pekan which was badly affected by mining activities Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail said the state government had allocated RM1...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord