Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar


 
Anwar Ibrahim berkata dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2018 kepada 226 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes bunuh diri yang dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.
Beliau berkata, dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2018 kepada 226 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik.
“Kita mesti mencari jalan, ikhtiar, hubungi mereka yang kadang-kadang sesak, susah bantu dan cari jalan supaya jangan menjurus keadaan ini (bunuh diri),” katanya menerusi program Bicara Anwar “Benarkah kerajaan berjaya kawal pandemik Covid-19?” di Facebooknya malam ini.
Anwar turut membidas kenyataan segelintir menteri yang menyifatkan kerajaan berjaya menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik dan banyak kejayaan besar dilakukan, sedangkan rakyat sebenarnya masih dalam keadaan susah.
Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan mengkaji semula strategi pelaksanaan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini kerana ia didakwa tidak berkesan dan gagal menurunkan kadar jangkitan Covid-19.
Katanya, apa yang perlu kerajaan lakukan adalah meningkatkan ujian saringan harian Covid-19 pada kadar lebih tinggi melebihi 150,000 sehari seperti disaran pakar dari dalam dan luar negara bagi memastikan penularan dapat dikawal.
Anwar berkata, jika kerajaan enggan mengubah cara pelaksanaan PKP ketika ini dengan lebih baik, beliau menyarankan supaya kerajaan baharu dipilih menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.
Beliau juga mempersoalkan jumlah saringan harian ketika ini iaitu sekitar 50,000 berbanding lebih 126,000 beberapa bulan lalu, menyebabkan kadar jangkitan nampak menurun sekitar 4,000 dan 5,000.
Katanya, angka jangkitan turun kerana saringan harian juga menurun daripada 90,000 kepada 50,000 sehari.
“Padanlah angka kes positif menurun kepada 4,000 atau 5,000. Kalau buat ujian 150,000 sehari, kes (akan) lebih tinggi walaupun PKP penuh dilaksanakan, ini bentuk kekeliruan dan penipuan kepada rakyat,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/kes-bunuh-diri-meningkat-ketika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bunuh Diri Meningkat

Kes Bunuh Diri Meningkat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 419 hits
Tiap minggu ada saja berita orang bunuh diri Mungkin depressi akibat hilang keja masalah kewangan atau rangkaian2 masalah rumahtangga akibat lockdown Wallahualam Ai terbaca satu komen mat saleh oberseas ni menarik pulak cara Allah nak panja...
Ekonomi Buruk Bunuh Diri Meningkat Kerajaan Buat Apa

Ekonomi Buruk Bunuh Diri Meningkat Kerajaan Buat Apa

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 235 hits
Keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan kira kira 600 000 isi rumah M40 melengser ke kategori B40 dan kadar bunuh diri yang tinggi sepanjang pandemik Covid 19 bermula di negara ini menjadi tumpuan utama Bulanan Majlis Pimpinan Wanita Pusat...
Statistik Yang Mengejutkan 4 Kes Bunuh Diri Sehari Dalam 3 Bulan Pertama

Statistik Yang Mengejutkan 4 Kes Bunuh Diri Sehari Dalam 3 Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 319 hits
Pandemik COVID 19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 Statistik yang mengejutkan 4 kes bunuh diri sehari dalam 3 bulan pertam...
266 Kes Bunuh Diri Sejak Pkp Dilaksanakan

266 Kes Bunuh Diri Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 436 hits
Kebanyakan mangsa memilih untuk menggantung diri berbanding kaedah lain GAMBAR HIASAN 266 Kes Bunuh Diri Sejak PKP Dilaksanakan Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad mer...
Kes Bunuh Nizar Banat Rakyat Gesa Ubah Kerajaan Palestin

Kes Bunuh Nizar Banat Rakyat Gesa Ubah Kerajaan Palestin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 236 hits
HEBRON 15 Zulkaedah 1442H Sabtu Rakyat Palestin menggesa supaya pemerintah kerajaan negara diubah susulan kematian aktivis terkemuka Nizar Banat ketika berada dalam tahanan Dalam upacara berkabung semalam rakyat Palestin turut mendesak Pres...
Penularan Video Bunuh Diri Boleh Undang Peniru Kata Kp Kesihatan

Penularan Video Bunuh Diri Boleh Undang Peniru Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 170 hits
Masyarakat diminta tidak menularkan video bunuh diri bagi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga si mati Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Gambar Bernama Masyarakat diminta untuk lebih cakna dan prihatin terhadap ahli k...
Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 220 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang berkuatkuasa hampir sebulan telah menyebabkan kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Muhammad Faisal Abdul Aziz kemerosotan kualiti hidup...
Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 128 hits
Kes penghinaan terhadap institusi diraja dilaporkan meningkat kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Susulan itu katanya Kementerian Dalam Negeri memantau perkara tersebut untuk tindakan tegas Sementara itu Bernama memetiknya berkata pol...
Penyokong Pas Kata Islam Makin Teruk Dihina Di Bawah Kerajaan Pn

Penyokong Pas Kata Islam Makin Teruk Dihina Di Bawah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 197 hits
June 28 2021 Korang tengok lah mcm mana diaorg rapat dalam masjid makin teruk dihina islam ni dibawah pemimpin yang bodoh lagi sombong ditambah pulak dengan golongan wahabi yang semakin menguasai beberapa kerusi penting dalam pengurusan aga...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu