Sebenarnya Jika Kerajaan Gagal Bermakna Umno Juga Gagal



Semasa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sedang berjuang menguruskan negara yang sedang berdepan krisis pandemik Covid-19, tiba-tiba Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dalam mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang mengkritik, rakyat boleh memahami sememangnya itu adalah tugas hakiki selaku Ketua Pembangkang tapi rakyat tidak akan faham kewajaran Zahid yang seakan lebih sudu dari kuah.
Hampir majoriti komposisi Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berada dalam Kabinet PN, Zahid sepatutnya selaku ketua parti boleh menasihati atau sekurang-kurangnya memberi tunjuk ajar kepada anak buahnya dalam kerajaan bukan dengan mengikut irama politik pembangkang.
Sekiranya berterusan begini sikap Zahid, tidak mustahil rasa hormat dikalangan ahli-ahli UMNO terhadapnya akan terhakis, ditambah pula persepsi rakyat yang melihat beliau pernah menjadi anak murid kepada Anwar.
Zahid jangan ingat ahli UMNO bodoh atau boleh diperkotak-katik dengan tindak-tanduknya yang membelakangi kepentingan parti dan lebih mementingkan diri dalam setiap keputusan yang dibuatnya.
Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang dikuasai majoriti penyokong Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sekarang digunakan senjata untuk menutup mulut sesiapa yang dilihat tidak seiring dengan pendirian Presiden dan bekas Presiden UMNO itu.
Klip audio yang tular sebelum ini adalah bukti jelas sememangnya wujud pakatan sulit antara Anwar dan Zahid, jika mengikut lunas undang-undang dan peraturan parti sudah lama Zahid ini disingkir atau dipecat daripada parti.
Cumanya, ahli-ahli UMNO ini terlalu taasub dan tidak berani melawan arus apabila terdapat kesalahan dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri, era menyokong membabi buta sudah berakhir dan sekarang adalah era politik baharu yang menuntut keberanian dan ketelusan.
Sekiranya langkah Zahid untuk membawa bersama Anwar berjaya sekalipun, ia bukan jaminan UMNO akan lebih kuat atau mampu memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum kelak, rakyat tidak bodoh untuk menilai sesebuah perjuangan parti tersebut.
Berkali-kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan berhubung bahaya dan risiko yang akan dihadapi UMNO sekiranya bekerjasama dengan Anwar dan DAP, keperitan dirasai Ahli Parlimen Langkawi tersebut sepanjang bersama dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sudah cukup mengajarnya bukan mudah untuk bekerjasama dengan mereka.
UMNO boleh membuat uji kaji untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP, namun jangan lah kemudiaannya menyesal selepas ditimpa musibah apabila parti hancur dan orang Melayu menolak mereka nanti.
Belum pun sempat bekerjasama, bermacam syarat sudah diletak, antaranya perlu menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan tidak ada kompromi berhubung isu tersebut.
Kemudian, adakah UMNO akan sanggup melihat DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri dan bagaimana jika Anwar tidak akan menerima kumpulan dalam UMNO yang terpalit dalam kes rasuah untuk berada dalam kerajaan?
DAP adalah penyokong setia Anwar dan sebagai membalasnya, ganjaran jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tuntutan yang perlu dipenuhi Anwar. Jika ini berlaku, Zahid akan melopong dan UMNO akan jatuh ke lembah penghinaan yang lebih maha dahsyatnya.
Lebih baik Zahid menarik brek dan membuat keputusan yang wajar bukan sekadar atas kepentingan diri semata-mata. Sekiranya parti pun mahu diheret dalam isu peribadi, lebih baik Zahid umum sahaja keluar parti dan menyertai PKR. Disana, cikgunya sudah menanti dengan pintu terbuka, tidak lah perlu lagi bertanya khabar secara panggilan telefon atau pun video call untuk melepaskan rindu.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim memberi peringatan kepada Zahid jika beliau berterusan meneruskan serangan terhadap kerajaan PN gagal, ia juga bermakna UMNO juga turut gagal kerana terdapat wakil dalam kerajaan ketika ini.
“Kalau kerajaan ini tidak berguna, UMNO majoriti dalam kerajaan. Macam mana kerajaan tidak berguna sedangkan ahli UMNO ramai di dalamnya?
“Jadi saya nasihatkan semua pihak bila tegur kerajaan, tegur atas dasar bersama dalam kerajaan. Kalau nak tegur secara terbuka, itu tidak tepat. Kalau nak bagi pandangan pun, biarlah pandangan yang betul,” kata beliau kepada Agenda Daily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/sebenarnya-jika-kerajaan-gagal-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 235 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan momokan kerajaan gagal untuk bermain politik adalah suatu perkara yang tidak sihat Katanya beliau mengetahui siapa yang mewujudkan dan tujuannya adalah untuk menghakis kepercayaan ...
Video Ada Usaha Menyelamatkan Kerajaan Gagal

Video Ada Usaha Menyelamatkan Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 186 hits
Jelasnya Ahli Parlimen Pembangkang juga adalah sebahagian daripada cabang perundangan Perlembagaan Persekutuan seperti Ahli Parlimen Kerajaan Sekiranya hanya Ahli Parlimen Kerajaan yang dapat memutuskan peraturan prosedur bagaimana mesyuara...
Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 279 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno memberi 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di Pertuan Agong dan Raja raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin Presidennya Ahm...
Apabila Kerajaan Gagal Menguruskan Dong Zong

Apabila Kerajaan Gagal Menguruskan Dong Zong

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 248 hits
Berterusan hentam sistem pendidikan negara Dong Zong dah tak patut wujudDakwaan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bahawa sistem pendidikan di negara ini terperangkap dalam sistem yang bersifat tunggal adalah tidak...
Bukan Kerajaan Yang Gagal Pembangkang Yang Gagal

Bukan Kerajaan Yang Gagal Pembangkang Yang Gagal

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 185 hits
Mereka kata kerajaan gagal Yang sebenarnya pembangkang yang gagal Pembangkang telah diberi peluang keemasan melalui mandat rakyat untuk membentuk kerajaan baru selapas 63 tahun pemerintahan Umno Tetapi mereka telah membazir peluang itu dise...
Sebenarnya Dari Rm150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik Rm10 Billion

Sebenarnya Dari Rm150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik Rm10 Billion

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 385 hits
Kerajaan masih perlu memikirkan pelan jangka panjang untuk rakyat dan pemulihan ekonomi negara sekiranya situasi pandemik COVID 19 berlarutan hingga ke tahun depan Meskipun Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan sema...
Kerajaan Gagal Serba Serbi Patut Kibar Bendera Putih Ibrahim Ali

Kerajaan Gagal Serba Serbi Patut Kibar Bendera Putih Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 251 hits
Kerajaan gagal serba serbi patut kibar bendera putih Ibrahim Ali Kerajaan gagal ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan Putra apabila 6 276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam diumumkan Dalam keadaan darurat da...
Panas Umno Desak Kerajaan Pas Terengganu

Panas Umno Desak Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 207 hits
June 14 2021 Kerajaan Terengganu perlu menambah peruntukan terhadap program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3 0 bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan penuh ketika ini Timbalan Ketua UMNO Baha...
Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 387 hits
Syed Hamid Albar menyifatkan kerajaan PN unik dan politik Malaysia sekarang kena buat tesis PETALING JAYA Pemimpin Bersatu Syed Hamid Albar berkata Perikatan Nasional tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization