Kerajaan Perlu Dapatkan Persetujuan Ph Sebelum Bentang Belanjawan 2022


 

Oleh FAZLI RADZI / OKTOBER 1 , 2021Kerajaan perlu berunding dengan dengan Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu sebelum Belanjawan 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hal tersebut terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang dimeterai pada 13 September lalu.
“Dia (kerajaan) kena bincang dan dapatkan persetujuan dengan PH terlebih dahulu sebelum dibentang di Dewan Rakyat.
“Kalau dia dah dapat persetujuan kita, bagaimana kita hendak bangun menolaknya sedangkan kita telah menghasilkan satu belanjawan bersama,” katanya dalam forum di FB Studio Dahsyat semalam.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menyifatkan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini sangat memerlukan PH dalam menyediakan Belanjawan 2022.
“Kerajaan PN – BN ini amat memerlukan bantuan kita untuk merangka satu belanjawan yang dapat memulihkan ekonomi negara dan menangani pandemik,” tegasnya.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional berkata, MoU tersebut membolehkan reformasi yang PH mahukan tercapai.
Antaranya, jelas beliau, Rang Undang-undang Anti-Lompat, Undi 18 yang telah pun diluluskan sebelum PH dijatuhkan serta soal menghadkan tempoh Perdana Menteri.
“Segala perkara tersebut tidak boleh dicapai tanpa adanya dua pertiga majoriti. Bagaimana nak dapat dua pertiga majoriti? Kerajaan dan pembangkang kena bekerjasama.
“Jadi, untuk mencapai matlamat itu maka kita adakan MoU. ‘Kamu’ luluskan perkara-perkara ini, maka PH bekerjasama untuk menghasilkan belanjawan yang berkesan yang kamu (kerajaan) tidak mampu hasilkan sendiri.
“Setelah mendapat persetujuan, kita tidak akan bangkang (Belanjawan 2022),” kata Khalid lagi dalam forum dimoderatorkan Omar Mokhtar A Manap itu.
Dua lagi ahli panel terlibat dalam slot Dari Studio Dahsyat Jalan Kapar itu ialah Ahli Parlimen PKR Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/kerajaan-perlu-dapatkan-persetujuan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kemukakan Cadangan Bajet 2022 Harap Kerajaan Pertimbangkan

Ph Kemukakan Cadangan Bajet 2022 Harap Kerajaan Pertimbangkan

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 25 2021Susulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 hb September lalu Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan memulakan perbincangan cada...
Umno Perlukan Adakan Pemilihan Jawatan Sebelum Julai 2022 Peguam

Umno Perlukan Adakan Pemilihan Jawatan Sebelum Julai 2022 Peguam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA Pengamal undang undang Datuk Adnan Seman menggesa parti UMNO mengadakan pemilihan jawatan peringkat cawangan bahagian dan pusat sebelum Julai 2022 Memetik laporan Utusan Online ianya juga sebagai menghormati Memorandum Persefahama...
Ph Temui Kementerian Kewangan Bentang Cadangan Bajet 2022

Ph Temui Kementerian Kewangan Bentang Cadangan Bajet 2022

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 360 hits
Pakatan Harapan mengemukakan cadangan Belanjawan 2022 dalam pertemuan pertama pemimpin gabungan itu dengan Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 Menurut Jawatankuasa Ekonomi PH perbincangan mengenai Belanjawan 2022 merupakan salah satu syarat dig...
Wanita Pkr Puas Hati Pembangkang Dilibatkan Dalam Belanjawan 2022

Wanita Pkr Puas Hati Pembangkang Dilibatkan Dalam Belanjawan 2022

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 318 hits
Wanita KEADILAN dalam menyuasat Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat menyambut baik impak positif Memorandum Perfahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan terutamanya sesi libat urus membentangkan cadangan Belanjawan 2022 kep...
Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 368 hits
Kejujuran politik amat perlu untuk menjayakan memorandum kerjasama yang ditandatangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kejuju...
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 1858 hits
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022 Alhamdulillah tiba masanya untuk Ummi mengisi borang bendaftaran darjah satu sekolah agama untuk Abang Syamil How time flies Budak pemalu sorang ni dah nak darjah...
Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 390 hits
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan kebanyakan ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi Keadaan ini akan beransur ansur stabil bila bayi dalam kandungan semakin besar dan selamat dilahirkan Namun yang menjadi masa...
Orang Ketiga Terkaya Di Mexico Ricardo Salinas Pliego Beli Dan Simpan Bitcoin Sebelum Terlambat

Orang Ketiga Terkaya Di Mexico Ricardo Salinas Pliego Beli Dan Simpan Bitcoin Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 287 hits
Ricardo Salinas Pliego pengasas Grupo Salinas dan orang ketiga terkaya di Mexico menganggap Bitcoin sebagai instrumen perdagangan yang unik yang menyediakan banyak peluang perdagangan Beliau memanggil mata wang kripto sebagai emas abad ke 2...
Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1 Diy Papan Pelangi Tambah Tolak

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1 Diy Papan Pelangi Tambah Tolak

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 323 hits
Silibus tahun satu anak anak sekarang ini sangat mencabar kerana sudah pun diajar topik wang pecahan dan ruang Jadi nak tak nak ibu bapa perlu mempersiapkan mental anak supaya bersedia dan sekurang kurangnya boleh menguasai konsep asas mate...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa