Agong Tak Dibicarakan Jenayah Perang Tapi Pm Kata Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku panglima tertinggi angkatan tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat perdana menteri, Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung perisytiharan perang.
Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Britain yang dipanggil untuk siasatan perang Iraq, bukan Queen Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah panglima angkatan tentera.
“Jika (sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya dibuat oleh perdana menteri, Kabinet dan Menteri Pertahanan dan secara operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.
“Jika Malaysia melakukan jenayah perang, orang yang boleh dikenakan dakwaan ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) ialah perdana menteri, Kabinet, menteri pertahanan, jeneral dan tidak sekali-kali Agong kerana baginda adalah raja berperlembagaan,” kata Thomas dalam penerangannya di forum awam, ‘Malaysia & Rome Statute’ yang berlangsung di Universiti Malaya, hari ini.
Pada 5 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian bertujuan menghapus kekebalan pelaku jenayah paling serius yang dianggap ancaman kepada masyarakat antarabangsa membabitkan jenayah penghapusan etnik (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.
Forum itu menampilkan anggota panel terkemuka, iaitu anggota kumpulan G25 Noor Farida Ariffin, pakar undang-undang perlembagaan Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
Menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab mengapa beliau (Thomas) dikatakan gagal meyakinkan Majlis Raja-raja agar menyokong kerajaan menandatangani triti itu, beliau berkata, beliau tidak ada bersama-sama 4 ahli akademik berkenaan semasa penjelasan mengenai Statut Rom ICC kepada Majlis Raja-raja.
Thomas berkata, jika mereka berlima hadir di bilik yang sama pada ketika itu, kedua-dua pihak tentu berpeluang mengulas mengenai pendapat masing-masing.
“Saya berpeluang mengulas pendapat mereka dan mereka mengulas pendapat saya… tetapi peluang itu tidak berlaku.” katanya.
4 ahli akademik itu turut dipersalahkan kerana dikatakan mengelirukan Majlis Raja-raja mengenai Statut Rom dengan membentangkan kertas yang berat sebelah mengenai triti itu.
Bagaimanapun, menurut penganjur, keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir di forum hari ini walaupun mereka diundang untuk turut menjadi anggota panel. – Bernama – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara
The post Agong tak dibicarakan jenayah perang tapi PM, kata Peguam Negara appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191793/agong-tak-dibicarakan-jenayah-perang-tapi-pm-kata-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Tegaskan Agong Tidak Dikehendaki Bertanggungjawab Berkaitan Isytihar Perang

Peguam Negara Tegaskan Agong Tidak Dikehendaki Bertanggungjawab Berkaitan Isytihar Perang

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 231 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR 27 April Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat perdana menteri kabinet dan ke...
Perlembagaan Benarkan Agong Singkir Pm Kata Peguam

Perlembagaan Benarkan Agong Singkir Pm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri Malah undang undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Pers...
Peguam Negara Kata Bn Hipokrit Dulu Setuju Statut Rom

Peguam Negara Kata Bn Hipokrit Dulu Setuju Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 333 hits
Peguam Negara hari ini menyifatkan kritikan terhadap Statut Rom adalah satu perbuatan hipokrit Loading Tommy Thomas berkata kerajaan Barisan Nasional dahulu sudah memutuskan untuk menerima statut berkenaan yang akan merujuk kes tertentu kep...
Jabatan Peguam Negara Sebelum Ini Tidak Setuju Ratifikasi Statut Rom Anifah

Jabatan Peguam Negara Sebelum Ini Tidak Setuju Ratifikasi Statut Rom Anifah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR 2 Mei Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menandatangani Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Mac 2011 berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara yang pada masa itu tidak bersetuju dengan keputusan untuk Mal...
Pihak Anti Statut Rom Sebar Hujah Palsu Kedaulatan Negara Tergugat Kata Bekas Diplomat

Pihak Anti Statut Rom Sebar Hujah Palsu Kedaulatan Negara Tergugat Kata Bekas Diplomat

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas diplomat yang mencadangkan supaya Malaysia meratifikasi Statut Rom mengkritik pihak anti statut itu yang menyebarkan sentimen perkauman dan keagamaan dengan menggunakan hujah palsu bagi menolaknya Bekas duta ke Be...
Informasi Peguam Muslim Diseru Jadi Benteng Islam Negara T Pemuda Pas

Informasi Peguam Muslim Diseru Jadi Benteng Islam Negara T Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Peguam Muslim mesti memiliki perancangan strategik untuk menerajui sektor kritikal negara termasuk antaranya bidang perundangan yang sangat berkait dengan kewajipan menegakkan keadilan Seruan tersebut dinyatakan Timbalan Ketua ...
Saya Tak Akan Khianati Negara Bila Jadi Pm Kata Anwar

Saya Tak Akan Khianati Negara Bila Jadi Pm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 300 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan meneruskan agenda untuk membangunkan negara serta akan membantu rakyat terutama yang miskin apabila beliau dilantik menjadi perdana menteri ke 8 nanti Beliau berkata apabila tiba masany...
Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata Bank Negara Malaysia diberitahu...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris