Kerajaan Memberikan Tempoh Kepada Ramkarpal Singh Untuk Buktikan Bapa Dia Pernah Mainkan Rakaman Audio Di Parlimen

Kerajaan memberikan tempoh kepada Anggota Parlimen Bukit Gelugor  Ramkarpal Singh sehingga berakhirnya sidang parlimen petang ini untuk  membuktikan bahawa mendiang ayahnya, Karpal Singh pernah memainkan  rakaman audio di Dewan Rakyat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan undang-undang), Takiyuddin Hassan berkata, kegagalan  berbuat demikian boleh menyebabkan ahli parlimen DAP itu dirujuk ke  jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengelirukan Dewan.
Semalam, Ramkarpal cuba memainkan rakaman audio yang didakwa mirip suara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di parlimen.
Dalam rakaman itu, suara berkenaan mengatakan bahawa ahli parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu sekiranya mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ramkarpal  pada mulanya cuba memainkan rakaman audio tersebut, namun  tindakan itu  dihentikan oleh Timbalan Speaker, Azalina Othman Said.
Dalam  mempertahankan tindakannya, Ramkarpal berkata mendiang bapanya, Karpal  pernah memainkan rakaman audio bekas ketua hakim negara, Zaki Azmi di  Dewan Rakyat pada 2007.
Ramkarpal merujuk kepada rakaman Zaki yang didakwa mengatakan bahawa dia menerima rasuah ketika menjadi peguam.			

				Takiyuddin  dalam satu kenyataan hari ini, berkata semakan terhadap rekod Parlimen  mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan perkara itu berlaku.
"Dengan  ini ditegaskan bahawa dakwaan YB Bukit Gelugor tersebut adalah tidak  berasas dan merupakan satu perbuatan mengelirukan Dewan, yang merupakan  satu kesalahan di bawah Peraturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis  Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Oleh itu demi keadilan dan faedah  keraguan (benefit of the doubt), YB Bukit Gelugor adalah diberi peluang  untuk membuktikan dakwaan tersebut, sehingga berakhirnya sidang Parlimen  hari ini, 22 Julai 2020," jelasnya.
Parlimen hari ini berakhir pada jam 7.30 malam.
Rakaman  video bertarikh 29 Februari 2009 menunjukkan Karpal memainkan satu klip  audio di Dewan Rakyat, tetapi ia ditolak oleh speaker ketika itu. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/kerajaan-memberikan-tempoh-kepada.html