Azalina Larang Ramkarpal Main Audio Didakwa Mirip Muhyiddin Di Parlimen


Faiz ZainudinRamkarpal Singh kecewa dengan keputusan Azalina Othman Said melarangnya
memainkan klip audio mirip suara Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini.KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said melarang Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) memainkan rakaman audio didakwa mirip suara Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika beliau membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen DAP itu pada awalnya bertanya kepada ahli Parlimen lain jika individu di sebalik klip audio bocor itu ialah Muhyiddin yang cuba menarik pemimpin Umno menyertai partinya dengan tawaran jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau turut bertanya kepada menteri dalam negeri mengenai perkembangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas rakaman audio itu kerana mendakwa perkara itu penting disebabkan kemungkinan wujud unsur rasuah.
Katanya, Muhyiddin hanya perlu mengesahkan jika itu ialah suaranya dan terus memainkan rakaman audio itu.
Azalina segera menghentikan Ramkarpal berbuat demikian dan meminta beliau menyatakan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat mana yang membenarkan rakaman audio dimainkan.
“Boleh tak Yang Berhormat (YB) tunjukkan saya di bawah peraturan mana membolehkan YB berbuat demikian? Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.”
Ramkarpal mempertahankan tindakannya dengan berkata, klip audio itu sebahagian daripada teks ucapan perbahasannya yang dikatakan bukti penting untuk menunjukkan rakaman audio itu milik suara Muhyiddin.
Katanya, memainkan klip audio di dalam Dewan Rakyat bukan perkara baru dan ia pernah dilakukan pada 2007 serta rakyat berhak tahu individu sebenar di sebalik rakaman suara itu.
Tetapi, Azalina berkata, ahli Parlimen perlu menyerahkan notis lebih awal dahulu untuk memainkan sebarang rakaman audio.
“Saya agak terperanjat dan ini bukannya mahkamah, tetapi Dewan Rakyat untuk perbahasan usul. Jadi, tidak timbul soal ‘hear say’.
“Adakah niat sebenar YB adalah untuk membuktikan adanya rakaman audio berkenaan? Ini debat bukannya ‘hear say’.”
Tindakan Ramkarpal itu dibantah beberapa ahli Parlimen kerajaan, termasuk Mohamad Alamin (PN-Kimanis), Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling) dan Shahidan Kassim (PN-Arau).
Klip audio itu didakwa dirakam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Feb lalu – sehari sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi PPBM, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Suara dalam klip audio itu menggalakkan pemimpin PPBM cuba meyakinkan ahli Parlimen Umno menyokong mereka. PPBM akan menjadi parti Melayu terbesar dalam kerajaan jika mereka berjaya, individu itu didakwa berkata demikian.
Ramkarpal dalam sidang media selepas itu berkata, beliau kecewa dengan keputusan Azalina dan hanya dapat memainkan klip audio itu beberapa saat sebelum diarahkan berhenti.
Katanya, beliau tidak tahu mengenai keperluan untuk memaklumkan speaker berhubung kandungan perbahasan lebih awal atau Peraturan Mesyuarat yang melarang klip audio merupakan sebahagian perbahasan ahli Parlimen dimainkan.
“Atas alasan itu dan hanya alasan itu saja, speaker tidak sepatutnya melarang saya daripada memainkan rakaman itu.
“Beberapa laporan dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rakaman audio itu. Itu sebabnya saya membangkitkannya untuk bertanya kepada menteri jika tindakan sudah diambil terhadap laporan itu atau status laporan tersebut. Jika laporan itu disiasat dan tiada unsur jenayah ditemui, tak apalah.”
Katanya, beliau juga mahu memberi peluang kepada Dewan Rakyat untuk mengenal pasti identiti suara dalam rakaman itu.
Ramkarpal berkata, mendiang bapanya, Karpal Singh pernah memainkan satu klip audio dalam Dewan Rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/azalina-larang-ramkarpal-main-audio.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramkarpal Bacakan Transkrip Suara Muhyiddin Pikat Mp Umno Dalam Parlimen

Ramkarpal Bacakan Transkrip Suara Muhyiddin Pikat Mp Umno Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 293 hits
Seorang ahli parlimen dari DAP hari ini membacakan transkrip rakaman tular seseorang yang memperkatakan mengenai kecenderungan pemimpin Umno untuk bergabung dengan Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau kedudukan atasan dalam s...
Kerajaan Memberikan Tempoh Kepada Ramkarpal Singh Untuk Buktikan Bapa Dia Pernah Mainkan Rakaman Audio Di Parlimen

Kerajaan Memberikan Tempoh Kepada Ramkarpal Singh Untuk Buktikan Bapa Dia Pernah Mainkan Rakaman Audio Di Parlimen

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 217 hits
Kerajaan memberikan tempoh kepada Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh sehingga berakhirnya sidang parlimen petang ini untuk membuktikan bahawa mendiang ayahnya Karpal Singh pernah memainkan rakaman audio di Dewan Rakyat Menteri d...
Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 515 hits
Azhar Azizan Azalina Foto BernamaKUALA LUMPUR Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Apa Jadi Jika Muhyiddin Gagal Singkir Speaker Parlimen

Apa Jadi Jika Muhyiddin Gagal Singkir Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 233 hits
Oleh Hasan Karim ULASAN Cakap cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap cakap kosong...
Kerajaan Muhyiddin Buktikan Ada Majoriti Di Parlimen

Kerajaan Muhyiddin Buktikan Ada Majoriti Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 265 hits
112 total views 28 views today Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara Mac lepas hari ini membuktikan bahawa mereka mendapat bilangan yang mencukupi dan keyakin...
Ramkarpal Says Should Be Allowed To Play So Called Voice Of Pagoh Audio Clip In Dewan Rakyat

Ramkarpal Says Should Be Allowed To Play So Called Voice Of Pagoh Audio Clip In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 215 hits
Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh lamented the decision by Dewan Rakyat Deputy Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said preventing him from playing an audio clip of a person alleged to be Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin plotting the in...
Mp Stopped From Playing Audio Purportedly Involving Muhyiddin In Dewan Rakyat

Mp Stopped From Playing Audio Purportedly Involving Muhyiddin In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 209 hits
Opposition MP Ramkarpal Singh began playing an audio recording of a voice purported to be that of Prime Minister Muhyiddin Yassin in the Dewan Rakyat but was promptly stopped by the deputy speaker Ramkarpal initially asked MPs if the person...
Sidangparlimen Azalina Rashid Tegas Kendali Perbahasan Tegur Sikap Ahli Parlimen

Sidangparlimen Azalina Rashid Tegas Kendali Perbahasan Tegur Sikap Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 299 hits
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan ketegasan dua Timbalan Yang Dipertua dalam mengendalikan suasana hangat pertikaman lidah Ahli Parlimen ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong Datuk Seri Azalina Oth...
Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 349 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat esok gagal parlimen terpaksa dibubarkan Asyraf berkata demikian merujuk kepada empat ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya