Kerajaan Hilang Rm4 8 Bilion Kesan Pengecualian Sst Kata Tengku Zafrul


 
Kerajaan memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.PETALING JAYA: Kerajaan kehilangan RM4.8 bilion setakat ini susulan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi pembelian kenderaan yang diumumkan pada, 5 Jun 2020, dan dijangka berakhir 30 Jun, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Katanya, pengecualian SST telah dilanjutkan sebanyak tiga kali dan kementerian kini sedang mengkaji impaknya dan mempertimbangkan tindakan seterusnya.
“Kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion adalah jumlah yang besar yang boleh digunakan untuk disalurkan membantu rakyat untuk keperluan mereka.
“Kami perlu mengkaji dengan teliti perkara itu. Jika kami memutuskan untuk melanjutkan tiga bulan lagi, kami akan kehilangan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion dan jika kami melanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, kami akan kehilangan kira-kira RM2.5 bilion,” katanya kepada pemberita di luar acara Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk melancarkan pelan hala tuju strategik 2022 hingga 2026 di sini hari ini.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Menurut laporan Bernama, Zafrul berkata, kerajaan juga memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi.
Mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan pada Rabu, katanya ia telah dijangka dan kenaikan itu telah diambil kira oleh pasaran berikutan inflasi di Amerika Syarikat (AS) agak tinggi melebihi 8%.
“Sebarang langkah oleh negara-negara maju seperti AS, Eropah dan China ternyata akan memberi impak global dan Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali.
“Jangkaan pada masa ini ialah ekonomi AS masih akan berkembang tetapi dijangka perlahan. Bagaimanapun, kami akan terus memantau impak daripada perkembangan ini terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kadar faedah Malaysia masih rendah, justeru perlu mempertimbangkan keperluan campur tangan monetari dan fiskal untuk melindungi rakyat daripada kesan inflasi yang tinggi.
Zafrul berkata, walaupun langkah ekonomi global akan memberi impak, asas ekonomi Malaysia masih kukuh untuk mengurangkan impaknya.
Mengenai pergerakan ringgit berikutan kenaikan kadar faedah AS, katanya ringgit bagaimanapun mengukuh semalam.
“Pergerakan ringgit bergantung kepada aliran masuk dan aliran keluar, bagaimanapun kami tidak terlalu bimbang mengenainya. Kenaikan kadar AS bukan hanya menjejaskan ringgit tetapi juga mata wang lain.
“Insya-Allah, seperti yang kita lihat, ringgit mengukuh,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/kerajaan-hilang-rm48-bilion-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 184 hits
Pejuang kanser Haris Ibrahim hadir beri semangat di perarakan peguam June 17 2022 Peguam yang hadir pada perarakan di Padang Merbok mengambil gambar bersama Haris Ibrahim KUALA LUMPUR Kemunculan mengejutkan aktivis veteran Haris Ibrahim yan...
Malaysia Kesan 2 Sub Varian Omicron Kata Kj

Malaysia Kesan 2 Sub Varian Omicron Kata Kj

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 217 hits
Malaysia kesan 2 sub varian Omicron kata KJ Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Jun 2022 11 15PM 0
Jamal S Endorsement A Blow For Tengku Zafrul Say Ph Mps

Jamal S Endorsement A Blow For Tengku Zafrul Say Ph Mps

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 292 hits
Jamal Yunos says Tengku Zafrul Aziz should be named BN s Selangor menteri besar candidate as the coalition needs a fresh face in its bid to recapture the state PETALING JAYA Two Pakatan Harapan MPs believe Jamal Yunos proposal for Tengku Za...
Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 169 hits
Berdasarkan rekod PRU 11 iaitu selepas persempadanan semula kerusi itu sering bertukar tangan antara BN dan Pakatan Rakyat atau PH Kemungkinan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di Parlimen Kuala Selangor...
Sektor Perladangan Tanggung Rugi Rm1 Bilion Sehari Kerana Kekurangan Tenaga Kerja Bangladesh Kata Papsma

Sektor Perladangan Tanggung Rugi Rm1 Bilion Sehari Kerana Kekurangan Tenaga Kerja Bangladesh Kata Papsma

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 306 hits
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia menggesa kerajaan agar mempercepat proses kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini Presiden PAPSMA Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata ini kerana kebanyakan in
Tiada Tarikh Tamat Mou Kerajaan Ph Kata Annuar

Tiada Tarikh Tamat Mou Kerajaan Ph Kata Annuar

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 213 hits
freemalaysiatoday com June 3 2022 9 00 AMKerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan KOTA KINABALU Tiada tarikh tamat bagi memorandum persefahaman kerajaan dan Pakatan Hara...
Aliff Aziz Hilang Kata Kata Syukur Dapat Tengok Arw4h Adibah Noor Buat Kali Terakhir

Aliff Aziz Hilang Kata Kata Syukur Dapat Tengok Arw4h Adibah Noor Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 226 hits
Pernah satu pentas sewaktu Gegar Vaganza musim kelapan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akui hilang kata selepas dimaklumkan berita kehilangan selebriti serba boleh Allahyarham Adibah Noor Tak percaya pada mulaMenurut Aliff 31 dia bergegas m...
10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 164 hits
Menurut seorang penganalisis Zuraida Kamaruddin mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR PETALING JAYA Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan 10 bekas Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekaligus menyak...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia