Tiada Tarikh Tamat Mou Kerajaan Ph Kata Annuar


freemalaysiatoday.com
Bernama
-June 3, 2022 9:00 AM
Kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Tiada tarikh tamat bagi memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu, Annuar Musa.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai ini.

“Mou itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh pilihan raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir Julai, sebelum 31 Julai.

“Tetapi MoU bersama ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan, bila dibubarkan itu terpulang kepada Perdana Menteri dan pimpinan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Yakub Khan.

Pada 13 Sept tahun lepas, kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen dan PRU15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.

“Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan, siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.

“Kalau kita buat (PRU15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati, ini semua perlu dinilai dengan terperinci,” katanya.

Semalam, Ismail berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 sekiranya BN sudah bersedia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/tiada-tarikh-tamat-mou-kerajaan-ph-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Minta Semua Pihak Teliti Mou Bagi Elak Keliru Tarikh Tamat

Annuar Minta Semua Pihak Teliti Mou Bagi Elak Keliru Tarikh Tamat

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comMenteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa meminta semua pihak agar meneliti Perkara 2 1 dan 3 1 dalam dokumen Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan ba...
Pm Perlu Lebih Tegas Berkaitan Tarikh Pru15 Kata Loke

Pm Perlu Lebih Tegas Berkaitan Tarikh Pru15 Kata Loke

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 169 hits
PM perlu lebih tegas berkaitan tarikh PRU15 kata Loke Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2022 6 35PM
Govt Ph Mou Has No Expiry Date Says Annuar

Govt Ph Mou Has No Expiry Date Says Annuar

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 215 hits
The government and Pakatan Harapan signed an MoU to establish bipartisan cooperation on Sept 13 2021 KOTA KINABALU The government s memorandum of understanding with Pakatan Harapan on transformation and political stability has no expiry dat...
Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 178 hits
Kerajaan pusat salur RM15 juta kata MB Johor Dikemas kini 40 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May 2022 10 20PM
Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 244 hits
PM kata kena laksanakan semula GST untuk tambah pendapatan kerajaanIsu kekurangan bekalan makanan dan harga barang naik dilihat belum mencapai jalan penyelesaiannya Keadaan ini memaksa rakyat terpaksa mencari pelbagai cara untuk menambah pe...
10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 196 hits
Menurut seorang penganalisis Zuraida Kamaruddin mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR PETALING JAYA Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan 10 bekas Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekaligus menyak...
Annuar Berani Tetapi Minoriti Dalam Umno Kata Penganalisis

Annuar Berani Tetapi Minoriti Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com June 6 2022 11 30 AMAhli Parlimen Ketereh Annuar Musa mengaku kekal duduk di konvensyen BN pada Khamis apabila Ahmad Zahid Hamidi menggesa perwakilan yang menyokong PRU15 awal berdiri PETALING JAYA Dua penganalisis men...
Puad Says Annuar S Wrong No Mou After July 31

Puad Says Annuar S Wrong No Mou After July 31

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 213 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi said Annuar Musa should abide by the council s decision on the political understanding with Pakatan Harapan PETALING JAYA Annuar Musa s comments on the memorandum of understanding between the govern...
Gst Mungkin Kembali Untuk Tambah Pendapatan Negara Kata Pm

Gst Mungkin Kembali Untuk Tambah Pendapatan Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 196 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata sistem percukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat PETALING JAYA Cukai barang dan perkhidmatan mungkin akan dikembalikan kata Perdana Ment...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb