Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti


Minderjeet KaurPelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google
Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Seorang pendidik menggesa Putrajaya supaya memulakan perbincangan mengenai norma baru pendidikan berikutan penularan wabak Covid-19 dan tidak terus bergantung pada kaedah pengajaran ad hoc sewaktu sekolah terus ditutup berikutan pelaksanaan perintah sekatan (PKP).
Teo Kon Seong, professor di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pelajar tidak bersekolah sejak Mac apabila perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan.
Beliau mengambil maklum mengenai inisiatif yang diambil setakat ini tetapi berkata, ia tidak melibatkan semua pelajar.
“Sesetengahnya belajar, sesetengah yang lain tidak. Sebahagian mereka mungkin mempunyai kemudahan internet, sementara yang lain mungkin tidak mempunyai peranti yang diperlukan,” katanya kepada FMT.
Beliau menggesa Kementerian Pendidikan supaya mewujudkan platform dalam talian bagi membolehkan perbincangan antara pakar dengan ibu bapa tentang kaedah sesuai untuk memastikan pelajar terus memperoleh pendidikan.
“Mereka juga boleh menyenaraikan idea di platform di laman web Kementerian Pendidikan.
“Kementerian boleh pilih idea terbaik untuk dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa semakin resah kerana mereka tidak mendengar mengenai langkah yang diambil oleh kementerian tentang kaedah anak-anak mereka akan mendapat pendidikan.
“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana keadaan yang dihadapi memang tidak dijangka, tetapi pada masa sama kita tidak boleh membiarkan ia berterusan.”
Teo berkata, kerajaan mungkin mengutamakan aspek kesihatan krisis yang dihadapi yang menyaksikan ketua pengarah kesihatan muncul setiap hari untuk memberi makluman tentang keadaan semasa wabak Covid-19.
“Bagaimanapun pendidikan juga sama penting dan orang ramai mahu tahu tentang langkah yang diambil untuk mendidik anak-anak mereka, termasuk daripada sektor pendidikan tinggi,” katanya.
Pelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas. Sesetengah Persatuan Ibu bapa dan Murid turut berperanan menghantar nota dan kerja rumah kepada pelajar yang tidak mempunyai sambungan internet.
Teo berkata, ia merupakan idea yang baik, tetapi masih dilaksanakan secara ad hoc.
Katanya, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa keutamaan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan peperiksaan lain yang serupa, namun pelajar lain perlu terus belajar kerana mereka mungkin hilang minat setelah bercuti terlalu lama.
“Kita perlu bina semula negara ini bersama-sama dan kita perlu bersedia tentang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya krisis ini berpanjangan.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kerajaan-digesa-bincang-langkah-konkrit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skema Pendidikan New Normal Tangsel Tahap Awal Masuk Sekolah Sehari Dalam Seminggu

Skema Pendidikan New Normal Tangsel Tahap Awal Masuk Sekolah Sehari Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 495 hits
Dinas Pendidikan Kota Tangerang Selatan mengaku telah menyiapkan model pembelajaran baru tatap muka di sekolah selama masa kehidupan normal baru Pandemi Covid 19
Kenapa Aku Bercuti Dan Perlukah Bercuti Waktu Cuti Sekolah

Kenapa Aku Bercuti Dan Perlukah Bercuti Waktu Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 460 hits
KENAPA AKU BERCUTI PERLUKAH BERCUTI WAKTU CUTI SEKOLAH DAN TIPS SEBELUM BERCUTIAssalamualaikum Kenapa aku bercuti Kenapa bercuti waktu cuti sekolah sedangkan waktu ini harga lebih mahal tempat tempat percutian sesak ramai orang dan sentiasa...
Dua Beradik Bina Sekolah Dalam Hutan Di Sabah Untuk Terus Belajar

Dua Beradik Bina Sekolah Dalam Hutan Di Sabah Untuk Terus Belajar

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 492 hits
Rechellyna dan Ryverra Rinus membina sekolah sendiri puncak bukit untuk teruskan pembelajaran PETALING JAYA Di puncak bukit berdekatan sebuah kampung kira kira 100km dari Kota Kinabalu ibu negeri Sabah terdiri sebuah pondok di mana 2 beradi...
Terus Bermimpi Kerajaan Sabah Akan Tumbang Kata Pemimpin Warisan

Terus Bermimpi Kerajaan Sabah Akan Tumbang Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 831 hits
KOTA KINABALU Pemimpin Warisan menolak dakwaan Umno Sabah yang kerajaan negeri akan tumbang tidak lagi seperti negeri lain pimpinan Pakatan Harapan di Semenanjung Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ketua Pemudanya Azis Jamman meminta Ketua...
Covid 19 Kerajaan Setuju Gubal Ruu Pelaksanaan Langkah Sementara

Covid 19 Kerajaan Setuju Gubal Ruu Pelaksanaan Langkah Sementara

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 360 hits
Kuala Lumpur Kerajaan akan menggubal Rang Undang Undang Pelaksanaan Langkah Sementara bagi mengurangkan kesan COVID 19 selain memulihkan ekonomi serta membantu rakyat pasca pandemik itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Ha...
Keadilan Mahu Kerajaan Atasi Isu Pendidikan Hal Berbangkit

Keadilan Mahu Kerajaan Atasi Isu Pendidikan Hal Berbangkit

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM 31 MEI Parti KEADILAN Rakyat menggesa kerajaan supaya menumpukan usaha menangani isu pendidikan dan lain lain hal berbangkit yang banyak mengundang kesusahan dalam kalangan rakyat kebelakangan ini Presidennya Datuk Seri Anwar Ibra...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid