Dua Beradik Bina Sekolah Dalam Hutan Di Sabah Untuk Terus Belajar


Robin AugustinRechellyna dan Ryverra Rinus membina sekolah sendiri puncak bukit untuk
teruskan pembelajaran.PETALING JAYA: Di puncak bukit berdekatan sebuah kampung kira-kira 100km dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, terdiri sebuah pondok di mana 2 beradik meneruskan pelajaran mereka walaupun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyaksikan hampir semua aktiviti awam terhenti sejak pertengahan Mac bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Walaupun sekolah ditutup, aktiviti pembelajaran masih dijalankan secara atas talian.
Tetapi liputan internet di Kampung Bomboi, Keningau, hampir tidak ada, menjadikan pembelajaran atas talian hampir mustahil bagi Rechellyna Rinus, 17 dan adiknya Ryverra, 15.
Jika terdapat isyarat data di kampung mereka sekali pun, ia amat perlahan menjadikan aktiviti pembelajaran sangat mengecewakan dan menyebabkan mereka kerap tertinggal pelajaran.
Akhirnya Recellyna dan Ryverra membuat keputusan untuk “berpindah” ke lokasi lebih tinggi, iaitu tanah kebun sawit bapa saudara mereka.
Di tepi bukit tersebut, kira-kira ½ km dari rumah mereka, isyarat internetnya paling kuat.
Di situ, 2 beradik itu mula mengikuti pelajaran masing-masing melalui telefon bimbit secara bergilir-gilir. Mereka berdiri dan duduk bercangkung di situ di bawah panas matahari dan kadang-kadang hujan.
Rechellyna dan Ryverra Rinus belajar di meja dan
bangku kayu buatan sendiri di Puru Online.Keadaan itu tidak sesuai untuk belajar, lalu mereka membuat keputusan membina pondok sekolah sendiri dalam masa 2 hari.
Mereka menebang anak pokok dan dengan panduan daripada bapa saudara, membuat meja dan kerusi daripada batang pokok. Oleh sebab “sekolah” itu tidak berdinding, mereka membakar bekas telur untuk menghalau nyamuk.
Di luar pondok sekolah, mereka menggantung papan tanda yang tertulis “Welcome to Puru Online”. “Puru” dalam bahasa Dusun bermakna hutan.
Klip video yang merakamkan usaha 2 beradik ini dilihat oleh lebih 8,000 penonton di YouTube setakat ini.
“Jika mengantuk atau belakang anda sakit atau letih, anda boleh tidur di sini,” kata Rechellyna dalam video itu sambil menunjuk ke arah buaian rajut (hammock) yang diikat pada 2 batang pokok.
Malah terdapat juga dapur ringkas di situ yang digunakan oleh 2 beradik itu memasak alas perut bila berasa lapar semasa belajar.
“Sekarang bukan seperti dulu. Sekarang saya sangat gembira, kami boleh belajar dengan selesa.
Ibu saudara mereka, Flovea Ng memberitahu FMT bahawa Rechellyna dan Ryverra, yang mempunyai 2 adik lain, membangunkan Puru Online pada 28 April kerana tertinggal pelajaran akibat Covid-19.
“Mereka mahu membaiki hidup mereka dan keluarga. Mereka mahukan masa depan lebih baik.”
Ng berkata, Rechellyna mahu menjadi guru, sementara Ryverra bercita-cita menjadi doktor gigi.
“Syukur ada individu pemurah yang menyaksikan video mereka dan menyumbangkan komputer riba, modem dan pencetak bagi membantu pelajaran mereka.
“Mereka sangat teruja dan berterima kasih, sementara ibu bapa 2 beradik itu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/dua-beradik-bina-sekolah-dalam-hutan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 400 hits
Pelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas PETALING JAYA Seorang pendidik menggesa Putrajaya supaya memulakan perbincangan mengenai norma baru pendidikan berikutan pe...
Siswa Bakal Kembali Belajar Di Sekolah Ini Skenario Versi Disdik Klaten

Siswa Bakal Kembali Belajar Di Sekolah Ini Skenario Versi Disdik Klaten

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 296 hits
Dinas Pendidikan atau Disdik Klaten menyiapkan skenario siswa kembali belajar di sekolah Kegiatan belajar mengajar di sekolah dengan menaati protokol pencegahan persebaran Covid 19 dimungkinan berlaku ketika memasuki tahun ajaran 2020 2021 ...
Balikpulau Dua Beradik Lemas Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Balikpulau Dua Beradik Lemas Terjatuh Dalam Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 416 hits
Dua beradik ditemui lemas di dalam kolam ikan di sebuah tapak projek berhampiran kediaman mereka di Bandar Baru Air Putih Balik Pulau pada Rabu Mayat kanak kanak perempuan dan lelaki masing masing berusia lima dan empat tahun itu ditemui te...
Sabah Catat Dua Lagi Kes Baharu Babitkan Pelajar Ums

Sabah Catat Dua Lagi Kes Baharu Babitkan Pelajar Ums

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 356 hits
Punca jangkitan dalam siasatan pencegahan giat dijalankan KOTA KINABALU Dua lagi kes baharu positif COVID 19 di Sabah melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi Beliau berkata kes it...
Georgetown Tiga Lelaki Ditahan Samun Dua Beradik

Georgetown Tiga Lelaki Ditahan Samun Dua Beradik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 369 hits
Tiga lelaki ditahan untuk membantu siasatan kes samun dua beradik membabitkan kerugian RM10 000 di Jalan Brown di sini Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata ketiga tiga suspek berusia 23 24 dan 48 tahun di...
Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 335 hits
Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun petang tadi Dalam kejad...
Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 517 hits
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatk...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania