Kenapa Aku Bercuti Dan Perlukah Bercuti Waktu Cuti Sekolah


KENAPA AKU BERCUTI PERLUKAH BERCUTI WAKTU CUTI SEKOLAH DAN TIPS SEBELUM BERCUTIAssalamualaikum. Kenapa aku bercuti? Kenapa bercuti waktu cuti sekolah sedangkan waktu ini harga lebih mahal, tempat-tempat percutian sesak, ramai orang dan sentiasa penuh. Inilah yang bermain dalam fikiran saya bila tengok orang lain bercuti pada waktu suatu ketika dahulu sehinggalah saya merasai sendiri dan jumpa jawapannya. Kenapa aku bercuti waktu cuti sekolah


Masjid Daerah Songkhla
Gambar diatas diambil ketika kami sekeluarga bercuti ke negara sempadan iaitu Thailand berlatar belakangkan Masjid Daerah Songkhla.

Dalam artikel ini saya cuma nak kongsikan kenapa pergi bercuti dan fokus pada bercuti di waktu cuti sekolah. Mesti kita semua sedia maklum cuti pada waktu sekolah ini ada beberapa cabarannya iaitu tempat penginapan penuh dan harga lebih mahal, sesak, begitu juga tempat makan dan lain-lain lagi

Musim cuti sekolah kita akan lihat ramai orang bercuti. Bila lihat orang bercuti jangan terus kata wah banyaknya duit dia pergi bercuti. Wah nampak hebatlah pergi bercuti. Itu yang kita nampak, yang kita tidak nampak bagaimana 'struggle'nya dia untuk merancang percutian tersebut. Sebelum menjawab soalan artikel ini kita bincang sikit mengenai perkara-perkara yang perlu ambil tahu sebelum bercuti.


PERKARA YANG PERLU AMBIL TAHU SEBELUM BERCUTISebelum saya nak kongsikan mengenai kenapa aku bercuti dan kenapa bercuti pada musim cuti sekolah yang sudah tentu tidak dapat lari dari kesesakan, kemahalan harga itu dan ini kita baca sikit mengenai beberapa perkara yang perlu ambil tahu sebelum bercuti terutama pada cuti sekolah

LOKASI TEMPAT BERCUTILokasi percutian adalah berbeza setiap individu mahupun keluarga. Apa paling penting percutian tersebut memberikan seribu makna dan kebahagiaan. Bahagia tidak kenal mahal atau murah dan jauh atau dekat lokasi tersebut.

Ada orang bahagia bila bercuti ke bandar-bandar mewah, ada orang bahagia bila bercuti di puncak gunung, ada orang bahagia bila bercuti atas laut. Setiap dari kita lain-lain citarasakan.

Pilihlah lokasi yang kita suka bukan ikut orang. Orang bercuti ke Dubai, kita pun nak pi sedangkan kita tak mampu. Bila tidak mampu maka akan timbul macam-macam masalah dan akhirnya tak jumpa apa yang kita inginkan dalam percutian.

Kalau dah minat ke bandar-bandar jangan pula ikut orang bercuti ke dalam hutan, nanti tak selesa kerap berungut itu ini akhirnya tak jumpa juga apa yang kita inginkan dalam percutian.

Rancanglah lokasi yang betul-betul kita suka. Kalau rasa mahal simpanlah sikit demi sikit dah cukup baru pergi atau cari lokasi hampir sama tapi lebih murah.

Kalau tanya pendapat saya, lokasi macam mana yang saya suka? Saya lebih ikut majoriti. Seandainya yang lain suka insyaallah saya suka juga. Saya mudah menyesuaikan diri dengan mana-mana lokasi. Kalau boleh asalkan tempat tersebut bersih.

CUTI SEKOLAH : Hampir kebanyakkan tempat bercuti akan penuh dan sesak. Kalau dah sesak banyakkan bersabar ingat kenapa tujuan kita bercuti. Jangan marah-marah.


M Boutique Hotel terlambat booking cuma tinggal tandas lutisnar tanpa penghadang
PENGINAPAN KETIKA BERCUTIPenginapan juga sama macam lokasi atas citarasa sendiri. Ada orang jarang-jarang bercuti sekali bercuti pilih tempat yang mahal-mahal. Kepuasan katanya. Setuju masing-masing punya citarasa. Ada juga orang yang memilih hotel-hotel murah katanya "alah tempat tidur dan mandi saja pun" betul setuju juga

Apa yang penting rancang percutian dan bajet sebaik-baiknya. Pilih yang anda dan keluarga suka. Kalau suka tempat ada 'infinity pool' buat apa pilih hotel bajet. 
Macam saya boleh kata mana-mana pun saya ok. Ikut bajet yang ada. Ada duit sikit untuk percutian bajet kita buat cara bajet. Kalau ada duit lebih bolehlah tengok hotel cantik-cantik yang nyaman nak tidur. Bukan selalu kan... dapat rasa pengalaman. Reward untuk keluarga

Ada masanya homestay juga dipilih untuk bersama keluarga iaitu bersama keluarga besar. Simpan duit berbulan-bulan termasuk duit untuk masak, baju dan lain-lain semata-mata untuk bersama keluarga bukan selalu. Paling penting dapat rapatkan ukhuwah

CUTI SEKOLAH :  Tolonglah tempah lebih awal lebih-lebih lagi tempat tumpuan setiap tahun macam Cameron Highland dan sebagainya. Risau dah berjalan jauh semua tempat penginapan penuh.  Tidur dalam kereta lah hehe

Penah juga pengalaman tinggal di hotel bajet Cameron Highland tempat sejuk tapi 'water heater' rosak. Kesian Cik Puteri kena mandi sejuk-sejuk huhuhu. 
Zaman sekarang dah canggih book guna telefon gunakan teknologi yang ada ok


Pengangkutan ketika bercuti
PENGANGKUTAN KETIKA BERCUTIPengangkutan satu perkara yang penting dalam percutian. Jangan main tangkap muat ikut cara orang juga. ada orang boleh berjalan berkilometer sambil galas beg. Kita tengoklah keadaan kita dan keluarga. Kalau keluarga tak suka jalan jauh-jauh jangan paksa. Melainkan masing-masing memang suka aktiviti lasak. Panjat gunung pun boleh gelak-gelak lagi

Jadi ikut kesesuaian. Pernah juga saya dan keluarga ke Hatyai menggunakan keretapi. Untuk bahagian di Malaysia tiada masalah tetapi bila sampai bahagian Thailand kena beratur sejam dan lebih untuk beli tiket dan pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah semua suka dan seronok

Di sebelah hatyai kami dah rancang untuk naik tuk-tuk. Nak rasa pengalaman la kan. Akhirnya kami dapat rasai suka duka naik tuk-tuk dan keretapi

Tanya diri sendiri mana yang lebih disukai. Pengangkutan awam atau persendirian. Tepuk dada tanya selera. Naik moto pun macam best kan

CUTI SEKOLAH : Bila cuti sekolah ini kalau guna kenderaan persendirian mungkin susah nak cari parking di tempat tumpuan. Kalau hotel ada parkir tinggal jela dekat hotel naik grab ka senang sikit tak perlu berjam-jam cari parkir pastu kena saman lagi. Rancang sebaiknya


ROTI CANAI GEMAS ROAD klik gambar untuk baca lebih lanjut
MAKAN KETIKA BERCUTIBila cerita bab makan tengoklah apa yang kita inginkan ketika bercuti. Ada orang bercuti cuma nak lihat permandangan atau tempat-tempat menarik jadi kos untuk makan kurangkan atau masak sendiri. Ada juga orang bercuti untuk menikmati makanan di tempat orang

Kalau dah jenis suka kedua-duanya maka bajet kenalah lebih sedikit. Kalau tanya saya tentang makan, mengikut pengalaman memang susah nak catu. Melainkan kalau dah pernah sampai atau dah pernah cuba bolehlah makan tempat lain yang lebih murah. Tapi kadang-kadang tu takut nak cuba kedai baru, takut tak kena selera hehehe.

Sebelum terlupa, apa guna jalan jauh-jauh tapi tak pernah rasa makanan tempat orang. Inilah masanya nak cuba. Contoh saya ni memang 'kipas susah mati' ( die hard fan ) nasi kandar atau kari penang, tapi takkanlah kalau dah ke Pantai Timur masih cari nasi kandar. Come on lah ini masanya nak cuba nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak ikan tongkol perghhh..

Tetapi masih mengikut bajet yang dibawa. Tak boleh berbelanja lebih. 
CUTI SEKOLAH : Lagi kena bersabar. Ini kerana orang tempatan pun mai makan orang luar pun nak makan juga. Jangan bergaduh-gaduh cuba lihat waktu yang tak ramai orang atau gunakan syarikat penghantaran makanan

Contoh Nasi Kandar Deen Maju Penang boleh cecah sejam lebih di waktu cuti. Baca disini >> Deen Maju Nasi Kandar Penang Satu Jam 16 Minit <<
BAJET KETIKA BERCUTIBajet untuk pergi bercuti penting. Bajet bukan ikut suka tapi ikutlah perkara-perkara diatas iaitu lokasi, tempat tinggal, pengangkutan dan makan. Jangan lupa sediakan bajet kecemasan. Mana tahu tayar kereta pecah ka, kena tinggal sehari lagi ka, atau lain-lain keadaan

Bajet seperti biasa ikut kemampuan jangan ikut orang. Buatlah bajet sebulan ka 6 bulan ka setahun ka yang penting tercapai apa yang kita atau keluarga inginkan


KENAPA AKU BERCUTI DAN KENAPA BERCUTI DI WAKTU CUTI SEKOLAH?
Sebelum ini saya sendiri pun tertanya kenapa orang bercuti di waktu cuti persekolahan. Bukankah lebih mahal, lebih sesak dan lebih segalanya. Waktu tu anak saya sendiri belum sekolah. Nak pergi bercuti cuma tunggu bajet cukup kemudian tunggu cuti lulus tak perlu tunggu cuti sekolah

Bila anak dah mula sesi persekolahan, terasa betapa pentingnya hari-hari persekolahan. Kalau boleh tak mahu anak tinggalkan walaupun sehari jika tiada kecemasan atau sakit

Ibu bapa pula bila anak dah sekolah jadual lebih padat. Hantar anak, ambil anak kalau ada yang ke sekolah agama di sebelah petang atau tusyen dan sebagainya fuh memang sibuk kesana kesini. Malam baru boleh berehat. Ada diantara kawan-kawan jam 10 malam baru sampai rumah setiap hari. Sampai rumah dah terlentok tak sempat buat apa-apa. << inilah sebabnya entry pun agak kurang sekarang ni. Letihhhhhh...

Jadi cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk sama-sama berehat dan luang masa bersama. Walaupun lebih mahal, lebih sesak dan segalanya inilah saja masa yang terbaik untuk bercuti

Bercuti pula tidak terhad seperti tidur hotel, ke luar negara, makan paling mahal atau sedap balik kampung juga boleh dianggap sebagai bercuti. Jumpa keluarga sahabat handai kongsi pengalaman, gelak tawa bersama itupun sudah cukup bermakna.

Paling penting adalah untuk berehat. Anak-anak pun penat berjuang belajar inilah masanya berehat dan rapatkan ikatan kekeluargaan. Ibu Ayah dah penat keja, kejar ke sana sini inilah masanya berehat sekejap dan cari mood untuk tahun mendatang.

Bagi anak-anak peluang melihat tempat orang, mencuba makanan baru di tempat orang, lihat budaya dan cara tempat lain, dan macam-macam yang boleh dipelajari.

Jauh Perjalanan Luas Permandangan tak gitu

Jadi rasanya anda semua dah dapat jawapan sebab apa aku bercuti

Setakat ini dahulu mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat dan makna dalam kehidupan kita semua. Rancang percutian, rasai pengalaman dan ambil perkara positif yang dijumpai serta amalkan dalam kehidupan seharian kita 

SELAMAT BERCUTI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.arzmoha.com/2019/12/kenapa-aku-bercuti-dan-perlukah-bercuti-waktu-cuti-sekolah-dan-tips-sebelum-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Izinkan Azka Masuk Sekolah Dalam Waktu Dekat Kalina Ocktaranny Nggak Apa Apa Nggak Naik Kelas

Tak Izinkan Azka Masuk Sekolah Dalam Waktu Dekat Kalina Ocktaranny Nggak Apa Apa Nggak Naik Kelas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 352 hits
Adanya skenario relaksasi yang menyebut sekolah bakal dimulai kembali pertengahan Juni justru membuat Kalina khawatir
Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 383 hits
Pelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas PETALING JAYA Seorang pendidik menggesa Putrajaya supaya memulakan perbincangan mengenai norma baru pendidikan berikutan pe...
Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata kerajaan ju...
Pn Bagi Rm58 Juta Sekolah Cina Kenapa Senyap

Pn Bagi Rm58 Juta Sekolah Cina Kenapa Senyap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 405 hits
Kredit FB Andian Lim PH kasi RM2 juta sekolah swasta Cina PN kasi RM58 juta sekolah swasta Cina Tahniah Cina Komunis MCA kerana berjaya membiulkan Melayu UMNO PAS Di zaman PH terdahulu satu negara diterbalikkan oleh malaun malaun Melayu Mus...
Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 383 hits
Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya k3s baru C0vid 19 kekal rendah sehingga 9 Jun menurut Kementerian Kesihatan Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menu...
Baik Tutup Sekolah Agama Daripada Haramkan Arak Siti Kasim

Baik Tutup Sekolah Agama Daripada Haramkan Arak Siti Kasim

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 376 hits
Dr Ahmad Sanusi Azmi Ismaweb KETIKA memberikan komentar mengenai desakan rakyat agar arak diharamkan Siti Kasim dilihat cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan sekolah Tahfiz Kata Siti Kasim Alcohol is not the problem The irresponsible drin...
Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 428 hits
Kuala Lumpur Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization