Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter


Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada RM4 Per Mililiter
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya kadar cukai ke atas cecair rokok elektronik atau vape dinaikkan sebanyak 10 kali ganda, daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyelaraskan kadar cukai produk vape dengan produk tembakau konvensional.
“Cukai produk rokok bagi satu batang rokok bersamaan dengan 10 sedutan atau puff yang dihasilkan. Satu kotak rokok pula bersamaan dengan kira-kira 200 sedutan. Bagi produk vape, satu mililiter cecair dikenakan cukai bersamaan 100 sedutan, manakala dua mililiter bersamaan 200 sedutan.
“Kadar cukai yang dicadangkan ialah daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter, dan cadangan ini telah dikemukakan oleh KKM untuk pertimbangan MOF,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada KKM akan mencadangkan kenaikan cukai produk vape seperti produk tembakau, termasuk menerusi Belanjawan 2026, sebagai langkah segera sebelum pelaksanaan pengharaman penuh penggunaan vape.
Lukanisman berkata cadangan pengharaman sepenuhnya terhadap rokok elektronik di Malaysia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun ini bagi mendapatkan persetujuan dasar untuk pelaksanaannya.
BACA: Perkukuh Sempadan Negara, “Vape” Wajar Diharamkan – Sultan Abdullah “… kita akan mengemukakan satu memorandum Jemaah Menteri kepada Kabinet untuk mempertimbangkan pengharaman secara sepenuhnya dan mendapatkan dasar bagi memulakan tindakan pengharaman terhadap vape,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahu sebab KKM sebagai agensi utama dalam menjaga kesihatan awam masih belum mengambil langkah tegas untuk mengharamkan penggunaan vape di peringkat nasional.
Lukanisman turut mendedahkan bahawa Analisis Kesan Peraturan (RIA) yang dijalankan KKM sebelum ini menganggarkan sebanyak RM244.8 juta telah dibelanjakan untuk merawat penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) yang berpunca daripada penggunaan vape.
Beliau berkata sekiranya perkara itu berterusan, kos rawatan penyakit itu boleh mencecah antara RM300 juta hingga RM400 juta menjelang 2030.
Menurutnya, langkah pengharaman sepenuhnya vape juga selaras dengan pendekatan beberapa negara ASEAN seperti Brunei, Singapura dan Laos yang telah melaksanakannya lebih awal.
Sumber: Bernama
The post Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada RM4 Per Mililiter appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/07/kerajaan-cadang-naikkan-cukai-vape-daripada-40-sen-kepada-rm4-per-mililiter/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sedia Geran Padanan Hingga Rm4 000 Galak Lupus Kereta Lama

Kerajaan Sedia Geran Padanan Hingga Rm4 000 Galak Lupus Kereta Lama

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 177 hits
Kerajaan Sedia Geran Padanan Hingga RM4 000 Galak Lupus Kereta Lama KUALA LUMPUR Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga RM4 000 kepada pemilik yang melupuskan kereta berusia lebih 20 tahun ...
Muda Kata Kerajaan Gagal Jom Baca Fakta

Muda Kata Kerajaan Gagal Jom Baca Fakta

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 502 hits
MUDA kata kerajaan gagal laksanakan subsidi bersasar kerana tukar ke haluan dari PADU ke Budi95 Sebenarnya kalau nak kata gagal tak tepat tu Pertama subsidi petrol RON95 ni menelan jumlah puluhan bilion setahun Sebab itu kerajaan rancang su...
Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2209 hits
Usahawan dan pempengaruh terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan alasan di sebalik keputusannya memilih hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya baru baru ini Menerusi potongan klip siaran langsung di...
Baik Sangat Kah Kerajaan Madani Ini

Baik Sangat Kah Kerajaan Madani Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1175 hits
Ini adalah deep state yang boleh merencatkan perjalanan segala polisi goverment Golongan pendidik tidak dapat lari dari terpengaruh dgn didikan lebai politik Kesan tunggang agama ini amat dahsyat utk jangka panjang apatah lagi mereka ini ad...
Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1542 hits
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan MOF merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa Kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari MOF ingin menjelaskan bahawa Ker
Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1736 hits
KUANTAN Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Pahang juga mungkin merasa sagu hati dari kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian sagu hati itu akan dipertimbangkan sebagai tanda pengh...
Azam Cadang Agc Gantung Tugas Pendakwa Raya Sementara Siasatan

Azam Cadang Agc Gantung Tugas Pendakwa Raya Sementara Siasatan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 577 hits
Elill EaswaranSEPANG Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya timbalan pendakwa raya ditugaskan di agensi antirasuah itu digantung tugas sementara susulan penahanannya semalam Ketua Pesuru...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan

Buasir Otak Tv Roblox Tapi Jadi Ai

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Terus Bergerak Selagi Mampu