Selesai Isu Sprm Segera Bagi Elak Kemelut Berpanjangan Abu Zahar


AGENDA DAILY
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Kemelut yang berpanjangan dan sengaja dimainkan pihak tertentu yang mahu meraih keuntungan politik melibatkan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan akan menganggu usaha pemulihan negara, kata Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu berkata isu melibatkan Tan Sri Azam Baki yang menjadi sasaran serangan blok pembangkang pada ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah sosioekonomi akibat pandemik Covid-19 adalah tidak wajar sama sekali.
Bagaimanapun, Abu Zahar berpendirian ia perlu diselesaikan dengan kadar segera dan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan berkenaan bagi mengelakkan polemik berlarutan.
“Perkara ini jika berterusan tidak elok dari segi ketenteraman awam kerana negara sedang menghadapi masalah Covid-19 dan rakyat di luar sana susah.
“Jika nak timbulkan kemelut yang tak menentu ini, akan menyebabkan orang lagi berasa kecewa.
“Jadi, saya berharap kalau boleh, cepat-cepatlah siasat mana-mana pihak pun, nak tubuh apa pun dan jangan dibiarkan berlarutan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Abu Zakar dihujani kritikan kerana dianggap berpihak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Semalam, Abu Zahar pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, menegaskan beliau sedia disiasat berhubung kenyataannya pada 5 Januari lalu berkenaan isu pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Azam.
Beliau turut menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR.
Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan beberapa perkara berbangkit susulan kenyataan pada 5 Januari lalu yang mana beliau dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam perolehan saham syarikat.
“Jika kenyataan media 5 Januari lalu, saya menampilkan fahaman tidak dihasratkan seperti dinyatakan, sehingga ke tahap ia menjatuhkan nama baik SPRM, yang sememangnya tidak dihasratkan, saya menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukan saya sebagai Pengerusi LPPR iaitu satu amanah yang saya laksanakan setakat ini tanpa berpihak.
“Saya semestinya akan akur dengan keputusan itu,” katanya yang membacakan kenyataan tiga muka surat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/selesai-isu-sprm-segera-bagi-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segera Lepaskan Jawatan Abu Zahar Jangan Cuba Dapatkan Talian Hayat Menggunakan Nama Ydpa

Segera Lepaskan Jawatan Abu Zahar Jangan Cuba Dapatkan Talian Hayat Menggunakan Nama Ydpa

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 176 hits
Sekurang kurangnya ada dua ketidakwajaran paling ketara telah ditunjukkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang dalam sidang medianya pagi tadi Pertama menyalahkan media kononnya salah lapor terhadap kenyat...
Tangani Segera Isu Guru Interim

Tangani Segera Isu Guru Interim

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 201 hits
Oleh ARIF AIMAN ASROL MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA Kementerian Pendidikan perlu mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan pengalaman dan kemahiran pengajar sandaran tidak disia siakan Pr...
Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 188 hits
Oleh FAZLI RADZI January 12 2022Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM T...
Don T Make Media Your Scapegoat Abu Zahar Told

Don T Make Media Your Scapegoat Abu Zahar Told

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 247 hits
Anti Corruption Advisory Board chairman Abu Zahar Ujang said inaccurate news reports caused his board members to distance themselves from his remarks PETALING JAYA Anti Corruption Advisory Board chairman Abu Zahar Ujang has come under fire ...
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 209 hits
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu letak Jawatan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabi...
Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 171 hits
The Pakatan Harapan president council is calling for MACC chief commissioner Azam Baki and MACC Anti Corruption Advisory Board chairperson Abu Zahar Ujang to be suspended pending a probe into Azam s shareholding scandal They are also callin...
Abu Zahar Ujang Di Mana Anda Sekarang

Abu Zahar Ujang Di Mana Anda Sekarang

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 166 hits
Sejak isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menjadi bualan hangat dalam negara Abu Zahar Ujang atas kapasitinya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM adalah antara yang kerap menonjolkan dirinya...
Abu Zahar Borhan Must Go On Leave Until Azam Probe Completed Says Ph

Abu Zahar Borhan Must Go On Leave Until Azam Probe Completed Says Ph

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 307 hits
The PH presidential council says Abu Zahar Ujang and Borhan Dolah should temporarily step down from their posts until the investigation against Azam Baki is over PETALING JAYA Pakatan Harapan has called for the heads of two Malaysian Anti C...
Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 207 hits
Siasatan yang dilakukan ke atas skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hanya boleh berjalan lancar sekiranya Azam dan individu individu yang dilihat menyebelahi kes tersebut bercut...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco