Keputusan Sama Ada Najib Boleh Memaksa Kerajaan Enam Pihak Lain Laksanakan Titah Adendum Ditetapkan 5 Januari 2026




KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan atau enam pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini, untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah atau tidak, ditetapkan pada 5 Januari 2026.
Hakim, Alice Loke Yee Ching menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam yang mewakili Najib, 72, dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam.
Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.
Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta kerajaan Malaysia sebagai responden.
Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.
Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman tahanan di rumah.
Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.
Dia kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/keputusan-sama-ada-najib-boleh-memaksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ets Ktm Intercity Mulai 1 Januari 2026

Jadual Ets Ktm Intercity Mulai 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 166 hits
Keretapi Elektrik Tanah Melayu Berhad telah membuka jualan tiket ETS bagi tahun 2026 mulai 17 November 2025 Untuk mengetahui lebih terperinci Jadual Waktu Baharu bagi perkhidmatan ETS KTM Intercity yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 20...
Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 169 hits
Mohsin AbdullahIn the good old days keadaannya straightforward Sekarang jawatan ketua pembangkang di Parlimen tidak sama dengan ketua pembangkang secara realitinya Tak ada angin tak ada ribut tup tup timbul spekulasi tempoh hari Hamzah Zain...
Ini Keputusan Kerajaan Pusat Terhadap 40 Hasil Sabah

Ini Keputusan Kerajaan Pusat Terhadap 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 200 hits
K PRAGALATHNovember 11 2025Kerajaan pusat telah memutuskan untuk tidak membuat sebarang rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung 40 peratus hasil di bawah Perlembagaan Persekutuan Kerajaan pusat juga kan memulakan...
Isu Pemain Warisan Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di Cas

Isu Pemain Warisan Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di Cas

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 181 hits
Isu Pemain Warisan Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di CAS KUALA LUMPUR 20 Nov Dana kerajaan yang diperuntukkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan tidak boleh digunakan Persatuan Bolasepak Malaysia untuk proses rayuan ...
Pemerintah Negeri Yang Gagal Akan Menyalahkan Pihak Lain Demi Menutup Kegagalan

Pemerintah Negeri Yang Gagal Akan Menyalahkan Pihak Lain Demi Menutup Kegagalan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 158 hits
Sham GhazTime benteng runtuh Itu pantai Negara Tapi time minta royalti segala hasil laut hak Terengganu pula Carca merba Kluk klek pengikut Pas ni Infra di Terengganu ni teruk sungguh ke Elok tukar jaga parit ja lah Tu laut dan tanah berpas...
Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Jais Abdul Karim Beliau berkata pihaknya memandang serius kewujudan plaza tol di jalan m...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 236 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
Kerajaan Pahang Akan Bentang Belanjawan 2026 Bersifat Dinamik Realistik Dan Untuk Rakyat Ikut Kedudukan Kewangan Semasa

Kerajaan Pahang Akan Bentang Belanjawan 2026 Bersifat Dinamik Realistik Dan Untuk Rakyat Ikut Kedudukan Kewangan Semasa

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 200 hits
KUANTAN nbsp Kerajaan Pahang akan membentangkan Belanjawan 2026 yang bersifat dinamik berpaksikan rakyat dan dirangka secara realistik mengikut kedudukan kewangan semasa negeri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pe...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bunga Telang Putih


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna

Suntikan Kurus Dibeli Online Undang Padah Wanita Di China Kritikal