Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta




KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius kewujudan plaza tol di jalan menuju Genting Highlands yang didakwa sebagai jalan persendirian dan dibenar untuk mengenakan caj tol kepada pengguna.
Katanya, isu berkenaan boleh menimbulkan persoalan besar berkaitan dasar awam, integriti pentadbiran tanah, kepentingan pengguna dan risiko preseden (jadi kes contoh) baharu yang merugikan rakyat.
"Hakikatnya, laluan Genting Highlands bukan sekadar jalan ke pusat peranginan atau kasino tetapi ia digunakan setiap hari oleh ribuan pekerja, guru, petugas operasi, penduduk setempat, dan menjadi laluan penghubung antara Genting Sempah ke Batang Kali dan antara Pahang-Selangor-Perak.
"Apabila jalan awam digunakan untuk tujuan umum, maka prinsip kepentingan awam mestilah mengatasi kepentingan komersial mana-mana syarikat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, BH melaporkan semua kenderaan yang memasuki jalan Genting Highlands akan dikenakan bayaran oleh Genting Malaysia Bhd selaku pemilik laluan persendirian itu, pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Dalam kenyataannya, Genting Malaysia dilapor berkata, maklumat lanjut berhubung langkah itu akan diumumkan sebaik saia butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian itu (caj jalan persendirian) tersedia.
Jais berkata, pihaknya turut mempersoalkan beberapa perkara kritikal termasuk adakah wujud kelulusan rasmi kerajaan negeri atau Persekutuan membabitkan EXCO, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang membenarkan kutipan tol dilakukan entiti swasta.
"Apakah syarat nyata tanah, premium, pelan kebenaran merancang dan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang membenarkan jalan terbabit ditukar fungsi menjadi aset komersial bertol.
"Di manakah ketelusan kadar tol, mekanisme kutipan, audit dan penguatkuasaannya. Apakah jaminan bahawa tindakan ini tidak menjadi preseden berbahaya, yang mana selepas ini mana-mana syarikat boleh membina jalan ke premis mereka dan kemudian mengenakan tol ke atas rakyat," katanya.
Jais berkata, pembangunan yang memberi keuntungan kepada syarikat tidak boleh memindahkan kos infrastruktur kepada rakyat, apatah lagi kepada pekerja syarikat itu sendiri yang terpaksa mengulang alik setiap hari tanpa insentif dan kini terbeban dengan kos tambahan.
"Susulan itu, MCW menggesa Kerajaan Pahang dan Selangor memberikan penjelasan terbuka mengenai status tanah, syarat kelulusan dan legaliti tol terbabit.
"Selain itu, KKR dan MOF perlu menyatakan pendirian rasmi terhadap kutipan tol oleh entiti swasta di jalan yang digunakan umum.
"Satu semakan integriti w) perlu dilakukan segera terhadap proses pewartaan, kelulusan tanah, perubahan guna tanah, dan kelulusan tol serta batalkan cadangan kutipan tol sehingga hasil siasatan dan semakan integriti diselesaikan," tegasnya.
Katanya, MCW akan terus memantau isu ini dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa serta masyarakat sivil bagi memastikan integriti, ketelusan dan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/pemerhati-rasuah-malaysia-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 170 hits
Kerajaan sedang merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat mobiliti bakat serantau melalui pengumuman insentif baru di bawah rangka kerja ASEAN Business Entity Dalam bahasa yang lebih mudah ini bermakna syarikat syarikat yang beroper...
Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 136 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyambut baik projek pembangunan fasiliti pembuatan magnet berkuasa tinggi bernilai RM600 juta oleh syarikat JS Link dan Lynas Malaysia di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berk...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 144 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia bagi menggalakkan rakyat untuk bersama memainkan peranan memperkukuhkan kesejahteraan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 130 hits
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia Ramai menganggap masalah kesihatan hanya menimpa golongan tertentu Hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang Gaya hidup mode...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Hanya 22 daripada 166 pusat penyembelihan ayam di Pahang mempunyai sijil halal Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata 15 pusat penyembelihan mempunyai sijil halal itu dimiliki pengusaha beragama ...
Pusat Sehenti Mm2h Di Trx Perkukuh Daya Tarikan Malaysia Kepada Ekspatriat Diterajui Stf Revenue

Pusat Sehenti Mm2h Di Trx Perkukuh Daya Tarikan Malaysia Kepada Ekspatriat Diterajui Stf Revenue

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 96 hits
Pusat Sehenti MM2H Di TRX Perkukuh Daya Tarikan Malaysia Kepada Ekspatriat Diterajui STF Revenue Program Malaysia My Second Home melangkah ke era baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama yang diurus sepenuhnya oleh sektor swasta di Th...
Pendedahan Ketua Pemuda Umno Pahang Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan Tok Wan Tak Pilih Kasih Beri Bantuan Kepada Rakyat

Pendedahan Ketua Pemuda Umno Pahang Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan Tok Wan Tak Pilih Kasih Beri Bantuan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 142 hits
RAUB Ketua Pemuda UMNO Pahang hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Pahang pimpinan Datuk Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail tidak pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat seperti yang didakwa oleh pembangkang di negeri ini Terbaharu seo...
Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13 4 Jalan Genting Highlands Pemandu S70 Dipanggil Polis

Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13 4 Jalan Genting Highlands Pemandu S70 Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 90 hits
KUALA LUMPUR Pemandu kereta yang dirakam dalam video tular memandu secara melulu sebelum kenderaannya terbabas di Kilometer 13 4 Jalan Genting Highlands Bentong baru baru ini dipanggil polis untuk siasatan Rakaman berdurasi 29 saat yang tul...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Keajaiban Malam Cahaya Dron Studio Drift Di Whitby Abbey Berusia 1 366 Tahun

Bella Astillah Lega Isu Tular Selesai Kongsi Gambar Peluk Ibu Syed Saddiq

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Jalan Jalan Pagi Jumaat Memerhati Alam

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Three Wilderness Survival Skills Every Adventure Seeker Must Master

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia