Keputusan Prn Petanda Jelas Rakyat Tolak Pimpinan Kerajaan


KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, PN menang 50 peratus undi popular dan 60 kerusi yang ditandingi, adalah satu referendum atau penolakan kepada pimpinan kerajaan hari ini.
Dalam kata lain, walaupun kerajaan hari ini mempunyai dua pertiga kerusi Parlimen, dikira kuat, hakikatnya ia masih rapuh. Tidak mencerminkan hakikat dua pertiga sebenar. Lebih-lebih tiga negeri, Terengganu (O), Kelantan dan Kedah hampir kosong

Logiknya, apa-apa jua pilihan raya, PRU, PRN dan PRK, parti memerintah mempunyai kredit atau kelebihan untuk menang lebih kerana mereka boleh menggunakan seluruh jentera kerajaan, termasuk menyekat media pembangkang yang tidak disukainya

Dalam isu ini, sudah tentu PRN dan PRK bukanlah medan terbaik untuk pembangkang, kerana parti memerintah akan menumpu seluruh jenteranya di kawasan tersebut

Itulah yang berlaku, terutama penggunaan jentera Kerajaan seperti helikopter, bagi tujuan kempen. Dalam satu hari kempen, dengan menggunakan helikopter, boleh sepuluh tempat.

Apabila ditanya kenapa menggunakan jentera kerajaan seperti helikopter bagi tujuan kempen, maka jawapan yang sangat kekampungan, ‘kamu sakit hati pasal apa?’. Ini bukan standard pemimpin negara menjawab. Jawapan ini makan tuan, rakyat menilai. Cakap tidak serupa bikin.

Saya melihat keputusan PRN kali ini menunjukkan isu 3R, agama, bangsa dan raja, satu lagi rasuah, sangat relevan dan sudah terbukti. Tidak usahlah menafikannya.

Cina solid mengundi DAP. PH amat bergantung kepada Cina, manakala Melayu mengundi PN, walaupun tidaklah sepenuhnya. Kalau bukan 3R, apa lagi?

Sudah tentu, paling beruntung adalah DAP, bertanding kawasan majoriti Cina. Sekali lagi DAP mendapat kerusi terbanyak dalam gabungan PH. Sebahagian UMNO, tertipu mengundi DAP. Malangnya DAP belum tentu mengundi UMNO. Sebab itu UMNO kalah teruk

Walaupun UMNO banyak menang di Negeri Sembilan, majoriti sangat tipis. Sudah jelas penolakan tersebut. Kalau bukan 3R (termasuk rasuah), apa lagi?

Jelas di sini, bahawa isu 3R (agama, bangsa dan raja), akan terus kekal relevan. Itulah hakikat politik Malaysia, tidak dapat lari daripada tiga isu utama tersebut, walaupun ia dianggap sensitif dan sentiasa. Itulah juga hakikat politik perkauman di Malaysia. DAP, jangan nafilah

Tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Kedah, kawasan majoriti Melayu, jangkaan awal sifar pembangkang. Ternyata, benar. Terengganu membuktikannya. Kedah dan Kelantan masing-masing mendapat antara 2-3 kerusi.

Manakala di Selangor, 22 kerusi daripada 56, adalah angka yang sangat jelas menunjukkan PN menang di kawasan majoriti Melayu. Tidak keterlaluan saya katakan, tsunami Melayu telah berlaku dengan jelas.

Ikut logik, jika benar-benar kerajaan perpaduan hari ini mempunyai mandat dua pertiga, sudah tentu sokongan rakyat amat kuat. Hakikatnya ia tidak berlaku. Penolakan rakyat begitu jelas.

Buatlah menusabah, jangan terus bongkak dengan menyatakan, kerajaan hari ini masih kuat. Inilah cerminan kerajaan perpaduan sebenar.

Pada saya, ia bukan kerajaan perpaduan tetapi kerajaan keraguan, saling curiga mencurigai. UMNO curiga dengan DAP, DAP curiga sama UMNO.

PKR bergantung kepada undi Cina (DAP) untuk terus memerintah. Terpaksa bergantung dan tunduk kepada kehendak DAP. Walaupun lakonan mereka tidaklah saling menunjukkan. Tetapi itulah realiti.

Hasil daripada keputusan PRN ini, jika pimpinan kerajaan hari ini masih menganggap dirinya kuat, teruskanlah dengan pembohongan dan beri lah jawapan ‘kamu sakit pasal apa’. Empat atau lima akan datang, saban hari adalah ‘mimpi ngeri’ buat kamu

Kamu tidak akan senang duduk, tidak lena tidur kerana terus bermimpi dengan mimpi kekalahan

Apapun, saya lihat dalam PRU dan PRN ini, paling untung dan dapat tidur lena adalah DAP atau Cina yang bersatu hati (solid) mengundi DAP. DAP tidak perlu berbuat apa-apa, seronok dan biarkan kita umat Islam saling bercakaran.

Jika masih tidak percaya, PRK tidak lama lagi melibatkan satu parlimen (Kulai) dan satu DUN (Simpang Jeram), adalah satu lagi bukti akan menunjukkan, sama ada tiga (4)R relevan atau tidak.

Saya harap pimpinan PN jangan tertipu dengan Gerakan yang sudah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kawasan tersebut. Gerakan ini tanpa PN, akan mereput dengan sendiri. Jangan terlalu tunduk kepada tekanannya.

Pada hemat saya, DUN Bayan Lepas jika diberikan kepada calon Melayu PN, harapan PN untuk menang itu cerah. Tetapi, oleh kerana pimpinan PN, tunduk kepada Gerakan, akhirnya tersungkur.

Janganlah kerana terlalu obses mahu menjaga Gerakan, bagi menunjukkan PN adalah komponen berbilang kaum, sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan maruah. Gerakan ini parti dominasi Cina, biarlah dia berentap dengan DAP. Jangan kawasan majoriti Melayu.

Ingat, jika ada lagi PRK yang akan berlaku pada masa akan datang, berstrategilah untuk menang, bukan menjaga hati Gerakan.

Jika Gerakan kuat dan berpengaruh, sudah tentu ia akan menang menentang DAP kawasan majoriti. Janganlah letak lagi kawasan majoriti Melayu.

Buktinya, jika bukan pengundi Melayu PN yang mengundi Gerakan dalam PRN baru ini, sudah tentu Gerakan hilang wang deposit.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2023/08/keputusan-prn-petanda-jelas-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 221 hits
bharian com myOleh Ogos 6 2023 10 00am Foto hiasanApa ada pada Pilihan Raya Negeri dan apa kaitannya dengan perjalanan politik Malaysia Hakikatnya PRN di Negeri Sembilan Selangor Pulau Pinang Kedah Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini a...
Kerajaan Bn Ph Tetap Utuh Tak Kira Apa Pun Keputusan Prn Tok Mat

Kerajaan Bn Ph Tetap Utuh Tak Kira Apa Pun Keputusan Prn Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 303 hits
ismaweb netMahu Negeri Sembilan diwakili parti sama dengan pentadbiran PersekutuanSEREMBAN 20 Muharam 1445H Isnin Kerajaan Madani Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan akan kekal utuh tanpa mengira keputusan Pilihan ...
Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 195 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Dua minggu kempen yang relatifnya kurang bermaya akhirnya melabuh tirai tengah malam tadi dengan pengundi di enam negeri akan memilih hari ini Keputusan PRN enam negeri dilihat akan terus meningkatkan suhu poli...
Kerajaan Perpaduan Dijamin Lebih Kukuh Selepas Prn Pm

Kerajaan Perpaduan Dijamin Lebih Kukuh Selepas Prn Pm

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 174 hits
Kejayaan Pakatan Harapan dan BN mengekalkan kerajaan di 3 negeri bakal menghilangkan terus cita cita Perikatan Nasional untuk menarik keluar mana mana parti komponen bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang mereka yakinkan kepa...
Keputusan Melabur Ada Lah Urusan Di Ibu Pejabat Infineon Di Jerman Dan Projek Ini Adalah Projek Kerajaan Persekutuan

Keputusan Melabur Ada Lah Urusan Di Ibu Pejabat Infineon Di Jerman Dan Projek Ini Adalah Projek Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 403 hits
Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah Kepada penyokong PN jangan teruja lebih Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahul...
Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 2

Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 2

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 287 hits
4 Calon Perdana Menteri Siapakah tokoh yang akan ditampilkan sebagai calon Perdana Menteri oleh pihak pembangkang jika Anwar Ibrahim dijatuhkan Seorang calon Perdana Menteri mestilah seorang Ahli Dewan Rakyat ketua sebuah gabungan parti par...
Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 1

Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 1

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 257 hits
Oleh Dr Madhi Hasan ULASAN Selepas kegagalan gerakan ala Langkah Sheraton untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pada bulan Mei lalu agenda parti parti pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui pintu belakang kini beralih kepa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities