Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 1


 


Oleh: Dr Madhi Hasan





ULASAN: Selepas kegagalan gerakan ala Langkah Sheraton untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pada bulan Mei lalu, agenda parti-parti pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui pintu belakang kini beralih kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).





Pemimpin-pemimpin PN berusaha menghidupkan harapan baru kepada penyokong-penyokong mereka dengan mencanangkan bahawa kemenangan PN dalam PRN adalah wasilah atau jalan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan. Bagaimana proses itu boleh dilaksanakan tidak pula diberi penjelasan terperinci.





Dari sudut kiraan matematik, perancangan itu amatlah sukar dilaksanakan kerana Perdana Menteri memiliki sokongan dua pertiga di dalam Dewan Rakyat. PN memerlukan peralihan sokongan daripada sekurang-kurangnya 38 orang Ahli Parlimen untuk mencapai angka keramat 112.





Dalam PRN kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi titik tumpuan dalam pertembungan strategi antara kedua-dua belah pihak. Gabungan PH-BN (Gabungan Perpaduan) menjadikan beliau sebagai poster boy manakala PN pula cuba mengubah PRN ini menjadi sebuah referendum bagi membuktikan yang rakyat menolak kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ia sedikit sebanyak telah menyebabkan PRN ini menyimpang daripada tujuannya yang asal iaitu memilih kepimpinan kerajaan-kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.





Status quo 6 negeri





Ada pelbagai kemungkinan ataupun senario yang akan berlaku selepas keputusan PRN diumumkan nanti. Senario pertama ialah status quo iaitu tiga buah negeri kekal dimenangi oleh Gabungan Perpaduan dan tiga buah negeri lagi kekal diterajui oleh PN. Dalam senario ini, kedudukan Kerajaan Perpaduan tidak akan tergugat kerana kedudukan tersebut tidak akan mencetuskan kebimbangan dan protes dalam BN yang merupakan blok kedua terbesar dalam Kerajaan Perpaduan.





Sungguhpun BN gagal untuk berkuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu, setidak-tidaknya BN kini akan diberikan ruang sebagai rakan kongsi di dalam kerajaan-kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, UMNO akan menikmati sokongan daripada segmen pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya telah menolak BN sejak tahun 2008. Oleh itu, senario ini akan memberikan insentif kepada UMNO dan BN untuk terus konsisten bersama Kerajaan Perpaduan.





Senario kedua ialah senario terbaik bagi Gabungan Perpaduan di mana Gabungan Perpaduan berjaya merampas sekurang-kurangnya sebuah negeri daripada PN yang mana Kedah dilihat sebagai sasaran utama. Dalam senario ini, keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan lapan bulan yang lalu akan terbukti berbaloi dan membolehkannya memulihkan semula kekuatan untuk menghadapi PRU-16.





Dalam keadaan itu, sudah pastilah tidak ada sesiapa di dalam UMNO yang akan berani untuk mendesak kepimpinan parti supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan bertambah kukuh manakala karier politik Muhyiddin Yassin akan berdepan hari-hari yang suram.





Senario ketiga ialah senario terburuk bagi Gabungan Perpaduan di mana PN berpeluang untuk merampas sekurang-kurangnya sebuah negeri yang mana Selangor ialah sasaran yang agak munasabah. Walau bagaimanapun, untuk mencapai tahap ini, PN memerlukan gelombang hijau yang lebih kuat daripada PRU-15. Ini kerana berdasarkan kaji selidik terkini oleh Institut Darul Ehsan, 74% pengundi di Selangor cenderung untuk mengundi Gabungan Perpaduan manakala hanya 16% pengundi di Selangor akan mengundi PN.





Selain itu, 73.4% responden kaji selidik tersebut menyatakan persepsi yang positif tentang Anwar Ibrahim, iaitu satu peningkatan yang besar berbanding sewaktu beliau belum menjadi Perdana Menteri. Semasa menjadi Ketua Pembangkang, jumlah responden yang mempunyai persepsi yang positif terhadap Anwar Ibrahim hanya pada sekitar 40% sahaja.





Sekiranya senario ketiga ini menjadi realiti, persoalannya adakah ia akan menyebabkan berakhirnya Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim? Bagi pemimpin-pemimpin PN, secara teorinya mereka berharap senario ketiga tersebut akan mencetuskan perasaan panik di dalam UMNO. Keadaan seperti itu pernah terjadi kepada Bersatu sewaktu ia berada di dalam PH iaitu setelah mereka mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai. PN berharap agar suasana panik tersebut akan menyebabkan Zahid Hamidi ditekan untuk berundur ataupun dipaksa untuk membawa BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.




Adakah Kerajaan Perpaduan bertahan?





Berdasarkan ketiga-tiga senario di atas, walau apapun keputusan PRN nanti, pertukaran kerajaan di Putrajaya pada hakikatnya adalah amat sukar untuk berlaku. Seandainya Selangor dapat ditawan oleh PN sekalipun, usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya akan tersekat oleh faktor-faktor berikut:





1. Lompatan Secara Blok





Undang-undang anti lompat parti yang berkuatkuasa pada tahun 2022 telah ternyata berkesan dalam menyekat Ahli-ahli Parlimen daripada melompat parti sesuka hati mereka. Ahli Parlimen yang berbuat demikian akan kehilangan kerusi Parlimen yang disandangnya. Itulah yang menyebabkan Muhyiddin Yassin terlepas peluang daripada menjadi Perdana Menteri pada bulan November tahun lalu.





Untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan, PN perlu mendapatkan sokongan secara blok daripada BN yang mempunyai 30 orang Ahli Parlimen. Keputusan tersebut mestilah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.





Persoalannya adakah Zahid Hamidi akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan bagi memudahkan urusan untuk membawa keluar BN daripada Kerajaan Perpaduan? Sekiranya beliau bertegas untuk tidak meletak jawatan maka UMNO dan BN akan berpecah. Katakanlah Zahid Hamidi bersetuju untuk membawa BN keluar dari Kerajaan Perpaduan, jumlah itu masih belum mencukupi kerana sekurang-kurangnya lapan orang Ahli Parlimen lagi diperlukan bagi mencapai angka 112.





Oleh itu, PN perlu meyakinkan GPS atau GRS untuk mencukupkan jumlah yang diperlukan. Secara realistiknya, kebarangkalian untuk GPS atau GRS meninggalkan Kerajaan Perpaduan adalah amat kecil. Ini kerana kerajaan negeri Sarawak dan Sabah telah mendapat banyak faedah daripada Kerajaan Perpaduan jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan pusat yang terdahulu.





Parti-parti Borneo yang kesemuanya membawa imej liberal dan sekular sudah pasti tidak mahu menempah risiko yang besar dengan menyertai kerajaan pusat yang didominasi oleh Pas. Tambahan pula, keputusan PRN tersebut adalah persoalan politik Semenanjung yang tidak ada kena mengena dengan kepentingan GPS dan GRS dalam politik Sarawak dan Sabah.





2. Faktor Istana





Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas titah Yang Dipertuan Agong sebagai solusi Diraja ke atas masalah Parlimen tergantung yang berlaku selepas PRU-15. Sejak itu, Perdana Menteri telah berjaya membina hubungan yang mesra dengan Raja-raja Melayu. Dengan adanya UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan, Raja-raja bertambah yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan mempertahankan kepentingan orang Melayu.





Dengan adanya sokongan daripada Istana terhadap Perdana Menteri, apa-apa usaha pintu belakang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan akan berdepan dengan kesukaran. Ia akan dilihat sebagai pelanggaran kepada kehendak Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kestabilan politik diwujudkan.





Sekiranya Kerajaan Perpaduan tumbang, kerajaan baharu akan berdepan dengan isu ketidakstabilan yang berpanjangan kerana kerajaan tersebut mempunyai majoriti yang kecil. Ia akan mengulangi semula suasana politik semasa pemerintahan Perikatan Nasional yang menyaksikan Parlimen digantung. Tanpa majoriti yang besar, Perdana Menteri akan sentiasa terancam dengan usul undi tidak percaya.





Beberapa insiden akhir-akhir ini turut merosakkan peluang PN untuk mendapatkan kerjasama Raja-raja sekiranya pertukaran kerajaan hendak dilakukan. Ucapan Menteri Besar Kedah yang menimbulkan kemarahan Dewan Diraja Selangor dan sikap Presiden Pas terhadap titah arahan Sultan Terengganu telah menjejaskan kedudukan PN di mata Raja-raja.





Keadaan sekarang adalah agak ironi, kerana sementara PN mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Melayu dan Islam, Gabungan Perpaduan pula mengambil peranan sebagai pelindung kepada institusi Raja-raja Melayu.





3. Survival UMNO





Dalam membuat keputusan untuk menyertai sesuatu gabungan, persoalan survival masa depan sesuatu parti dan kemampuannya untuk kekal relevan harus dipertimbangkan dengan teliti. Dalam soal ini, pertaruhan terbaik bagi UMNO untuk kekal relevan bagi jangkamasa panjang adalah bersama Kerajaan Perpaduan.





Jika ia bersama Pas dan Bersatu, ia akan dibayangi oleh dua buah parti tersebut yang merupakan pesaing-pesaing bagi UMNO dalam merebut undi daripada segmen pengundi Melayu. Sejak menyertai Kerajaan Perpaduan, UMNO telah bergerak untuk kembali menjadi sebuah parti yang moderat iaitu imej yang telah memberikannya banyak kejayaan selama lebih enam dekad.





Dengan berada di koridor kuasa di Putrajaya, UMNO dapat mengatasi Pas dan Bersatu yang berstatus parti pembangkang. UMNO berpeluang untuk membina semula pengaruhnya melalui kementerian dan agensi yang berhubung terus dengan masyarakat Melayu.





Sebagai tanda penghargaan kepada UMNO, Anwar Ibrahim telah memberikan kepada UMNO sebuah kementerian yang amat penting dalam politik Melayu iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Ia menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim mahu melihat UMNO kembali kuat dalam meraih sokongan orang Melayu.





Dalam perebutan pengaruh di kalangan parti-parti berteraskan Melayu, kewujudan tiga buah parti Melayu dianggap terlalu menyesakkan. Ianya bagaikan tiga ekor ikan besar yang berada di dalam kolam yang sama. Salah satu parti biasanya tidak akan mampu bertahan lama sepertimana yang berlaku kepada Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1990-an.







Oleh itu, matlamat jangkamasa panjang UMNO ialah untuk memastikan yang Bersatu tidak dapat bertahan selepas PRU-16. Itu hanya boleh menjadi kenyataan dengan memastikan yang Bersatu akan terus dijauhkan daripada mendekati koridor kuasa sehingga PRU akan datang. Dalam keadaan Bersatu tidak mempunyai bakal pengganti yang mempunyai kaliber seperti Muhyiddin Yassin, survival Bersatu akan menjadi tanda tanya jika ia tewas sekali lagi pada PRU-16.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/bolehkah-kerajaan-perpaduan-tumbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 2

Bolehkah Kerajaan Perpaduan Tumbang Kerana Prn Siri 2

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 167 hits
4 Calon Perdana Menteri Siapakah tokoh yang akan ditampilkan sebagai calon Perdana Menteri oleh pihak pembangkang jika Anwar Ibrahim dijatuhkan Seorang calon Perdana Menteri mestilah seorang Ahli Dewan Rakyat ketua sebuah gabungan parti par...
Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 159 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Dua minggu kempen yang relatifnya kurang bermaya akhirnya melabuh tirai tengah malam tadi dengan pengundi di enam negeri akan memilih hari ini Keputusan PRN enam negeri dilihat akan terus meningkatkan suhu poli...
Rentasan 1418 Gempar Kerajaan Perpaduan Madani Bakal Tumbang Pada Og

Rentasan 1418 Gempar Kerajaan Perpaduan Madani Bakal Tumbang Pada Og

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 135 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1418 1 BERSIKAP ADIL BUKAN MENGHUKUM APABILA MENGKRITIK 2 NIK ABDUH BEREHAT ATAU MERAJUK 3 PTG KEDAH MAHU LINDUNGI SIAPA 4 ADAKAH ORANG MELAYU SANGGUP TERUS DIPERBODOHKAN
Kerajaan Perpaduan Dijamin Lebih Kukuh Selepas Prn Pm

Kerajaan Perpaduan Dijamin Lebih Kukuh Selepas Prn Pm

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 127 hits
Kejayaan Pakatan Harapan dan BN mengekalkan kerajaan di 3 negeri bakal menghilangkan terus cita cita Perikatan Nasional untuk menarik keluar mana mana parti komponen bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang mereka yakinkan kepa...
Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 170 hits
bharian com myOleh Ogos 6 2023 10 00am Foto hiasanApa ada pada Pilihan Raya Negeri dan apa kaitannya dengan perjalanan politik Malaysia Hakikatnya PRN di Negeri Sembilan Selangor Pulau Pinang Kedah Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini a...
Kerajaan Bn Ph Tetap Utuh Tak Kira Apa Pun Keputusan Prn Tok Mat

Kerajaan Bn Ph Tetap Utuh Tak Kira Apa Pun Keputusan Prn Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 190 hits
ismaweb netMahu Negeri Sembilan diwakili parti sama dengan pentadbiran PersekutuanSEREMBAN 20 Muharam 1445H Isnin Kerajaan Madani Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan akan kekal utuh tanpa mengira keputusan Pilihan ...
Kerajaan Perpaduan Lulus Referendum 12 Ogos

Kerajaan Perpaduan Lulus Referendum 12 Ogos

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 124 hits
Perikatan Nasional mendesak Pengerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan kononnya referendum rakyat semalam yang memihak kepada mereka di 3 negeri Referendum adalah...
Satu Lagi Inisiatif Keraja Kerajaan Perpaduan Madani

Satu Lagi Inisiatif Keraja Kerajaan Perpaduan Madani

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 113 hits
Sebelum ni kerajaan datangkan Inisiatif Pendapatan Rakyat yang bertujuan membantu rakyat golongan miskin dan B40 untuk memiliki perniagaan sendiri Kini ada inisiatif baharu di mana semua golongan rakyat berpeluang untuk menjana pendapatan s...
Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10

2 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Kes Tuntutan Palsu Di Sabah

Ktmb Tambah Baik Garis Panduan Susulan Kontroversi Pesta Dalam Tren

Bolehkah Berbuka Puasa Karena Merasa Pusing