Keputusan Prn Mungkin Tergantung Akibat Saingan Banyak Penjuru Hilang Aura


Kemunculan ramai calon yang menyaksikan pertandingan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sabah boleh membawa kepada keputusan tidak stabil pada 26 Sept ini selepas pengiraan undi, kata pemerhati politik.
Mereka tertanya-tanya apakah 2 gabungan yang bersaing, Warisan Plus dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dapat memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri apabila keputusan diumumkan.
Kedua-dua gabungan itu menghadapi masalah keyakinan pengundi.
Bagi Warisan Plus, ia persoalan mengenai kehilangan aura, selepas Warisan dan sekutunya berkuasa pada 2018. Bagi GRS pula, persoalannya adakah mereka mampu bertahan pertembungan mesra sesama sendiri di 17 kerusi.
Keputusan Pilihan Raya Umum pada 2018 mungkin berulang, di mana tiada satu pun kumpulan yang memenangi lebih separuh daripada kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru.
“Pertembungan mesra” di 17 kerusi yang ditandingi parti dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, yang membentuk GRS, akan saling melemahkan mereka dan boleh mengakibatkan parti itu gagal mencapai kemenangan meyakinkan.
Pemerhati politik tempatan, Hamid Ismail berkata, GRS akan menghadapi masalah besar jika ia tidak dapat menyelesaikan pertembungan sesama parti komponennya.
“Sekiranya tiada tindakan, pertembungan ini akan memberi gambaran negatif mengenai kepercayaan dan hubungan antara parti dalam pakatan ini,” kata peguam itu yang pernah bertanding sebelum ini.
Penganalisis politik turut tertanya-tanya jika pekerja pilihan raya Umno dan PPBM serta parti komponen lain dalam GRS dapat bekerjasama.
“Sekiranya jentera Umno dan PPBM boleh bekerjasama, mereka tidak dapat dihalang. Itu besar kemungkinannya,” kata bekas ketua menteri, Yong Teck Lee yang mengetuai SAPP menyertai PN baru-baru ini.
Pemerhati politik Sabah berkata, pertandingan banyak penjuru di semua 73 kerusi akan menarik undi daripada PN-BN dan Warisan Plus.
“Terdapat 447 calon untuk 73 kerusi atau purata 6 calon bertanding bagi setiap kerusi. Tentu ini akan memberi kesan kepada PN-BN dan Warisan Plus,” kata seorang pemerhati.
Hamid percaya Warisan akan paling terkesan dengan kehadiran parti kecil seperti Parti Cinta Sabah dan LDP.
“Warisan Plus tidak lagi mempunyai aura hebat seperti yang dimilikinya pada PRU 2018. Saya jangkakan PCS dan LDP akan menang di beberapa kerusi yang dipegang Warisan.
“Beberapa parti lain dan calon bebas fikir mereka boleh menjadi ‘kingmaker’. Ia mungkin berlaku,” kata Hamid.
Jika ini berlaku pada 26 Sept, pakatan sedia ada dapat dibentuk semula dan pembentukan kerajaan Sabah yang baru kekal menjadi suatu ketidakpastian. FMT
The post Keputusan PRN mungkin ‘tergantung’ akibat saingan banyak penjuru, hilang aura appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/15/keputusan-prn-mungkin-tergantung-akibat-saingan-banyak-penjuru-hilang-aura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Anwar Perlu Buat Keputusan Tegas

Prn Sabah Anwar Perlu Buat Keputusan Tegas

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 380 hits
PKR akan meletakan calon dalam Pirane Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini Semalam parti itu telah meluncurkan jentera pilihan raya oleh Anwar Ibrahim dalam suasana meriah dan penuh bersemangat sekali PKR akan berkolaborasi dengan W...
Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 548 hits
Barisan Nasional akan derita kerana ketepi Musa Penganalisis menjangka Barisan Nasional akan menghadapi masalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September ini kerana mengetepikan bekas ketua menteri Musa Aman Awang Azman Pawi dari Un...
Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 461 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah apa yang dilalui oleh pasangan warga emas ini apabila diuji dengan kesusahan hidup yang bertimpa timpa Manakan tidak suami yang merupakan insan kurang upaya kerana cacat di bahagia...
Prn Sabah Prk Tuntut Lebih Banyak Kerusi

Prn Sabah Prk Tuntut Lebih Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 541 hits
KOTA KINABALU 6 SEPT Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia akan bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sabah Ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanr...
Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 480 hits
KOTA KINABALU 10 Sept Perikatan Nasional mengumumkan untuk bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan ini dan kemungkinan besar bertembung dengan Barisan Nasional di tiga kawasan Tiga kawasan itu ialah Paginatan Tuli...
Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 458 hits
Calon KEADILAN Peto Galim berdepan cabaran getir apabila beliau mengesahkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam akan melibatkan pertandingan 10 penjuru Malah Peto akan bertanding buat pertama kali sebagai calon dan akan berdepan deng...
Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 439 hits
Seminggu dua ini menteri dan timbalan menteri kerajaan tebuk atap PN berulang alik ke Sabah untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan Berapa banyak wang rakyat hangus begitu sahaja digunakan untuk berkempen di Sabah Setiap hari akan ...
Hampir Hilang Dua Jari Akibat Tersepit Pada Pintu Kaca

Hampir Hilang Dua Jari Akibat Tersepit Pada Pintu Kaca

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 335 hits
Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pengumpil JBPM GEORGE TOWN Seorang pekerja premis peruncit kecantikan dan kesihatan di Jelutong di sini hampir kehilangan dua jarinya apa...
Prn Sarawak Dan Pru15 Mungkin Dijalankan Serentak

Prn Sarawak Dan Pru15 Mungkin Dijalankan Serentak

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 708 hits
Pilihan Raya Negeri ke 12 Sarawak mungkin akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 15 Itu bayangan yang diberikan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Jelasnya ini bagi mengukuhkan keduduka...
Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

Quick Corned Beef Recipe In Oven

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiga Tingkatan Itsar Menurut Ibnul Qayyim Mendahulukan Orang Lain Dan Keridaan Allah

Lirik Lagu Gelas Memori Fiq7 Ft Adira Suhaimi

The Lantis Bila Chord

Monochromatic Magic A Handsome Triumph Street Twin By 2loud

Kempen Berdasarkan Prestasi

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi