Keputusan Prn Bn Ph Tidak Bersedia Dalam Perang Media Sosial Azalina
SINAR ONLINE
SHAH ALAM -
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui Barisan Nasional
(BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak bersedia dalam peperangan media sosial
ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.
Beliau berkata, BN-PH masih menggunakan pendekatan
konservatif untuk berkempen seperti pergi rumah ke rumah dan berceramah secara
fizikal di tempat awam.
"PH dan BN mewujudkan kempen yang bersih, kita ikut syarat, tetapi kalau tengok
parti lawan, tidak pasang bendera besar, kenderaan pun tak pernah tengok.
"Kalau nak kira satu persatu, ini bukan tradisi
pilihan raya yang sebenarnya dan BN tidak pernah (ubah) tradisi
sedemikian," katanya pada program diskusi 'Analisa PRN 2023 Di Mana
Silapnya?' yang disiarkan di laman sosial UMNO Online pada Rabu.
Dalam pada itu Azalina yang juga Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, peraturan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar ditukar sebelum Pilihan Raya Umum ke-16
(PRU16) akan datang agar definisi kempen dapat diperhalusi sesuai dengan
penggunaan platform media sosial.
Beliau menjelaskan, pengiklanan politik yang tidak
terkawal boleh menyebabkan makna sebenar berkempen dalam pilihan raya tidak
capai objektifnya.
"Kita mesti membezakan kerajaan dengan parti
politik. Iklan di TikTok (berbayar) kalau nak capai 10 juta hingga 100 juta
pengguna. Saya nak tanya, adakah itu 'fairplay' dalam makna sebenar pilihan
raya.
"Kita dah menggunakan pilihan raya sebagai platform
perniagaan dan keduanya, kita gunakan platform pengiklanan sebagai pilihan
raya.`
"Kalau tawarkan
seorang calon, kita nak dia berkhidmat lima tahun, bukan nak penjenamaan atau
jual brand. Kita jual perkhidmatan, itu sebabnya mungkin PH dan BN adalah satu
parti politik yang tradisional, menggunakan tradisi kempen," ujarnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/08/keputusan-prn-bn-ph-tidak-bersedia.html