Saya Marah Betul Lah Park Jihyun Ulas Babak Bersama Kim Namhee Dalam Reborn Rich
Macam mana ending korang dengan drama “Reborn Rich”?
ARTIKEL BERKAITAN
Rating 'Reborn Rich' Lepasi Rekod Dipegang 'SKY Castle'
Terbaru, JTBC ada menyiarkan satu video di mana Park Ji-hyun dan Kim Nam-hee, berbual mengenai babak yang mereka lakonkan bersama dalam drama hit, “Reborn Rich”.
Seperti yang korang tahu, menerusi drama itu, Park Ji-hyun memegang watak sebagai Mo Hyun-min, seorang anak kepada pemilik syarikat surat khabar terbesar, manakala Kim Nam-hee memegang watak sebagai Jin Sung-jun, salah seorang daripada keluarga kaya yang mempunyai syarikat terbesar di Korea, iaitu syarikat Soon Yang.
Mo Hyun-min dan Jin Sung-jun berkahwin dek kerana aturan keluarga dan mereka pula mempunyai hubungan yang agak pelik di mana mereka boleh menyayangi dan membenci antara satu sama lain dalam masa yang sama.
Terdapat satu babak di mana, watak Jin Sung-jun mengetahui kelemahan Mo Hyun-min dan dia berkata kepada si isteri,
Mari kita bermain permainan di mana kita berdua boleh menang okay?
Selepas berkata demikian, Kim Nam-hee sempat meletakkan pelembap bibir sebelum mengusap air mata di wajah Park Ji-hyun. Setelah itu, Park Ji-hyun berkata,
Bahagian ini awak olah sendiri kan? Saya sangat marah ketika ini sebenarnya sebab saya terpaksa tertunggu seperti itu. Itu adalah kali kedua saya jadi betul-betul marah sewaktu penggambaran “Reborn Rich” dan itu kali pertama saya rasa marah terhadap kamu.
Selepas babak itu, watak Jin Sung-jun perlu keluar dari balik untuk menyapa tetamu, namun dek kerana pergaduhan bersama Mo Hyun-min, dia terpaksa berpura-pura senyum di hadapan tetamu.
Kim Nam-hee terus tertawa dan berkata,
Saya pernah berbuat demikian sewaktu di majlis perkahwinan sebenar saya juga. Saya terpaksa terus kekal tersenyum walaupun saya berasa sangat penat ketika itu.
Park Ji-hyun turut bekata bahawa itu adalah antara babak yang dia betul-betul rasa hampir ‘gila’ dan marah kerana ianya sangat ‘real’ dan terkesan buat dirinya sendiri.
In fact, Kim Namhee and Park Jihyun’s chemistry deserves a shout-out. You know that it was a toxic marriage of convenience but u cant help but wonder if there’s real love and affection in there. They’re convincing enough to make me think they’re the main couple oh yes #RebornRich pic.twitter.com/npIEyINbqi
— Mea (@beetsnotbombs) December 26, 2022
Menjadi la kan lakonan dorang sebenarnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-marah-betul-lah-park-jihyun-ulas-babak-bersama-kim-namhee-dalam-reborn-rich/