Biar Betul Siapa Punya Kerja Ni




JUAL MENARA KL YG BOLEH BUAT UNTUNG BERPULUH JUTA SE TAHUN. KISAH BERLAKU SEBELUM PARLIMEN BUBAR. *SAPO MENTERI KOMUNIKASI MASA TU?*

 


ADRIAN LIM  CHEE EN













MENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP-SENYAP

 
Konsesi dan hak ke atas mengurus Menara KL adalah suatu perniagaan yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya Menara KL Sdn Bhd.

 
Ianya bukan suatu perniagaan yang merugikan, tetapi suatu perniagaan yang menjana keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad.

 
Contohnya pada tahun 2019 (sebelum Covid-19), keuntungan bersih yang dicatat oleh Menara KL Sdn Bhd melalui konsesi dan hak mengurus Menara KL ialah sebanyak RM20 juta.

 
Pada tahun 2018, Menara KL mencatat keuntungan bersih sebanyak RM25 juta.

 
Oleh kerana perniagaan mengurus Menara KL ini membawa keuntungan kepada Menara KL Sdn Bhd, ianya juga membawa keuntungan kepada Telekom Malaysia Berhad.

 
Maka secara langsungnya ia juga membawa keuntungan kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia kerana Telekom Malaysia Berhad adalah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan orang awam.

 
Yang peliknya, pada 31 Oktober 2022, iaitu tarikh selepas Parlimen dibubar, 10 juta saham yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad dalam Menara KL Sdn Bhd telah dipindahkan secara senyap-senyap kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

 
Entah siapalah Hydroshoppe Sdn Bhd ini.

 
Tetapi semakan SSM mendapati bahawa Hydroshoppe Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir dinyahsenaraikan dari SSM kerana gagal membuat perisytiharan dan pemfailan mengikut jadual.

 
Ianya bermasalah dan sedang dalam proses dibuang, tetapi PN telah membuat keputusan untuk menyalur keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setahun dari akaun bank Telekom Malaysia Berhad kepada akaun bank sebuah syarikat yang bermasalah.

 
Secara ringkasnya, berpuluh-puluh juta ringgit keuntungan bersih yang pada asalnya sedang dinikmati oleh Telekom Malaysia Berhad (negara dan rakyat) telah diserah kepada beberapa orang insan terpilih (Hydroshoppe Sdn Bhd).

 
Berpuluh-puluh juta ringgit ini pada asalnya sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pemilikan saham Telekom Malaysia Berhad, pembinaan menara telco, perkembangan jaringan komunikasi di kawasan-kawasan desa dan sebagainya.

 
Tetapi tiba-tiba dihentikan dan disalurkan kepada beberapa orang insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd.

 
Maka rakyat marhaen tidak akan merasai limpahan nikmat berpuluh-puluh juta ringgit tersebut di masa akan datang.

 
Sebaliknya beberapa insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd sahaja yang akan menikmati berpuluh-puluh juta ringgit tersebut.

 
Sebab apakah perkara ini boleh berlaku ketika Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi?

 
Adakah Annuar Musa yang kini bersama PN terlibat dalam usaha meminggirkan Melayu marhaen daripada menikmati limpahan keuntungan Menara KL?

 

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/biar-betul-siapa-punya-kerja-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 235 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Video Respons Jokowi Soal Pro Kontra Perppu Cipta Kerja Sebut Hal Biasa

Video Respons Jokowi Soal Pro Kontra Perppu Cipta Kerja Sebut Hal Biasa

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 170 hits
Presiden Jokowi angkat bicara terkait pro kontra Perppu Nomor 2 tahun 2022 tentang Cipta Kerja Jokowi mengatakan pro kontra terkait kebijakan dan regulasi merupakan hal lumrah Jokowi menambahkan pemerintah dapat menjelaskan alasan diterbitk...
Perppu Cipta Kerja Bakal Beri Kepastian Hukum Bagi Investor

Perppu Cipta Kerja Bakal Beri Kepastian Hukum Bagi Investor

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 169 hits
Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri Indonesia Arsjad Rasjid menilai keputusan pemerintah atas penerbitan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang Undang Nomor 2 Tahun 2022 tentang Cipta Kerja atau Perppu Cipta Kerja akan dapat memberikan kepa...
Erick Thohir Ingin Pekerja Kontrak Di Proyek Bumn Tak Hanya Sekali Kerja

Erick Thohir Ingin Pekerja Kontrak Di Proyek Bumn Tak Hanya Sekali Kerja

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 175 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir menyoroti pegawai kontrak untuk satu kali proyek milik perusahaan pelat merah Ke depan dia ingin para pekerja tersebut bisa mengabdi secara berkelanjutan di bawah bendera BUMN bukan hanya untuk ...
Saya Kerja Keras G Dragon Kongsi Sedang Dalam Persiapan Untuk Lancar Album Baru

Saya Kerja Keras G Dragon Kongsi Sedang Dalam Persiapan Untuk Lancar Album Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 156 hits
Baru baru ini G Dragon telah menemui peminat menerusi video baru berjudul G DRAGON GUERRILLA DESK G Division ARTIKEL BERKAITAN Pada awal video G Dragon menyapa peminat dengan berkata Sudah lama saya tidak bertanya khabar Saya tidak dapat be...
Kerja Penulis Boleh Jadi Kaya Ke

Kerja Penulis Boleh Jadi Kaya Ke

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 169 hits
Kerja sebagai penulis ni boleh jadi kaya ke Sejak akhir akhir ini saya banyak berfikir mengenai hal hal berkaitan dengan kewangan Saya merasakan ada beberapa perkara dan keputusan yang berkaitan dengan kewangan yang saya sebenarnya telah te...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone