Keputusan Gugur Pendakwaan Kes Ltteperlekeh Polis Musa


KHAIRIL ANWAR MOHD AMI    MUSA 
SHAH ALAM - Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) disifatkan sebagai berat sebelah dan memperlekehkan tindakan polis.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, keputusan itu juga seolah-olah menunjukkan LTTE, yang masih disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU) sehingga kini, seolah-olah istimewa berbanding kumpulan pengganas lain.

Menurutnya, sekiranya pihak yang mengagungkan atau bersimpati dengan mana-mana individu atau kumpulan pengganas tidak menjadi kesalahan, mengapa bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Aishah Atam dipenjarakan atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan tiga tahun lalu?

"Bagi saya, keputusan dibuat (Peguam Negara) adalah berat sebelah. Mengapa LTTE dilayan sebagai sebuah kumpulan berbeza berbanding kumpulan pengganas atau militan lain?

"Dalam satu laporan akhbar antarabangsa, Daily Mirror semalam, LTTE terus disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam senarai terkini individu dan organisasi yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh Kesatuan Eropah.

"Kalau tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen 'perbuatan pengganas', kerajaan kena bebaskan juga Aishah dan orang lain dikaitkan pengganas," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas keputusan Peguam Negara yang mengejutkan seluruh negara.


Peguam Negara menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.
 
Dalam kenyataan media sepanjang 11 muka surat, Thomas berkata, setiap seorang daripada mereka mempunyai gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka pada telefon bimbit atau akaun Facebook masing-masing.

"Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat tidak dihormati.

"Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen 'perbuatan pengganas' di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar itu atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka yang tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B (4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah 'sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat'," kata Thomas.

Musa turut menganggap keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap individu-individu terbabit LTTE sebagai tindakan memperkecil dan memperlekehkan tindakan polis.

Menurutnya, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana pihak polis bekerja keras bagi mendapatkan bukti-bukti untuk menunjukkan mereka terlibat sebagai pentaksub atau penyokong individu atau organisasi dikaitkan aktiviti keganasan.

"Implikasi daripada keputusan dibuat Peguam Negara sangat besar terutama kepada mereka yang pernah dikenakan tindakan undang-undang setelah didakwa memiliki bahan-bahan berkaitan pihak pengganas.

"Pandangan saya, kerajaan kini perlu berkira-kira membebaskan semua individu ditangkap kerana ada kaitan dengan kumpulan pengganas lain atau tutup terus cawangan polis Bahagian Anti-Keganasan lebih senang," katanya.

Peguam Negara menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.
 Dalam kenyataan media, Thomas menjelaskan keputusan beliau menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.

"Oleh demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, saya memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta-merta,"katanya.

Sejumlah 12 individu ditahan polis pada 29 Oktober tahun lalu dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012, atau dikenali sebagai SOSMA sejak itu.

Antara 12 individu ditahan adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), P Gunasekaran dari DUN Seremban Jaya dan G Saminathan (Gadek).

ARTIKEL BERKAITAN LTTE: AG tamatkan prosiding terhadap 12 individu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/keputusan-gugur-pendakwaan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Tommy Thomas Perlekeh Tugas Polis

Musa Tommy Thomas Perlekeh Tugas Polis

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 361 hits
Keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam disifatkan sebagai berat sebela...
Kes Tembakan Rambang Jakrapanth Thomma Mati Ditembak

Kes Tembakan Rambang Jakrapanth Thomma Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 458 hits
BANGKOK Seorang tentera Thailand yang menembak 21 individu secara tembakan rambang di sebuah pusat beli belah di Korat ditembak mati oleh pasukan keselamatan kira kira jam 9 pagi tadi Berita yang diumumkan Komander Tentera Leftenan Jeneral ...
Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 253 hits
UMNO harus faham bahawa antara sebab parti itu kalah majoriti 2 3 sewaktu Abdullah Badawi dan akhir sekali tumpas di PRU14 ialah kerana satu critical mass telah wujud di kalangan pengundi Melayu yang menolak politik samseng dan ancaman gana...
Thailand Mengesahkan Tujuh Lagi Kes Wabak Koronavirus

Thailand Mengesahkan Tujuh Lagi Kes Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 414 hits
BANGKOK Menteri Kesihatan Umum Thailand mengesahkan tujuh lagi kes berhubung wabak koronavirus yang berlaku di negara itu Penambahan tersebut menyaksikan tiga warga tempatan dan empat orang warga China Ini menjadikan Thailand antara negara ...
Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 316 hits
Polis buru individu muat naik kenyataan sensitif krisis politik negara Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Fe
Polis Buru Pemilik Akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid 3

Polis Buru Pemilik Akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid 3

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sedang mengesan pemilik akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid 3 yang dipercayai memuat naik kenyataan berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia kelmarin Paparan yang dikeluark...
Tetdapat Kes Koronavirus Di Sekinchan Selangor

Tetdapat Kes Koronavirus Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 201 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat satu kes Koronavirus di klinik Sekinchan Selangor Sumber gambar Harian Metro SEBENARNYA Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam menafikan berlakunya ja
Wakil Who Bimbang Laporan Kes Libatkan Mangsa Tidak Pernah Bekunjung Ke China

Wakil Who Bimbang Laporan Kes Libatkan Mangsa Tidak Pernah Bekunjung Ke China

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 252 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata penularan wabak koronavirus di beberapa negara di serata dunia setakat ini mungkin hanyalah permulaan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam tweet miliknya berkata timbul kebimbangan mengena...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia