Musa Tommy Thomas Perlekeh Tugas Polis



Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) disifatkan sebagai berat sebelah dan memperlekehkan tindakan polis.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, keputusan itu juga seolah-olah menunjukkan LTTE, yang masih disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU) sehingga kini, seolah-olah istimewa berbanding kumpulan pengganas lain.

Menurutnya, sekiranya pihak yang mengagungkan atau bersimpati dengan mana-mana individu atau kumpulan pengganas tidak menjadi kesalahan, mengapa bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Aishah Atam dipenjarakan atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan tiga tahun lalu?

"Bagi saya, keputusan dibuat (Peguam Negara) adalah berat sebelah. Mengapa LTTE dilayan sebagai sebuah kumpulan berbeza berbanding kumpulan pengganas atau militan lain?

"Dalam satu laporan akhbar antarabangsa, Daily Mirror semalam, LTTE terus disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam senarai terkini individu dan organisasi yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh Kesatuan Eropah.

"Kalau tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen 'perbuatan pengganas', kerajaan kena bebaskan juga Aishah dan orang lain dikaitkan pengganas," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam kenyataan media sepanjang 11 muka surat, Thomas berkata, setiap seorang daripada mereka mempunyai gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka pada telefon bimbit atau akaun Facebook masing-masing.

"Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat tidak dihormati.

"Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen 'perbuatan pengganas' di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar itu atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka yang tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B (4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah 'sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat'," kata Thomas.

Musa turut menganggap keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap individu-individu terbabit LTTE sebagai tindakan memperkecil dan memperlekehkan tindakan polis.

Menurutnya, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana pihak polis bekerja keras bagi mendapatkan bukti-bukti untuk menunjukkan mereka terlibat sebagai pentaksub atau penyokong individu atau organisasi dikaitkan aktiviti keganasan.

"Implikasi daripada keputusan dibuat Peguam Negara sangat besar terutama kepada mereka yang pernah dikenakan tindakan undang-undang setelah didakwa memiliki bahan-bahan berkaitan pihak pengganas.

"Pandangan saya, kerajaan kini perlu berkira-kira membebaskan semua individu ditangkap kerana ada kaitan dengan kumpulan pengganas lain atau tutup terus cawangan polis Bahagian Anti-Keganasan lebih senang," katanya.


Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/musa-tommy-thomas-perlekeh-tugas-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tommy Thomas Bakal Menasihati Ydpa

Tommy Thomas Bakal Menasihati Ydpa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 560 hits
Pertama kali dalam sejarah negara Perdana Menteri parti yang menerajui kerajaan meletak jawatan dan sekali gus menyaksikan keseluruhan kabinet secara otomatik hilang atau gugur jawatan Pertama kali juga negara kita hanya ada Perdana Menteri...
Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 371 hits
Sumber gambar dari Malay MailKelmarin kita digemparkan dengan tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding keatas 12 individu menyokong kumpulan pengganas LTTE yang menyebabkan 34 pertududah keatas mereka telah digugurkan Berdasarkan info da...
Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 646 hits
Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Memetik sumber The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai nega...
Insiden Halang Tugas Di Batu Caves Imigresen Buat Laporan Polis

Insiden Halang Tugas Di Batu Caves Imigresen Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 480 hits
February 15 2020 6 31 PMSemalam tular di media sosial insiden kira kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan oleh ahli jawatankuasa kuil Batu Caves KUALA LUMPUR Jabata...
Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan Bagaimanapun bila ditanya...
Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves

Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dipercayai dihalau daripada melakukan tugas operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves di sini baru baru ini Ketua Pengarah Imi...
Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 842 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memberi kata dua kepada Peguam Negara Tommy Thomas berikutan tindakannya memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Maszlee ber...
If Dr Mahathir Does Not Go In May Then Tommy Thomas Has To Go

If Dr Mahathir Does Not Go In May Then Tommy Thomas Has To Go

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 315 hits
If Mahathir goes in May then Tommy Thomas will see his extension as AG for another year or two approved If Mahathir does not go in May then Tommy Thomas may not get his extension and will have to go and a new AG someone aligned to Mahathir ...
Charles Santiago Ucap Terima Kasih Kepada Tommy Thomas Bebaskan12 Individu

Charles Santiago Ucap Terima Kasih Kepada Tommy Thomas Bebaskan12 Individu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 342 hits
Charles Santiago bersama beberapa ahli Parlimen DAP berjumpa dengan ahli keluarga tahanan berkaitan sokongan terhadap LTTE di hadapan bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Klang Charle...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi