Keputusan Benarkan Bin Bapa Anak Luar Nikah Langgar Syarak


KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat Islam, ulama dan ahli perundangan Islam.Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebelum ini memutuskan anak tidak sah taraf, sama ada diikuti dengan perkahwinan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah yang bermaksud hamba Allah.Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, bersependapat keputusan itu bertentangan dengan hukum syarak seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.Mohd Tamyes berkata, ketetapan itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan ulama dan dalil al-Quran yang menjelaskan maksud anak tidak sah taraf, iaitu anak yang lahir kurang daripada enam bulan selepas tarikh perkahwinan."Ada fatwa beberapa negeri yang memutuskan anak yang dilahirkan di bawah tempoh enam bulan, boleh dinasabkan pada bapanya, atas alasan tidak mahu anak itu kelak menanggung malu."Hakikatnya, anak itu tidak wajar menanggung malu kerana ibu bapanya yang berdosa. Tidak mustahil selepas ini ramai anak tidak sah taraf akan membuat permohonan untuk dibin atau bintikan kepada bapa mereka.Rujuk mahkamah syariah"Mahkamah sepatutnya memperakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri, di samping merujuk kepada mahkamah syariah dalam hal berkaitan agama Islam," katanya ketika dihubungi BH, semalam.Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bidang kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 dan tidak terikat dengan fatwa.Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada 'Abdullah' kepada nama sebenar bapa anak berkenaan dalam sijil kelahiran, atas dasar fatwa yang dikeluarkan.Pandangan Mohd Tamyes itu disokong Hassan yang menegaskan, adalah berdosa jika anak tidak sah taraf itu dibin atau dibintikan pada bapanya susulan keputusan mahkamah itu.Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, memuji keputusan itu yang seiring dengan keputusan fatwa negeri berkenaan yang membolehkan anak yang lahir kurang dari enam bulan, dibin atau dibintikan kepada bapanya.Beliau mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu menzalimi anak terbabit dan ibu bapa mereka sepanjang hayat.Berpandukan Mazhab ShafieSementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata jika anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan pada bapanya, ia akan menimbulkan kekeliruan dan pelbagai masalah seperti ketika mahu berkahwin dan pengagihan harta pusaka.Katanya, bapa berkenaan tidak boleh menjadi wali kepada anak tidak sah taraf dan jika ia berlaku, perkahwinan itu tidak sah."Jika berlaku kematian pula, bapa atau anak itu tidak layak menerima harta pusaka dan jika diberikan juga, ia dikira merampas hak orang lain."Saya menghormati keputusan mahkamah, namun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Shafie," katanya.Katanya, ada pendapat lain membenarkan anak itu dibin atau dibintikan pada bapa, namun setiap keputusan perlu berpandukan Mazhab Shafie yang diamalkan di negara ini. - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/keputusan-benarkan-bin-bapa-anak-luar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 625 hits
Kuala Lumpur Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sohibuh Samahah Datuk Dr Zulkifli...
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 313 hits
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi JugaSeorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga
Anak Aku Bukan Untuk Kau Dera Video Bapa Membelasah Menantu Kaki Pukul Di Sarawak

Anak Aku Bukan Untuk Kau Dera Video Bapa Membelasah Menantu Kaki Pukul Di Sarawak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 376 hits
Bapa manalah yang tak sakit hati apabila melihat anak perempuannya dipukul dan didera oleh suami Susah payah dibesarkan dan dijaga dengan baik sejak dari lahir dijadikan tempat lepas geram setelah diberikan ke tangan orang lain Memang patut...
Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 347 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 519 hits
Foto BernamaMELAKA Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabkan kedua dua ma...
Bapa Buang Anak Perempuan Baru Dilahirkan Kerana Inginkan Anak Lelaki

Bapa Buang Anak Perempuan Baru Dilahirkan Kerana Inginkan Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 405 hits
Bapa buang anak perempuan baru dilahirkan kerana inginkan anak lelakiTergamak seorang bapa menculik anak perempuannya yang baru dilahirkan dari hospital dan membuangnya di kawasan bukit kerana dia mahukan anak lelaki Kejadian itu berlaku di...
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 489 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Anak Lelaki Khashoggi Minta Arab Saudi Pulangkan Jenazah Bapa

Anak Lelaki Khashoggi Minta Arab Saudi Pulangkan Jenazah Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 359 hits
Anak lelaki Khashoggi minta Arab Saudi pulangkan jenazah bapa Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 5 Nov 2018
Bapa Kejam Campak Bayi Kecewa Anak Perempuan

Bapa Kejam Campak Bayi Kecewa Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 408 hits
Bayi baharu dilahirkan 6 jam itu dicampak ke kawasan pedalaman https goo gl yjtSnA bayi campak barulahir kecewa bapa4oranganak bayibarulahir kawasanpendalaman masalahkewangan anaklelaki tidakcedera sinarharian
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep