Keputusan Agong Legakan Rakyat Proklamasi Darurat Cegah Ancaman Kesihatan


Darurat kali ini bukan hadapi suasana tegang seperti ancaman komunis  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah BANGI, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk mengeluarkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati dengan salah satu daripada dua perkara mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, perkara berkenaan termasuk sedang berlaku atau hampir berlaku darurat besar yang boleh mengakibatkan implikasi ancaman keselamatan.
Beliau berkata, perkara kedua adalah berlakunya ancaman kehidupan, ekonomi, ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
“Semalam, 660 kes baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, dengan 387 direkodkan di Sabah sahaja. Pertambahan kes baharu harian itu menjadikan kumulatif 50,390 kes positif COVID-19 sehingga semalam.
“Justeru, tidak hairanlah jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk memberi perkenan membuat proklamasi darurat seperti diminta Perdana Menteri,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.
Pemimpin Armada sanggah Tokmat, Darurat langkah selamat elak pilihanraya

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, memandangkan pilihan raya kali ini hanya membabitkan satu kawasan Parlimen yang sudah semestinya berbeza dengan Piihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini – maka baginda hanya memperkenankan proklamasi darurat bagi kawasan Parlimen berkenaan.
Beliau berkata, pengalaman selepas PRN Sabah amat membimbangkan apabila merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 148.4 peratus kes hanya selepas dua minggu daripada tarikh pembuangan undi.
“Keputusan Yang di-Pertuan Agong pastinya melegakan banyak pihak yang semestinya ‘perlu’ terbabit dengan PRK Batu Sapi, sekiranya proses itu diteruskan.
“Ini kerana suatu pilihan raya bukan sahaja membabitkan jumlah pengundi, bahkan jentera besar meliputi petugas SPR (Suruhanjaya Pilhan Raya), pekerja parti yang bertanding di lapangan termasuklah pemimpin parti yang akan berkempen buat calon masing-masing,” katanya.
Darurat , apa yang perlu kita tahu mengenainya

Jelasnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah satu perkara yang mungkin menjadi pengalaman baharu bagi rakyat Malaysia, yakni proklamasi darurat kali pertama dibuat bukan untuk menghadapi suasana tegang seperti ancaman komunis atau rusuhan kaum.
Sebaliknya, katanya, proklamasi darurat kali ini bersifat pencegahan bagi mengelak ancaman besar kepada kesihatan rakyat.
“Bayangkan jika PRK diadakan di Batu Sapi, seramai 32,962 orang pengundi berdaftar. Jika kesan PRN Sabah membina sejumlah kluster hinggakan mencatatkan angka seperti dilaporkan, adalah tidak wajar risiko diambil untuk meneruskan PRK Parlimen Batu Sapi.
“Rakyat pastinya tidak perlu panik kerana sebab diisytiharkan darurat kali ini ialah bersifat suatu pencegahan terhadap ancaman penularan wabak COVID-19.
“Proklamasi darurat meskipun hanya terhad dalam kawasan Parlimen berkenaan, pastinya membuka satu perspektif baharu buat rakyat Malaysia tentang darurat,” katanya.
Dia tak dapat buat darurat, dia buat PKPB pula, keluh Anwar

The post Keputusan Agong legakan rakyat, proklamasi darurat cegah ancaman kesihatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/20/keputusan-agong-legakan-rakyat-proklamasi-darurat-cegah-ancaman-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 409 hits
KENYATAAN MEDIA Isnin 9 November 2020 KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021 Wanita Keadilan Sabah mengambil maklum akan Belanjawan 2021 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan Walau bagaimanapun Wanita KEADILAN S...
Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 323 hits
Menangani covid9 secepat mungkin dan membolehkan PRU15 di pertengahan 2021
Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi Prk Tangguh

Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi Prk Tangguh

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 425 hits
November 18 2020 6 07 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersetuju mengisytiharkan darurat di Batu Sapi Sabah bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang sepatutnya diadakan pada 5 Dis Datuk Pengelola Bija...
Serahan Memo Rakyat Kepada Ytp Agong

Serahan Memo Rakyat Kepada Ytp Agong

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 229 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOF Ucapan takziah buat Muhyiddin dan semua anggota kabinetnya 72 orang kerana akhirnya tumbang juga Memang itu yg majoriti jutaan rakyat tunggu pun sejak bulan 2 lagi amin Kami sedekahkan Al Fatihah dan Surah Yassin khas bua...
Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

Kerajaan Akan Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik Bugaya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 382 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk meminta Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya sekiranya situasi pandem...
Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 407 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat Datuk Pe...
Agong Harus Segera Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Ngo

Agong Harus Segera Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Ngo

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 470 hits
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menuntut agar kerajaan Perikatan Nasional menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertindak membelakangkan institusi Raja Raja Melayu Menu...
Tolak Belanjawan Tidak Bermakna Ingkar Agong Tapi Untuk Selamatkan Derita Rakyat

Tolak Belanjawan Tidak Bermakna Ingkar Agong Tapi Untuk Selamatkan Derita Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 226 hits
Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 Jumaat lalu Pertama rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wan...
Keputusan Yang Amat Dinantikan Rakyat

Keputusan Yang Amat Dinantikan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 280 hits
KEPUTUSAN YANG AMAT DINANTIKAN RAKYAT JOHOR BAHRU 211120 Kerajaan negeri mengalu alukan keputusan kerajaan Persekutuan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di beberapa negeri termasuk Johor kecuali bagi daerah Kota T...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers