Agong Harus Segera Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Ngo



Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menuntut agar kerajaan Perikatan Nasional menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertindak membelakangkan institusi Raja-Raja Melayu.
Menurut Ketua Koordinator GBMRM Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, memorandum tersebut adalah yang kedua dihantar kepada pihak Istana Negara selepas memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan mengisytihar darurat pada bulan lalu.
Katanya, memorandum hari ini disokong oleh 50 badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat dari pelbagai latar belakang serta disiplin kerjaya.
“Kita kumpul sokongan setakat ini lebih daripada 50 NGO. Kita telah juga dapatkan sokongan dari rakyat melalui petisyen secara atas talian melebihi 2,000 orang dalam tempoh seminggu.
“Kita juga dapat sokongan manual yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp melebihi 5,000 sokongan. Kita minta rakyat membuat apa yang mereka mampu, seperti menurunkan tandatangan ke atas memorandum ini.
“Kita sasarkan 1 juta tandatangan. Kita harap tandatangan ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa rakyat Malaysia bukan rakyat seperti 60 tahun lalu. Tetapi rakyat sekarang celik Perlembagaan. Rakyat tahu perkembangan situasi politik, sosial dan ekonomi,” katanya di hadapan Pintu 2, Istana Negara seusai serahan memorandum tengah hari tadi.
Menurut Mustafa lagi, pihak istana menerima baik memorandum yang dihantar. Memorandum sama, katanya, turut ditujukan kepada pihak Parlimen Malaysia.
Namun Mustafa berpendapat pihak Parlimen boleh mengetahui isi kandungan memorandum tersebut dari media massa.
“Kita harap melalui media, semua Ahli Parlimen faham hasrat rakyat. Kami dari gabungan pelbagai NGO, termasuk dari Sabah, Sarawak dan saya juga menerima panggilan dari seluruh dunia. Dari United Kingdom, Ireland, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan sebagainya yang menyatakan kekecewaan terhadap perkembangan politik di tanah air. Mereka kata demokrasi Malaysia sudah mati.
“Apa tujuan kita menghantar memorandum, kita berharap pihak istana dan Raja-Raja Melayu faham hasrat rakyat yang sangat menghormati raja berperlembagaan. Kita faham Raja Berperlembagaan ini mesti dipertahankan seperti pertahankan bahasa Melayu, agama Islam dan lain-lain,” katanya lagi.
Isi kandungan memorandum tersebut seperti berikut:
Menyampaikan tuntutan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan mendahulukan Perlembagaan di atas segala undang-undang.Mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada bulan Februari 2020 melalui langkah Sheraton yang jelas sekali bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen.Memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mencemar Duli untuk bertemu dengan ketua-ketua parti politik yang bersama dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah pihak Yang Dipertuan Agong menerima mengadap pada 13 Oktober 2020 lalu. Seluruh rakyat mengetahuinya melalui kenyataan media yang disiarkan pada 14 Oktober 2020.Menegaskan peri pentingnya pentadbiran istana dilindungi dan dipelihara sewajarnya supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif bahawa kakitangan istana telah didalangi oleh individu-individu yang diarah untuk menjaga kehendak dan kepentingan kerajaan Perikatan Nasional.Menyatakan rasa amat terkejut dengan beberapa kenyataan dari pihak Kerajaan Perikatan Nasional sendiri yang secara terbuka menolak keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menolak dilaksanakan darurat.Menyampaikan tuntutan rakyat agar tindakan sewajarnya diambil terhadap beberapa Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Speaker Parlimen kerana berperilaku secara tidak beradab dan membelakangkan tatacara mesyuarat Sidang Dewan Rakyat di Parlimen.Menyarankan agar perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong sendiri . Ini adalah untuk mengelakkan bias (berat sebelah) apabila kedua-dua lantikan itu dibuat oleh parti politik. Semoga memorandum rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30714

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Jangan Gagalkan Usaha Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Shamsul Iskandar

Tun M Jangan Gagalkan Usaha Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 275 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad digesa agar tidak cuba menggagalkan usaha Pakatan Harapan mengembalikan kerajaan mandat rakyat Gesaan itu dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas Ahli Pa...
Kembalikan Segera Mandat Rakyat Undi Percaya Boleh Dilakukan Zahid

Kembalikan Segera Mandat Rakyat Undi Percaya Boleh Dilakukan Zahid

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 298 hits
DEWAN Rakyat merupakan merupakan pentas terbaik untuk menstabilkan situasi politik dalam negara Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sama ada terdapat usul undi percaya atau sebaliknya ia perlu diuji di Dewan R...
Kembalikan Mandat Kepada Rakyat Bermaksudnya Mengadakan Pru15

Kembalikan Mandat Kepada Rakyat Bermaksudnya Mengadakan Pru15

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 257 hits
Anwar Ibrahim PKR dan Pakatan Harapan kerap bercakap tentang mandat rakyat Mereka berkata mereka ingin kembalikan mandat rakyat Dan mereka berkata kembalikan mandat rakyat bermaksud memberi kuasa kepada Pakatan Harapan Ini merupakan satu ti...
Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 327 hits
Terkenal dengan sikap lantangnya dalam mengemukakan pendapat penyanyi dan juga usahawan terkenal Malaysia Mila Jirin tampil menyeru pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja bagi mereka yang terjejas Menerusi seb...
Pkr S Mandat Rakyat Scam

Pkr S Mandat Rakyat Scam

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 298 hits
Anwar Ibrahim PKR and Pakatan Harapan should stop conning the people with all this talk of mandat rakyat or about kembalikan mandat rakyat That is utter nonsense The mandate has been terminated It ended on 24th February 2020 when the govern...
Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 332 hits
Secara keseluruhan Belanjawan 2021 kelihatan komprehensif kerana menyentuh semua sektor kritikal termasuk memfokuskan golongan B40 serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 Sungguhpun begitu belanjawa...
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 313 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
J Kom Jadi Nafas Baharu Sistem Penyampaian Komunikasi Lebih Berkesan Kerajaan Amp Rakyat

J Kom Jadi Nafas Baharu Sistem Penyampaian Komunikasi Lebih Berkesan Kerajaan Amp Rakyat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 257 hits
nbsp KUALA LUMPUR Langkah kerajaan menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti dengan peranan dan fungsi berbeza dilihat mampu memberi nafas baharu dalam sistem penyampaian komunikasi dan maklumat lebi
Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 284 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan hari ini perlu berjiwa besar untuk membantu semua lapisan masyarakat agar dapat meneruskan kesinambungan hidup dalam berdepan dengan...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy