Tolak Belanjawan Tidak Bermakna Ingkar Agong Tapi Untuk Selamatkan Derita Rakyat


 Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, Jumaat lalu.
Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10 ribu.
Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank antara 3 hingga 6 bulan lagi.
Ketiga, rakyat turut menolak,kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan mahu menghidupkan semula Jasa serta memberi peruntukan besar untuk jabatan itu memulakan operasinya tahun depan sebanyak RM85.5 juta.
Tanpa ragu-ragu, boleh dikata lebih 90 peratus rakyat didapati menolak tiga perkara di atas, malah ia juga dipercayai akan menjadi inti perbahasan Ahli-Ahli Parlimen PH,BN dan lain-lain yang sealiran dengannya yang bermula hari ini.
Dalam erti kata lain , penolakan itu adalah suara besar rakyat yang jelas tidak setuju dan ia boleh didengar di mana-mana – di kedai kopi, lobi hotel, dalam perbualan suami isteri di meja makan, dalam media sosial dan sebagainya.
Walaupun Yang Dipertuan Agong ada bertitah agar Belanjawan 2021 diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen, tetapi asas baginda mengeluarkan titah demikian tentulah dengan harapan agar kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa diambil kira oleh kerajaan.
Ternampak sekarang, disebalik titah Agong itu, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripadanya dengan merangka belanjawan yang tidak berpihak kepada rakyat, bahkan lebih menjurus kepada agenda politik peribadi.
Bagi Ahli-Ahli Parlimen pula, oleh kerana mereka sendiri dipilih oleh rakyat, sudah tentulah mereka akan dianggap songsang jika menyokong Belanjawan 2021 yang nyata tidak disukai rakyat.
Keutamaan bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah mereka berperanan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat dan menolak perkara-perkara lain yang tidak dipersetujui rakyat.
Jika mereka menyokong juga perkara yang tidak dikehendaki rakyat, kemungkinan mereka ditolak dalam PRU seterusnya adalah cerah sekali.
Tidak guna sebenarnya bagi Ahli-Ahli menyokong Belanjawan 2021 ini jika hasilnya tidak memberi manfaat, malah terus menjadikan kehidupan rakyat dalam derita yang lebih panjang.
Untuk itu, adalah penting bagi Ahli-Ahli Parlimen berbahas secara kritikal, mengemukakan cadangan yang pro rakyat serta mengambil sikap berani menekan kerajaan agar tiga perkara di atas yang ditolak rakyat itu dapat ditarik balik oleh kerajaan sebelum hari pengundian.
Jika kerajaan berkeras juga mahu melaksanakannya, maka pilihan yang ada ialah menolaknya ketika pengundian diadakan.
Bukan saja Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang harus menolaknya, bahkan mereka daripada kelompok PN sendiri pun seharusnya berani mengambil pendirian yang sama.
Hanya dengan sikap sedemikian, Ahli-Ahli Parlimen benar-benar akan dilihat berperanan secara terpuji untuk kepentingan rakyat serta layak digelar wakil rakyat.
Buat apa menyokong Belanjawan 2021 yang dalam waktu yang sama sokongan itu juga bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin, sedangkan tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemarahan serta kebencian rakyat.
Menolak belanjawan yang tidak memberi manfaat rakyat bukanlah bermakna Ahli-Ahli Parlimen ingkar kepada titah Agong, malah lebih untuk mengutamakan rakyat yang berada di bawah naungan Agong itu sendiri.
Lagi pula, untuk jangka panjang, yang lebih diperlukan oleh Ahli-Ahli Parlimen ialah sokongan dan berbuat apa yang disukai rakyat, bukannya menyukakan hati Muhyiddin.
Sama ada dengan penolakan Belanjawan 2021 akan menyebabkan sebuah kerajaan baru dibentuk atau PRU mengejut terpaksa diadakan, mereka yang bersikap mengutamakan rakyat pasti sentiasa ada dalam hati dan jiwa rakyat, selain tiga perkara yang menjadi kebencian itu dapat diubahsuai segera. 
(Shahbudindotcom 09/11/2020)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tolak-belanjawan-tidak-bermakna-ingkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 491 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 300 hits
SHAHBUDIN HUSIN Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 6 November lalu Pertama rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan penca...
Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 411 hits
Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 Kita akan bincang pelbagai per...
Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang ...
Geng Anwar Dalam Pkr Cabar Agong Ancam Tolak Belanjawan 2021

Geng Anwar Dalam Pkr Cabar Agong Ancam Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 344 hits
Walaupun Agong sudah memberi peringatan ahli Parlimen Subang Wong Chen yang merupakan pengikut setia Anwar menggesa pembangkang tidak berputus asa menjelang pengundian belanjawan bulan hadapan Peringatan daripada Agong kepada ahli ahli Parl...
Enam Cadangan Untuk Belanjawan Berunding Tidak Bermakna Ph Kompromi Keabsahan Kerajaan

Enam Cadangan Untuk Belanjawan Berunding Tidak Bermakna Ph Kompromi Keabsahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 272 hits
Pakatan Harapan telah selesai mengadakan pertemuan pertama dengan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membincangkan Belanjawan 2021 Pakatan Harapan memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas uta...
Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 297 hits
November 10 2020DEWAN Muslimat PAS Malaysia ingin turut sama sama mengetengahkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang digunakan dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia menegaskan kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam...
Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam menghadapi krisis pandemik COVID 19 dan ekonomi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerajaan membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara bagi memelihar...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025