Kepercayan Kenan Dalam Masyarakat Melayu Islam Kajian Dari Perspektif Islam Dan Ilmu Sains


 



KONSEP KENAN
Kenan dalam masyarakat Melayu dapat difahami dalam pelbagai takrifan. Dari aspek etimologi, perkataan kenan merupakan istilah Bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan, perkataan kenan mempunyai dua pengertian.Pertama, tanda atau cacat pada kulit, anggota, tubuh, dan lain-lain semenjak lahir lagi. Kedua, keganjilan tertentu pada gerak geri, kelakuan dan lain-lain seperti tangisan yang menyerupai salakan anjing atau keganjilan gerak geri seperti menyerupai kera. Berdasarkan pengertian literal tersebut, kenan merupakan keadaan bayi yang tidak sempurna dan biasanya dikaitkan dengan karakter dan fizikal binatang tertentu seperti monyet. Manakala dalam aspek terminologi, terdapat pelbagai takrifan diutarakan dalam nada yang hampir sama. Menurut Amran Kasimin, kenan adalah kecelakaan sama ada merupakan penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru dilahirkan akibat melanggar pantang, yang dilakukan ibu atau bapa ketika bayi masih dalam kandungan. Ia boleh terjadi kerana perbuatan membunuh, menyeksa binatang atau si pelaku melakukan sesuatu dalam keadaan lupa dirinya sedang mengandung. Pengertian ini selari dengan takrifan Anisah Barakbah, A. Aziz Deraman, Skeat, dan Mohtar Mohd Dom. Menurut mereka, suami isteri yang bakal menerima kehadiran cahaya mata diingatkan supaya tidak menyeksa atau membunuh binatang kerana dapat mengakibatkan kenan yang menyebabkan kecacatan pada bayi. Dipercayai, bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan menyerupai binatang yang diseksa, dianiayai atau dibunuh. Mohtar Mohd Dom menambah 
“Keluarga atau orang yang mengandung tidak boleh menyeksa atau membunuh binatang. Ibu yang mengandung juga tidak boleh terperanjat atau mengenangkan sesuatu benda yang keterlaluan. Sekiranya ini terjadi, anak dalam kandungan akan berlaku kenan atau cacat.”
Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa kenan merupakan kesan atau akibat daripada perbuatan membunuh, menyeksa atau sebagainya yang dilakukan oleh ibu atau bapa dalam tempoh kehamilan ibu yang mengandung yang mana menyebabkan anak tersebut mengalami kecacatan yang serupa dengan binatang yang dianiaya. Contohnya, jika suami membunuh seekor ular, dipercayai bayi yang bakal lahir akan mengalami masalah kulit bersisik seperti ular
Wan Ramli Wan Muhammad juga bersependapat bahawa kenan mungkin disebabkan oleh perbuatan ibu atau bapa yang menyeksa atau membunuh binatang. Namun beliau menambah sedikit pendapatnya bahawa kenan juga kemungkinan berlaku disebabkan perbuatan ibu hamil mencaci atau bercerita tentang kecacatan. Oleh itu anak yang bakal lahir akan terkena kenan.
Sementara itu, sarjana Barat yang mengkaji budaya Melayu tidak menggunakan satu istilah yang khusus atau spesifik mengenai kenan dalam bahasa Inggeris. Dalam tulisan Winstedt, beliau menyatakan bahawa terdapat satu taboo atau pantang larang dalam masyarakat Melayu yang mempercayai kecacatan yang dialami bayi sewaktu dilahirkan adalah disebabkan haiwan tertentu yang dikenali sebagai kenan seperti mana yang didakwa orang Melayu. Beliau mengatakan bahawa jika seorang suami cuba membutakan atau mematahkan sayap seekor burung umpamanya sewaktu tempoh kehamilan isterinya, maka anak yang dilahirkan bakal mendapat risiko buta atau cacat pada anggota lengan disebabkan kerana perbuatan suami terhadap haiwan yang dizalimi  tersebut. Menurut beliau juga bahawa tempoh tegahan ini selalunya pada bulan keenam daripada kandungan isteri iaitu ketika janin di dalam kandungan mempunyai bentuk bayi. Dalam tempoh ini, suami tidak dibenarkan memotong tumbuhan menjalar, atau cuba membuang ikan yang melekat mata kail joran kerana dikhuatiri mulut bayi yang dilahirkan turut sumbing seperti mana ikan tersebut.
Rajah 1: Proses Kenan

Berdasarkan rajah 1 tersebut, kenan dalam masyarakat Melayu merupakan proses sebab-akibat yang mana ia melibatkan tiga entiti utama, iaitu ibu bapa, binatang dan bayi. Dalam peringkat awal, hubungan ibu bapa-binatang melibatkan bentuk interaksi yang negatif, iaitu penganiayaan dan kezaliman terhadap binatang. Pada peringkat ini, ia merupakan pelanggaran terhadap pantang larang dalam tempoh kehamilan ibu. Disebabkan pelanggaran ini, bayi yang dikandungi akan mengalami keadaan sepertimana binatang yang dizalimi. Akibatnya, bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan dan tidak sempurna seperti bayi normal.
Justeru, kenan merupakan kepercayaan bahawa kecacatan yang dialami bayi akibat daripada perbuatan ibu mengandung atau suami yang telah melanggar pantang larang semasa tempoh kehamilan. Biasanya, kecacatan yang dialami bayi tersebut sama seperti dengan kecacatan yang dialami haiwan yang dianiayai dan dizalimi

Istilah Lain Yang Seerti Dengan Kenan
Kenan dalam masyarakat Melayu juga dikenali sebagai badi. Dalam Kamus Dewan, badi dihuraikan dalam dua pengertian. 
Pertama, kesan buruk yang dialami oleh seseorang seperti sakit demam dan sebagainya kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh. Kedua, kelakuan luar biasa yang didapati pada masa dilahirkan yang mana biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang seperti kera, anjing, dan sebagainya. 
Manakala maksud badi dalam Kamus Bahasa Indonesia juga mempunyai dua pengertian. 
Pertama, pengaruh buruk dari orang mati, atau binatang yang terkorban, atau dari pohon keramat. Kedua, kelakuan yang luar biasa mirip haiwan dan sebagainya yang diperoleh saatDilahirkan. 
Sehubungan dengan itu, istilah kenan sinonim dengan badi, namun penggunaan istilah badi lebih umum daripada kenan. Ini kerana badi turut merangkumi elemen bukan haiwan seperti pokok.
Pantang Larang Berkaitan Kenan Dalam Masyarakat Melayu
Terdapat pelbagai pantang larang dalam masyarakat Melayu, yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan serta berbagai-bagai peringkat usia manusia, sama ada dari dalam kandungan, ketika lahir hingga kematian. Pantang larang masyarakat Melayu berkaitan isu kenan adalah:
i) Wanita mengandung dilarang mencaci atau bercerita mengenai seseorang yang cacat kepada orang lain, atau tidak digalakkan melihat orang cacat. Jika tidak, anak yang bakal dilahirkan juga akan cacat anggotanya atau terkena kenan.
ii) Tidak dibenarkan mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil kerana dikhuatiri kenan.
iii) Ibu bapa tidak boleh menyiat telinga lembu atau kerbau untuk dibuat tanda. Di katakan, dengan berbuat demikian, anak yang bakal lahir akan lahir dengan tidak sempurna atau cacat.
iv) Suami tidak boleh mencucuk sesuatu kerana kononnya anak itu akan lahir dengan bibir sumbing atau terkena kenan.
v) Wanita yang bakal menjadi ibu tidak dibenarkan memaki, memahat, mengail atau menyembelih ayam, atau binatang ternakan lain. Jika tidak, anak yang bakal lahir mungkin bibir terbelah atau mendapat kecacatan lain pada anggotanya.
vi) Ibu bapa juga dilarang menyembelih binatang-binatang ternakan, apalagi memburu. Kalau tidak, anaknya akan dilahirkan cacat atau hidungnya berdarah dan mempunyai perangai seperti haiwan tersebut.
vii) Ibu mengandung juga tidak boleh melangkah atau memijak anjing ataupun kucing yang sedang tidur. Ini kononnya akan menyebabkan mata anaknya tertutup seperti mata anjing atau kucing yang sedang tidur itu.
viii) Keluarga atau orang yang mengandung tidak boleh menyeksa atau membunuh binatang. Ibu yang mengandung juga tidak boleh terperanjat atau mengenangkan sesuatu benda keterlaluan. Sekiranya ini terjadi, anak dalam kandungan akan terkena kenan atau cacat.
ix) Orang yang mengandung kalau mengikuti betul-betul akan pantang yang dikenakan, tidak boleh memotong muncung ikan kononnya kelak anak mereka akan sumbing.
x) Dilarang juga wanita yang hamil mengingatkan sesuatu berlebih-lebihan, akibatnya nanti anak yang dilahirkan bersifat kenan atau cacat.
Semua pantang larang di atas adalah contoh-contoh pantang larang dalam masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan kenan. Jika diteliti, kebanyakan pantang larang tersebut merujuk kepada perbuatan atau kelakuan ibu atau bapa dalam tempoh mengandung. Sebahagian pantang larang tersebut tujuannya adalah baik dan murni untuk mengelakkan sesuatu terjadi kepada bayi dalam kandungan, di samping menjaga keharmonian alam sekitar tanpa menzalimi makhluk lain.
Kes-Kes Kenan Yang Berlaku Dalam Masyarakat Melayu
Dalam masyarakat Melayu di Malaysia mahupun Nusantara, pelbagai jenis kenan dikatakan pernah berlaku. Kenan yang masyhur adalah seperti kenan biawak, kenan ular, kenan monyet dan kenan katak. Terdapat beberapa kisah yang dikaitkan dengan kenan yang telah disiarkan dalam media cetak seperti akhbar Metro, Kosmo, Utusan dan majalah Mastika. Antaranya:
Kes 1: Kenan Kucing 
Konsep kenan kucing dalam masyarakat Melayu dapat digambarkan jika seseorang bayi mengalami kecacatan pada anak mata. Ini kerana, orang Melayu pada kebiasaannya mempunyai sepasang mata yang berwarna hitam. Oleh itu, jika terdapat kelainan pada anak mata, ia akan dianggap sebagai kenan kucing. Kewujudan seorang kanak-kanak Melayu di Kota Kuala Muda, Kedah yang memiliki sepasang mata biru dianggap luar biasa. Ini kerana iris atau anak mata Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal berwarna biru air laut. Turut terjadi kes yang sama di Samariang. Zulfazli yang berusia 18 bulan didakwa terkena kenan kucing apabila mata hitamnya bertukar menjadi biru selepas dua minggu. Ibunya, Khatijah Kasim, 37 tahun, mendakwa di saat kehamilannya, dia gemar membelai kucing bermata biru. 
Kes 2: Kenan Katak
Konsep kenan katak dalam masyarakat Melayu dapat digambarkan jika seseorang bayi mengalami kecacatan berupa anggota fizikal yang serupa dengan anggota katak sama ada berupa tangan atau kaki. Ini terjadi pada Muhammad Noraiman Kamal yang sudah berusia 10 tahun tetapi masih tidak boleh berdiri dan kakinya membengkok. Keadaannya itu dikaitkan dengan kenan katak. Badannya kecil seakan-akan budak berumur setahun manakala tangannya seperti tidak ada. Apabila dia meniarap tampak persis seperti katak.
Kes 3: Kenan Biawak
Konsep kenan biawak dalam masyarakat Melayu dapat digambarkan jika seseorang bayi itu mempunyai sifat yang sama dengan haiwan tersebut. Dalam kejadian di Perak, seorang bayi yang dilahirkan hanya normal pada waktu siang. Namun pada tiap malam bayi tersebut menangis sehinggalah ibunya merendamkannya dalam air baru berhenti menangis. Keadaan tersebut berlanjutan selama tujuh bulan sehinggalah bayi itu meninggal dunia. Kejadian itu didakwa berlaku disebabkan ibunya yang merupakan seorang pekebun, geli dengan seekor biawak, lalu tercangkul kepalanya. Oleh kerana ibunya seolah-olah menzalimi binatang tersebut, anak yang dilahirkan turut memiliki sifat yang sama dengan biawak tersebut.
Kes 4: Kenan Ular
Kenan ular dapat digambarkan dengan keadaan kanak-kanak yang tidak boleh makan tumbuhan-tumbuhan menjalar seperti tembikai. Kesannya, akan keluar sisik pada tubuhnya. Dalam kejadian yang berlaku, diceritakan semasa mengandung, ibu kanak-kanak tersebut terkejut apabila melihat ibunya (nenek yang mudah melatah) 'bermain' dengan anak ular ekoran usikan seorang cucunya yang lain. Cucunya telah menyorokkan telur ular yang kemudiannya menetas di dalam tin. Akibat daripada peristiwa itu, tidak semenamena, bayi yang dikandungi turut mengalami kecacatan. Ia berupa keganjilan pada kulit yang menyerupai seekor ular jika kanak-kanak tersebut memakan tumbuhan yang menjalar. Akhirnya kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia pada usia 17 tahun. 
Semua contoh kenan mempunyai cerita yang tersendiri dalam pelbagai versi. Ia selari dengan jenis penganiayaan atau kebiasaan ibu mengandung dengan haiwan tertentu. Sekiranya penganiayaan dilakukan terhadap katak, maka kenan kataklah yang akan menimpa bayi yang dikandungi. Begitulah versi-versi cerita lainnya.
Kenan Menurut Perspektif Ilmu Perubatan
Rajah 2: Perspektif Ilmu Perubatan & Kepercayaan Melayu (klik untuk paparan jelas)
Setiap kenan yang berlaku dalam masyarakat seperti kenan ular, monyet, katak dan sebagainya dikenali sebagai sindrom atau penyakit tertentu yang ganjil dalam ilmu perubatan. Ia hanya terjadi kepada sebahagian orang sahaja yang dikenali sebagai penyakit genetik. Di antara penyakit tersebut adalah,
1. Harlequin type ichthyosis
Harlequin type ichthyosis atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis adalah sindrom penyakit kulit yang parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian. Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini jarang berlaku dan ianya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa. Dalam masyarakat Melayu yang mana lazimnya mempercayai kenan, sindrom ini dikenali sebagai kenan ular.
2. Sindrom Ambras
Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu. Ada dua jenis sindrom yang berbeza iaitu general ized hypertrichosis iaitu yang tumbuh di seluruh tubuh dan localized hypertrichosis iaitu yang terhad kepada bahagian tertentu tubuh. Setakat ini masih belum wujud sebarang rawatan khusus terhadap penyakit ini. Masalah ini wujud sejak kelahiran dan berkekalan sepanjang hayat. Penghidap sindrom ini turut dikaitkan dengan masalah gigi. Punca utama kepada penyakit ini ialah masalah kromosom. Ia dikenal pasti sejak zaman pertengahan. Kes sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzalez dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Dalam masyarakat Melayu, ia turut dikenali sebagai kenan monyet.
3. Cleft Lip (bibir sumbing)
Bibir sumbing atau nama saintifiknya cleft lip ialah kelainan pada celah bibir atas yang wujud sejak bayi lahir. Apabila celah yang berada pada bahagian langit-langit rongga mulut (palate), kelainan ini disebut cleft palate. Pada cleft palate, celah akan menghubungkan langit-langit rongga mulut dengan rongga hidung. Ada tiga jenis kelainan cleft, iaitu cleft lip tanpa disertai cleft palate, cleft palate tanpa disertai cleft lip, cleft lip disertai dengan cleft palate. Proses terbentuknya kelainan ini bermula sejak minggu awal kehamilan ibu. Saat usia kehamilan ibu mencapai enam minggu, bibir atas dan langit-langit rongga mulut bayi dalam kandungan akan mula terbentuk dari jaringan yang berada di kedua sisi dari lidah dan akan bersatu di tengah. Bila jaringan-jaringan ini gagal bersatu, maka akan terbentuk celah pada bibir atas atau langit-langit rongga mulut. Faktor utama adalah kerana faktor genetik dan faktor lingkungan seperti ubat-ubatan, penyakit atau infeksi yang dideritai ibu saat mengandung. Pengambilan minuman beralkohol atau merokok saat masa kehamilan turut menyumbang kepada penyakit ini. Risiko bayi terkena penyakit ini sangat tinggi pada anak-anak yang memiliki saudara kandung atau ibu bapa yang pernah menghidapi penyakit ini. Penyakit ini dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai kenan ikan.
4. Ocular Albinism
Ocular albinism merupakan satu keadaan yang mana seorang bayi dilahirkan tanpakebolehan menghasilkan pigmen berwarna bagi kulit dan atau mata. Pesakit yang mengalami penyakit ini mempunyai warna rambut dan kulit yang normal, dan ramai yang memiliki mata normal, namun mereka kehilangan pigmen pada mata. Faktor utama penyebab kepada penyakit ini ialah genetik. Selain itu, kerosakan pada gen-gen yang bertanggungjawab untuk sintesis melanin. Penyakit albino diturunkan secara autosomal recessive. Dalam masyarakat Melayu, ia dikenali sebagai kenan kucing.
5. Sindrom Prune Belly
Sindrom ini digambarkan dengan keadaan fizikal bayi menggambarkan ketiadaan abdomen pada bahagian hadapan. Pesakit sindrom Prune Belly biasanya berhadapan dengan tiga masalah utama iaitu otot abdomen bahagian hadapan tiada atau jika ada ia terlalu lembik menyebabkan kulit di bahagian perut berkedut seperti buah prune. Kedua, sebahagian saluran kencingnya abnormal. Dan yang terakhir, hampir 95 peratus, zakar kanak-kanak berada dalam abdomen dan tidak turun ke kerandut seperti biasanya. Punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahuinya. Ada berpendapat ia mungkin disebabkan oleh gangguan dalam proses pembentukan janin. Selain itu, dipercayai juga bahawa sebahagian salur kencing janin yang tersekat menjadikannya sebahagian lagi tidak normal. Ada juga berpandangan ia kemungkinan disebabkan oleh faktor genetik. Pada permulaan rawatannya diberi antibiotik pada salur kencing. Namun apabila ia di tahap kritikal, pembedahan akan dijalankan. Sindrom Prune Belly dikenali sebagai kenan katak di dalam masyarakat Melayu.
Faktor-faktor Lain Yang Menyebabkan Kecacatan Pada Bayi
Sindrom-sindrom seperti yang dinyatakan di atas merupakan penyebab utama kepada kecacatan yang dialami bayi. Namun, terdapat faktor-faktor lain secara umum yang menyebabkan berlakunya kecacatan terhadap bayi sama ada sewaktu kehamilan atau pun setelah bayi tersebut dilahirkan. Faktor genetik merupakan punca utama kepada berlakunya kecacatan ini. Ini terbukti daripada sindrom-sindrom yang berlaku pada bayi disebabkan genetik daripada asal usul keluarga tersebut. Tidak dapat dinafikan faktor ini sukar untuk dielak, namun dengan langkah yang berjaga-jaga, para ibu mampu melahirkan zuriat yang sihat. 
Begitu juga dengan penyakit atau jangkitan daripada ibu boleh menghasilkan zuriat yang cacat kerana penyakit-penyakit tersebut boleh melepasi halangan plasenta dan boleh mendatangkan masalah semasa kelahiran. Rubella (campak Jerman) merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan janin. Kebiasaannya, kecacatan janin yang teruk terjadi apabila ibu mengandung mendapat jangkitan ini pada minggu ketiga dan keempat. 
Selain itu, penyakit Sifilis (jangkitan daripada hubungan kelamin ialah penyakit yang berbahaya kepada perkembangan janin. Penyakit ini merosakkan organ bayi apabila ia sudah terbentuk. Kecacatan termasuklah kerosakan mata berbahaya, yang boleh membawa kepada buta mata dan kerosakan kulit. Selain itu, faktor teratogen atau agen persekitaran boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perkembangan normal dan boleh menyebabkan keadaan yang abnormal atau kematian. Faktor yang berkait rapat dengan teratogen termasuklah dadah dan jangkitan, radiasi dan pencemaran. Pengambilan alkohol juga memberi kesan terhadap bayi dikandungi. Wanita yang mengambil alkohol secara berlebihan semasa sedang hamil berisiko tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami kecacatan yang serius. 
Kebanyakan daripada bayi-bayi ini menderita penyakit fetal alcohol syndrome, penyakit yang merangkumi kepala kecil yang abnormal, otak tidak berkembang, kecacatan mata. Penyakit jantung dan pembentukan muka yang tidak normal. Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak ini juga terbantut. Bayi turut mengalami kecacatan akibat daripada faktor persekitaran seperti terdedah kepada asap rokok. Ini kerana di dalam asap rokok, ia mengandungi beberapa jenis struktur kimia yang mampu meresap ke dalam janin walaupun ia masih di dalam kandungan. Bahan kimia tersebut mampu mengganggu pembesaran bayi dan menyebabkan keabnormalan pada bayi. 
Dos radiasi yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan yang serius kepada perkembangan organisma dan boleh menyebabkan kematian janin serta gugur kandungan secara tiba-tiba. Sesetengah kes yang berdos rendah mungkin dapat menyelamatkan nyawa janin tetapi perkembangan mereka akan terganggu disebabkan kecacatan selepas lahir. Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah kelahiran bayi-bayi daripada ibu-ibu yang hamil pasca letupan bom di Hiroshima semasa perang dunia kedua. Kebanyakan daripada bayi-bayi yang lahir mempunyai kecacatan fizikal kekal sepanjang hayat.
Kepercayaan Kenan Menurut Perspektif Hukum Islam
Pada dasarnya, persoalan kenan ini tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam al-Quran atau pun al-Sunnah. Begitu juga di dalam kitab-kitab fiqh sama ada kitab klasik ataupun kontemporari. Tidak terdapat satu istilah khusus di dalam Islam mengenai persoalan kenan. Ia merupakan satu isu tempatan yang mana hanya wujud dalam tradisi dan kepercayaan masyarakat Melayu. 
Pengkaji lebih cenderung berpendapat bahawa kepercayaan kenan dalam masyarakat Melayu adalah haram dan tidak wajar diamalkan. Ia bersandarkan kepada kaedah qiyas hukum percaya kepada tatayyur (sial majal). ‘Illahnya adalah kerana persamaan dengan kepercayaan sial majal iaitu mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah S.W.T. dan meyakini musibah berpunca daripada makhluk yang tidak sedikit pun memiliki kuasa mendatangkan manfaat atau mudarat. Seperti contoh, kenan ular yang ada pada bayi disebabkan oleh kesalahan ibu mengandung atau bapa yang menganiayai binatang. Seolah-olah kenan tersebut merupakan satu ketetapan yang akan berlaku disebabkan perbuatan tersebut, bukannya kuasa Allah S.W.T. 
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal dari perkataan الطَيْر , iaitu bermakna burung.  Menurut kepercayaan orang Arab jahiliah, jika mereka akan mengadakan perjalanan, terlebih dahulu mereka akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke arah kanan rumah, mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya terbang ke arah kiri, mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa. Mereka akanmenangguhkan pemergian. 
Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Uthaimin menyatakan bahawa tatayyur adalah menganggap sial atas apa yang dilihat seperti melihat sesuatu yang menakutkan dan menganggap ia membawa sial atau didengari atau yang diketahui. Menurut beliau, tatayyur menafikan tauhid dari dua segi. 
Pertama, orang yang percaya kepada sial majal tidak memiliki rasa tawakal kepada Allah dan sentiasa bergantung kepada selain Allah. Kedua, berpaling kepada Allah dan memberi tempat yang tinggi kepada kepercayaan karut marut dalam masyarakat.
Mengambil sempena perbuatan inilah maka muncul istilah tatayyur atau tiyarah yang bermaksud menganggap sial kerana sesuatu. Islam melarang keras tatayyur atau tiyarah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik.
Tiyarah atau tatayyur atau sial majal bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pesimis terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu, orang-orang tertentu dan sebagainya. Inilah yang dinamakan tasya’um di dalam Islam. Tasya’um mempunyai pengertian yang sama dengan tatayyur. Namun tatayyur lebih menjurus maknanya kepada menganggap sial dengan melihat burung terbang sedangkan penggunaan kalimah tasya’um lebih luas yang merangkumi sifat manusia, mendengar kata-kata dan perkhabaran buruk, melihat sesuatu benda dan percaya ia boleh mendatangkan sial kepada seseorang atau sebagainya.
Sejajar dengan itu, pengkaji berpendapat kepercayaan kenan bagi masyarakat Melayu turut tergolong dalam tasya’um atau tatayyur. Ini kerana orang Melayu percaya bahawa kenan yang dialami oleh anak yang dilahirkan disebabkan oleh haiwan yang dizalimi. Ia seakan-akan sama dengan ramalan bala yang mana ia diharamkan di dalam Islam dan ramalan bala di dalam Islam dihukumkan syirik kepada sesiapa yang mempercayainya.
Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikit pun memiliki kuasa mendatangkan manfaat atau mudarat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada waswas syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi, ia dapat merosakkan tawakal seseorang kepada Allah S.W.T.
Kepercayaan kepada kenan sehingga menimbulkan ragu-ragu dan membuatkan aktiviti harian tergendala boleh membawa kepada syirik. Ini kerana terdapatnya keyakinan di dalam hati bahawa terdapat kuasa lain yang dapat mempengaruhi masa depannya sama ada baik atau buruk. Ataupun, berpendapat kecacatan yang dialami bayi disebabkan oleh binatang tersebut. Kepercayaan tersebut jelas membuktikan sikap menyekutukan Allah. Yusuf al-Qaradawi mendefinisikan syirik sebagai menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu yang hanya berhak untuk Allah, seperti menjadikan selain dari Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lain lalu disembah atau ditaati atau dipohon pertolongan kepadanya atau mencintai seumpamanya yang mana semua itu tidak layak melainkan kepada Allah S.W.T. sahaja.
Sesungguhnya syirik merupakan dosa yang sangat besar dan tidak mendapat keampunan daripada Allah sebagaimana firmanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut peraturan hukum-hukum Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.(al-Quran, al-Nisa’: 116)
Syirik dibahagikan kepada dua jenis iaitu syirik akhbar (syirik besar) dan syirik asghar (syirik kecil). Syirik akhbar merupakan syirik yang tidak diampunkan Allah bagi sesiapa yang melakukannya dan tidak dimasukkan ke dalam syurga. Ia terbahagi kepada dua iaitu syirik akbar jali (jelas dan nyata) dan syirik akhbar khafi (tersembunyi). Syirik akhbar jali ialah menyembah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah sama ada tuhan tersebut berbentuk benda, haiwan ataupun manusia. Syirik akhbar khafi pula ialah memohon perlindungan atau berdoa kepada selain Allah secara tidak langsung seperti meminta doa di tempat-tempat keramat, meramal nasib melalui nujum, yakin kepada kebolehan dukun dalam merawat penyakit, dan sebagainya. Kebanyakan manusia kurang jelas dan kadangkala tidak menyedari berlakunya syirik jenis ini kerana ia berlaku secara tidak langsung. Manakala syirik asghar pula ialah dosa-dosa besar yang dikhuatiri orang yang melakukan dan yang berterusan melakukannya akan membawa kepada mati dalam keadaan kafir sekiranya tidak mendapat pertolongan dari Allah. Kepercayaan kepada kenan adalah termasuk dalam syirik akhbar khafi kerana ia menyekutukan Allah secara sembunyi dan tidak secara tidak langsung. Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:
Daripada Ibn Amru, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: barang siapa yang mengembalikan hajatnya kepada tatayyur maka ia adalah syirik. Mereka bertanya, apakah kafarah masalah itu? Baginda menjawab: ucaplah, tidak ada kebaikan selain kebaikan engkau, dan tidak ada kesialan kecuali engkau dan tidak ada tuhan selain engkau. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa kepercayaan sial adalah syirik. Ini termasuklah kepercayaan kenan dalam masyarakat Melayu. Ia dikatakan syirik kerana mereka percaya bahawa yang memberi kemudaratan atau kecacatan yang dialami oleh anak tersebut disebabkan oleh badi yang ada pada binatang tersebut. Selain ia disifatkan sebagai amalan syirik, kepercayaan kenan turut dikategorikan sebagai ‘urf fasid. Walaupun ia diamalkan turun temurun dalam masyarakat Melayu, namun bertentangan dengan nass al-Qur’an dan al-Sunnah, ia tetap tertolak. Kebiasaannya, ‘uruf ditakrifkan sebagai perkara yang dirasakan mudah dan diterima oleh akal manusia dan oleh tabiatnya yang normal. ‘Urf sering dirujuk kepada kebiasaan yang dilakukan oleh manusia dan kemudiannya diikuti oleh masyarakat, sama ada dalam bentuk percakapan mahupun perbuatan. Ia dibahagikan kepada ‘urf sahih (benar), dan ‘urf fasid (rosak). Apa pun, ‘urf yang diterima harus memenuhi beberapa pensyaratan. Antaranya ia tidak bertentangan dengan sumber syarak iaitu al-Quran mahupun al-Sunnah yang sahih, menjadi amalan biasa seluruh negara Islam, dan menjadi amalan berulang-ulang dan diketahui umum. 
Jelas, kepercayaan kenan yang diamalkan orang Melayu merupakan salah satu daripada ‘urf fasid. Ini disebabkan ia bukan sahaja menjejaskan akidah, malah seolah-olah kepercayaan kenan ini menjadi ketakutan kepada ibu mengandung ataupun suaminya, hingga menjejaskan aktiviti harian. Pada hakikatnya, percaya kepada pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang adalah diharuskan jika ia tidak bertentangan dengan syarak.
Akan tetapi, jika ia bertentangan dengan syarak seperti kepercayaan kenan, maka ia diharamkan dan tergolong dalam ‘urf fasid. Sehubungan itu, kepercayaan orang Melayu yang mempercayai kenan atau kecacatan yang dialami bayi merupakan asbab musabab perbuatan yang dilakukan oleh ibu mengandung atau suaminya adalah tidak wajar. Seolah-olah ia satu perkara yang pelik, ibu bapa yang menzalimi binatang namun, anak yang bakal lahir menghadapinya. Sedangkan jelas di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)(al-Quran, al-An‘am :164)
Ayat di atas jelas menyatakan bahawa setiap perbuatan dosa seseorang dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Bukannya ditanggung oleh orang lain. Kezaliman yang dilakukan oleh ibu mengandung bukannya Allah kenakan pembalasan pada anak. Sekiranya ia berlaku harus diketahui bahawa itu semua merupakan sunnatullah, bukannya disebabkan oleh badi pada binatang tersebut. Jika orang Melayu mempercayai bahawa kecacatan yang dialami bayi disebabkan perbuatan zalim pada binatang tersebut, maka secara tidak langsung, ia turut memperlihatkan bahawa orang Melayu seolah-olah percaya binatang tersebut yang memberi kecacatan atau mudarat. Pandangan ini merupakan pandangan yang salah dan wajar untuk dielakkan.
Memang tidak dinafikan bahawa, jika manusia menzalimi binatang, Allah akan membalasnya kerana jelas dan nyata perundangan Islam menetapkan pendirian yang jelas dalam memelihara haiwan dan berinteraksi dengannya. Jelasnya, kedudukan haiwan diberi sedikit keistimewaan berbanding ciptaan makhluk yang lain dalam alam ini. 
Kelompok haiwan adalah hampir dengan manusia kerana ia merupakan sebahagian makhluk bernyawa yang mempunyai roh. Keunikan ini menyebabkan ia mempunyai deria rasa dan memiliki perasaan yang tersendiri sesuai dengan kejadian masing-masing.
Sebarang bentuk tindakan yang menganiaya hak-hak haiwan adalah satu kezaliman dan perlu ditegah. Oleh itu, al-Quran dan al-Sunnah menerangkan bahawa haram berlaku zalim kepada binatang. Tetapi itu tidak bermakna bahawa haiwan yang dizalimi itu boleh membawa badi kepada si pelakunya sepertimana yang ada dalam kepercayaan kenan dalam masyarakat orang Melayu. Justeru, percaya kepada kenan benar-benar berlaku disebabkan kezaliman pada binatang adalah kepercayaan yang salah dan tidak benar di sisi Islam.
Kesimpulan
Semua kes kenan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu pada hakikatnya memang ada dan benar-benar berlaku. Namun demikian, ia tidaklah boleh dikaitkan dengan perbuatan melanggar pantang larang, membunuh atau menyeksa binatang dan sebagainya. Ianya merupakan satu sunnatullah, ketetapan yang Allah takdirkan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bayi Harlequin (kenan ular), bayi Cleft Left (kenan ikan), bayi Sindrom Ambras (kenan monyet atau serigala), bayi Ocular Albinism (kenan kucing), bayi Sindrom Prune Belly (kenan katak) merupakan istilah-istilah kenan yang wujud dalam masyarakat Melayu. 
Hakikatnya, kesemua contoh kenan di atas merupakan sejenis sindrom dalam ilmu perubatan yang disebabkan faktor-faktor tertentu. Sesetengah masyarakat yang masih dibelenggu fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya.
Jelas dan nyata bahawa percaya kepada kenan merupakan salah satu bentuk kepercayaan yang boleh membawa kepada syirik. Namun, ia hanya tergolong dalam syirik akhbar khafi sahaja dan ia juga merupakan ‘urf fasid. Dengan status hukumnya yang syirik, perbuatan menzalimi binatang turut ditegah dan dilarang dalam syariat Islam kerana mereka sebahagian daripada makhluk Allah. Sewajarnya, perbuatan zalim tersebut tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Selari dengan itu juga, para ibu yang mengandung atau suaminya khususnya dan manusia umumnya, harus menjaga adab dalam berinteraksi dengan makhluk lain sama ada ketika hamil atau tidak. Ini kerana walaupun manusia ditaklifkan sebagai khalifah Allah untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini, namun mereka tidak boleh mengeksploitasi semuanya secara sewenang-wenangnya kerana makhluk lain juga mempunyai hak untuk turut hidup bersama di alam ini secara harmonis.


Kredit : Darussyifa
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/kepercayan-kenan-dalam-masyarakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The New Malay Dilemma Orang Melayu Islam Di Mulut Dan Bukan Di Hati

The New Malay Dilemma Orang Melayu Islam Di Mulut Dan Bukan Di Hati

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 213 hits
Ketika rakyat Malaysia sedang menikmati juadah berbuka berpuasa remaja Sindrom Down Bella dipaksa makan seperiuk nasi bercampur cuka cili kunyit kepingan cili kicap manis kicap masin dan garam Tidak cukup dengan itu Bella juga pernah dipaks...
Betul Ke Islam Agama Yang Mudah Diperalatkan

Betul Ke Islam Agama Yang Mudah Diperalatkan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 202 hits
Orang Melayu berkata Islam diguna dan diperalatakan oleh politikus Kalau betul ini akan memberi persepsi yang Islam ialah agama yang lemah sebab mudah diguna dan diperalatkan
Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 183 hits
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Che Sukri Che Mat berkata notis terhadap perokok itu itu bukan untuk kompaun atau denda sebaliknya satu cara berhemah bagi mengekang perbuatan menjurus kepada ponteng puasa PETALING JAYA Jabatan Agama Isl...
Kata Parti Islam Terbesar Dan Terkuat Lekeh Jumpa Mahazalim Liberal Tu

Kata Parti Islam Terbesar Dan Terkuat Lekeh Jumpa Mahazalim Liberal Tu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 133 hits
Hadi pula dijangka bertemu Dr M April 1 2022 Abdul Hadi Awang berkata pertemuan akan dibuat dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama PETALING JAYA Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yas...
Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal Tabur Syiling Pelaris Dilarang Dalam Islam

Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal Tabur Syiling Pelaris Dilarang Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 142 hits
Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal Tabur Syiling Pelaris Dilarang Dalam Islam PERNIAGAAN merupakan pekerjaan mulia dalam usaha mencari rezeki malah Islam menggalakkan umatnya berusaha memperoleh pendapatan antaranya melalui bisn...
Apa Hukum Dalam Islam Perbuatan Amalan Cium Tangan Orang Alim

Apa Hukum Dalam Islam Perbuatan Amalan Cium Tangan Orang Alim

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 189 hits
Apa Hukum Dalam Islam Perbuatan Amalan Cium Tangan Orang Alim KITA sering melihat jemaah masjid atau di majlis ilmu akan mencium tangan orang soleh alim dan seumpamanya sebagai tanda menghormati mereka Tetapi apa sebenarnya hukum perbuatan ...
Cara Menemui Semula Barang Atau Orang Yang Hilang Cara Islam Yang Halal

Cara Menemui Semula Barang Atau Orang Yang Hilang Cara Islam Yang Halal

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 318 hits
Barang yang hilang pasti menyedihkan pemiliknya Tambah sedih jika barang tersebut smat bermakna buat si pemilik Kadang motor di curi itu mungkin itulah satu satunya motor yg diguna untuk mencari rezaki Bagaimanapun ade kaedah dan cara untuk...
Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 3 April

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 3 April

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com April 1 2022 8 37 PMPenyimpan Mohor Besar Raja raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan 1 Ramadan jatuh pada Ahad ini KUALA LUMPUR Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad demikian diumumkan Penyimpan Mohor B...
Ini Hukum Khatan Bayi Perempuan Dalam Islam Yang Wajib Kita Tahu

Ini Hukum Khatan Bayi Perempuan Dalam Islam Yang Wajib Kita Tahu

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 199 hits
Pernahkah anda mendengar mengenai keperluan berkhatan atau sunat bayi perempuan Apakah hukum untuk melaksanakannya dari sudut pandangan Islam adakah ia wajib atau tidak Ikuti kupasan mengenai berkhatan bayi perempuan dalam perkongsian artik...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan