Ini Hukum Khatan Bayi Perempuan Dalam Islam Yang Wajib Kita Tahu
Pernahkah anda mendengar mengenai keperluan berkhatan atau sunat bayi perempuan? Apakah hukum untuk melaksanakannya dari sudut pandangan Islam, adakah ia wajib atau tidak?
Ikuti kupasan mengenai berkhatan bayi perempuan dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Hukum melakukan sunat bayi perempuan dalam Islam
Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang beragama Islam tidak pernah mendengar mengenai prosedur bersunat untuk anak perempuan, berbanding keperluan bersunat bagi bayi lelaki.
Namun hakikatnya, perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala.
Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” – Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga perlu berkhatan dan bukan hanya lelaki.
Menerusi pembacaan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bayi perempuan adalah wajib.
Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada si manja, maka ia perlu dielakkan. Namun begitu tiada ayat al- Quran atau hadis yang mewajibkan khitan kepada perempuan secara khususnya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi anak perempuan dalam berkhatan.
Manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi bayi perempuan adalah berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk berkhitan, maka tidak perlu untuk mereka disunatkan.
Kelebihan berkhatan atau sunat bayi perempuan dari sudut sains
Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan. Pun begitu, setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan.
Anatomi yang terlibat dalam proses sunat bayi perempuan
Jika sunat bagi lelaki melibatkan prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar disebut sebagai kulup atau prepuce, bagaimana pula dengan perempuan?
Dalam proses berkhatan perempuan, bahagian yang wajib untuk dibuang adalah kulit di atas saluran kencing – klitoris – seperti balung ayam jantan.
Bahagian tersebut amnya akan dinipiskan atau dikemaskan tanpa melibatkan pemotongan melampau seperti dalam amalan female genital mutilation (FGM).
Dalam bahasa mudah, sunat bayi perempuan hanya melibatkan proses membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris atau disebut kelentit. Tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan bayi.
Tip penjagaan selepas berkhatan bayi perempuan
Tempoh usia bayi yang paling sesuai untuk menjalani prosedur berkhatan ini adalah selepas dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Ada juga saranan yang menyatakan waktu sesuai adalah selepas bayi berusia 3 bulan.
Kenapa sesuai dilakukan pada usia masih bayi? Ini kerana proses penyembuhan yang sangat cepat. Selain itu, bayi juga masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbanding saat mereka sudah besar untuk menjalani prosedur tersebut.
Terdapat tiga cara yang biasa dilakukan pakar perubatan untuk berkhitan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, gunting dan jarum disterilkan. Biasanya ketiga-tiga kaedah ini tidak akan mendatangkan kecederaan secara keterlaluan.
Berbeza dengan sunat kanak-kanak lelaki yang perlu ‘berpantang’, proses penyembuhan bayi perempuan yang berkhatan hanya mengambil masa 2-5 hari sahaja.
Tetapi jika menggunakan kaedah pisau dan gunting dengan teknik yang betul, proses pemulihan dijangkakan lebih cepat malah tiada kesukaran penjagaan luka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
The post Ini Hukum Khatan Bayi Perempuan Dalam Islam Yang Wajib Kita Tahu appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ini-hukum-khatan-bayi-perempuan-dalam-islam-yang-wajib-kita-tahu/