Kepentingan Thermometer Bila Ada Anak Kecil
Assalamualaikum
Kepentingan Thermometer Bila Ada Anak Kecil| Saya percaya rata-rata memiliki thermometer. Ianya sangat penting bila ada anak kecil untuk periksa dan pantau suhu badan mereka bila tidak sihat dan demam.
Thermometer ada banyak jenis dan boleh dibeli di farmasi berdekatan. Saya pun dari anak pertama memang stanby je thermometer. Bukan sahaja di rumah, saya bawa je ke mana-mana khuatir memerlukan saat kecemasan.
Sebelum ni saya pakai thermometer biasa yang perlu tunggu 1 minit untuk dapatkan bacaan. Tapi, sejak bateri thermometer tu habis, saya terus beli non-contact infrared thermometer.
Terdapat arahan dan cara penggunaan di kotak. Mudah sangat. Boleh semak suhu anak anda berserta warna
Untuk menggunakannya, hanya perlu letak 2 biji bateri AA dan alat sudah hidup dan boleh digunakan
Boleh lihat di skrin, "body temperature". Di dalam kotak turut disertakan arahan. Macam saya, dah setting siap-siap bunyinya
Macam pistol mainan. Hanya perlu hala ke dahi bayi, tekan picu dan akan keluar bunyi "bip". Bacaan akan tertera di skrin. Pastikan setting "body temperature". Suhu normal berwarna hijau. Suhu dedar berwarna jingga. Kalau suhu yang membimbangkan, warna skrin akan menjadi warna merah dan keluar bunyi bip banyak kali tanda amaran
Bila anak demam, memang akan periksa suhu sentiasa. Sentiasa lap badannya hingga suhu turun
Tengok, dalam kereta pun saya bawa thermometer ni sebab untuk pantau suhu baby azri sentiasa. Dalam kereta juga saya akan lap badannya (jika saya bukan pemandu). Baby kecil ni bila dilap badannya dengan penuh kasih sayang serta bonding time dengan dia, cepat je baik demamnya
Di mana saya beli thermometer non-contact infrared ni? Saya beli di Shopee dengan harga RM33 tidak termasuk postage
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jnjikita.blogspot.com/2019/09/kepentingan-thermometer-bila-ada-anak.html