Kepentingan Memperbaharui Domain



Bagi mereka yang kurang arif berkenaan domain dan hosting, berkemungkinan mereka tidak sedar mengenai kepentingan memperbaharui atau renew domain yang mereka miliki memandangkan ianya bukanlah produk fizikal. Domain dan hosting adalah asas keperluan untuk sesebuah laman web untuk berfungsi. Anda boleh ketahui apa itu domain dan hosting disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.
Pemilik domain perlu sentiasa peka dengan tarikh pembaharuan domain / renew domain ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah dikemudian hari seperti :
Domain tamat tempoh dan laman web atau servis yang berkaitan dengan domain tersebut tidak dapat diakses. Cas pembayaran pembaharuan domain atau renew domain yang tinggi disebabkan oleh kelewatan pembayaran melebihi tempoh tamat (jika boleh dipulihkan semula). Domain berkemungkinan dijual/dilelong melalui agen jualan domain seperti HugeDomains dengan harga yang sangat tinggi. Domain tersebut berkemungkinan besar boleh dibeli oleh orang lain jika tidak bertindak awal. Apabila anda sudah mencipta konten, memperkenalkan sesebuah domain kepada umum, adalah lebih baik untuk anda teruskan membuat pembaharuan domain atau renew domain tersebut memandangkan domain tersebut merupakan ‘aset digital’ yang sebolehnya dikekalkan, melainkan anda sudah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya lagi pada masa akan datang. Pembelian domain yang baru pula memerlukan anda untuk ‘redirect’ pengguna anda untuk berkunjung ke domain anda yang baru serta penyediaan konten juga perlu bermula daripada awal semula.
Oleh yang demikian, pastikan anda sentiasa peka dan tidak ambil sambil lewa berkenaan pembaharuan domain dan hosting yang kebiasaannya dilakukan pada setiap tahun untuk mengelakkan daripada pengguna dan perniagaan anda terjejas. Terdapat beberapa situasi keadaan yang ingin kami kongsikan kepada anda :
Domain tamat tempoh menggunakan penyedia domain Freenom.

Terdapat salah seorang klien kami yang terlupa untuk membuat pembaharuan domain / renew domain dan apabila disedari domain tersebut sudah tidak dapat diakses, rupa-rupanya domain tersebut telah lebih sebulan lewat daripada tarih tamat tempoh domain. Pilihan yang diberikan terdapat dua sahaja :
Restore domain dengan bayaran sebanyak EUR 50 (lebih kurang RM240) untuk mendapatkan domain tersebut segera atau, Perlu tunggu 90 hari selepas tarikh tamat tempoh domain dan cuba untuk mendaftar domain itu semula sebelum didaftarkan oleh orang lain. Domain tamat tempoh menggunaan penyedia domain Namesilo.

Terdapat juga seorang klien kami yang sudah tidak aktif menggunakan domain yang dibeli dan secara tiba-tiba menghubungi kami untuk menggunaannya semula dengan segera. Untuk proses restoration domain .com pada penyedia domain Namesilo ini, cas sebanyak 75 USD dikenakan (lebih kurang RM330) dan domain dapat digunakan semula dalam masa kurang daripada 1 jam.
Domain Dijual/Dilelong Melalui Agen Jualan Domain.

Pada 11 tahun lepas, saya pernah membeli domain pertama sewaktu masih lagi belajar, dan tidak perbaharui atau renew domain tersebut disebabkan oleh tiada kesempatan untuk mengemaskini secara berkala walaupun domain tersebut sudah memperoleh Google Page Rank. Sehingga ke hari ini, domain tersebut masih lagi dipegang oleh HugeDomains.
Diharap situasi-situasi diatas dapat memberi gambaran tentang kepentingan untuk memperbaharui domain lebih-lebih lagi jika domain tersebut merupakan aset digital anda yang penting dan berguna.
Ketahui kelebihan menggunakan domain .MY : https://hostingmalaya.com/kelebihan-menggunakan-domain-my.
Kenapa harga web sistem mahal ? Klik disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.
The post Kepentingan Memperbaharui Domain appeared first on Hosting Malaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hostingmalaya.com/kepentingan-memperbaharui-domain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Kelebihan Custom Domain Blogger Menggunakan Nama Domain Sendiri

12 Kelebihan Custom Domain Blogger Menggunakan Nama Domain Sendiri

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 355 hits
Blog dengan nama domain sendiri lebih profesional kredibel dan lebih seo friendly SETIDAKNYA ada 12 alasan mengapa blog Anda harus Custom Domain yaitu mengubah alamatnya menjadi nama domain sendiri tanpa ada blogspot com misalnya dari tadin...
Kepentingan Kelebihan Kad Perubatan Untuk Semua Orang

Kepentingan Kelebihan Kad Perubatan Untuk Semua Orang

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 365 hits
Assalamualaikum harini saya nak kongsikan dengan korang tentang info dan kelebihan yang ada pada medical card Untuk pengetahuan korang saya bukanlah seorang agen insuran yang sedang mencari sale atau apa melalui penulisan perkongsian ni Jus...
Kepentingan Perbahasan Ucapan Titah Diraja Bagi Menyemak Ketelusan Kerajaan

Kepentingan Perbahasan Ucapan Titah Diraja Bagi Menyemak Ketelusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 230 hits
By 25 May 2020Photograph Wikimedia CommonsTanpa perbahasan ia seolah olah memberi mesej salah kepada rakyat bahawa institusi Parlimen tidak penting ujar Fakhrurrazi Rashid Saya membaca laporan berita Astro Awani tentang pandangan Profesor M...
Bella Astillah Ketepi Kepentingan Diri Demi Anak

Bella Astillah Ketepi Kepentingan Diri Demi Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 301 hits
Sebagai manusia biasa penyanyi dan pelakon Bella Astillah 26 tidak terlepas melakukan kesilapan Terlalu ikutkan perasaan marah kisah keretakan rumah tangga bersama Aliff Aziz pernah dilepaskan dalam laman sosial Bagaimanapun belajar daripad...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms