Cerita Hari Jumaat
Cerita Hari Jumaat | Assalamualaikum, Hai semua, selamat hari jumaat. Rasanya lama dah tak buat cerita-cerita aktiviti jumaat kat blog ni. Hari ini kebetulan jatuh suami off kerja dapat la peluang pergi pasar pagi kat taman perumahan Cik Ash ni.
Aktiviti pagi Cik Ash hari ini basuh baju kerja suami dan baju pakaian harian Cik Ash dan Mok mentua. Mesin basuh manual ni kita kena jaga mesin basuh tu tak boleh buat kerja lain nanti lupa hahaha , Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah. Rumah luas biasa la kadang tu ada mari perasaan malas kemas rumah Cik Ash layan drama Korea,China sampai berepisod2 hahaha, nasib baik Mok mentua Cik Ash sporting hahaha, dia pun faham Cik Ash seorang jer sibuk buat kerja kat rumah mesti la penat.
Berbalik cerita pasal pergi jalan-jalan cuti mata kat pasar pagi tadi, Kami beli nasi kat pasar pagi nasi sambal ayam dan mok mentua sambal ikan masin dan nasi tambah nasi lemak bilis telur. Semua tu RM10.50. Dekat pasar pagi tadi sempat juga beli ayam gunting yang tak pedas dan pedas satu RM18. Disebabkan screen protector phone dan casing Cik Ash dah rosak tukar juga la tadi harga RM28.
Untuk menu petang ni tak tahu nak masak apa lagi, kita tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu kita masak jer. Lagipun suami lepas jumaat ada dapat jemputan rumah jiran kenduri tahlil. Tengok la macam mana tanya dia nanti.
Ni sebab ada peluang cuba juga tulis cerita kat blog ni 😆, aktiviti hari jumaat , kalau waktu petang ni suami selalu bawa Cik Ash naik motor ronda-ronda dalam taman jer hirup udara luar dah kira ok la tenangkan jiwa tengok dunia luar.
Ok la korang itu jer cerita hari Jumaat Cik Ash, jumpa lagi di hari yang lain InsyaAllah kalau ada kerajinan ada la tu entri baru ☺️.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2024/04/cerita-hari-jumaat.html