Kepentingan Kelebihan Kad Perubatan Untuk Semua Orang




Assalamualaikum, harini saya nak kongsikan dengan korang tentang info dan kelebihan yang ada pada medical card. Untuk pengetahuan korang, saya bukanlah seorang agen insuran yang sedang mencari sale atau apa melalui penulisan perkongsian ni. Just buat artikel ni sekadar untuk berkongsi untuk kebaikan bersama.

Alhamdulillah kesedaran saya untuk ambil medical card ni sangat tinggi sehinggakan saya cuba sebaiknya untuk memilikinya seawal mungkin walaupun waktu tu saya masih dalam tempoh belajar (master) di UPM dan tidak bekerja tetap. Bukan kerana takut akan sakit semata, tapi kesedaran bahawa jika berlaku perkara yang memerlukan rawatan perubatan di hospital kelak ia sudah semestinya akan memakan belanja yang besar. Jadi, ini adalah salah satu usaha saya untuk tidak membebankan siapa-siapa especially keluarga saya jika apa-apa berlaku kepada saya

PENGALAMAN CLAIM MEDICAL CARD
Saya sendiri ada pengalaman menggunakan medical card untuk membayar kos perubatan  pembedahan tonsil di Hospital Pantai Cheras pada beberapa tahun lepas. Orang kata malang memang tidak boleh diduga, tapi Alhamdulillah sebelum perkara ni terjadi keatas saya, saya telah mengambil dan membayar medical card sudah hampir setahun setengah. Pihak insuran (medical card) telah meluluskan untuk membayar kos perubatan saya selepas mengambil masa sedikit untuk siasatan penyakit yang saya hidapi.

Untuk pengetahuan korang, kos perubatan pembedahan termasuk bilik saya ketika itu mencecah RM20,000. Alhamdulillah, hampir keseluruhan kos perubatan saya termasuk tiga (3) bulan sebelum dan tiga (3) bulan selepas pembedahan di cover oleh pihak insurance (medical card) yang saya ambil. Hanya RM80 sahaja saya perlu bayar (atas kos penginapan) kerana pada hari pertama selepas pembedahan saya telah di masukkan ke ICU. Pakej yang saya ambil hanya membenarkan harga maximum RM200 sehari untuk bilik. Tapi, harga stay di ICU semalaman pula adalah RM280.

 KISAH PEMBEDAHAN TONSIL DAN RAWATAN DI HOSPITAL SWASTA
APA ITU KAD PERUBATAN 
Kad perubatan atau juga lebih popular disebut sebagai "medical card" adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang membolehkan korang mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans yang diambil. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga di dapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan

BAGAIMANA MEDICAL CARD BERFUNGSI
Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan polisi perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar oleh kita. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital

Pendaftaran masuk ke hospital dipermudahkan dengan adanya medical card selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran bil perubatan juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran terus daripada syarikat insurans tersebut

ELAUN TUNAI HARIAN | Bagi sesetengah plan medical card, korang akan menerima elaun tunai harian, iaitu wang tunai kepada pemegang polisi selama berada di wad hospital. Wang ini boleh di katakan sebagai pengganti kepada pendapatan korang kerana tidak dapat bekerja sewaktu di wadkan.

Contohnya :

Sekiranya pemegang polisi kehilangan pekerjaan akibat sesuatu penyakit yang memaksannya terlantar di hospital selama 2 bulan, elaun tunai ini dapat bantu beliau membayar bil elektrik dan air. Elaun ini juga penting sekiranya terdapat kos rawatan yang tidak termasuk di dalam liputan perlindungan medical card korang

Tetapi, elaun tunai harian ini kebanyakannya tidak terkandung di dalam liputan perlindungan kad perubatan biasa, tetapi boleh dimasukkan jika mahu sebagai perlindungan tambahan

BILIK & PENGINAPAN DI HOSPITAL | Selain dari elaun tunai harian, Medical card juga  ada memperuntukkan pembayaran bagi bilik penginapan di wad hospital. Jika memilih pelan di mana bilik dan penginapannya adalah RM200, ini bererti korang hanya layak tinggal di bilik yang berharga tidak lebih dari itu. Sekiranya anda ingin upgrade atau naik taraf ke bilik yang lebih tinggi bayarannya, selebihnya perlulah ditanggung sendiri oleh anda.

Contohnya:
Harga Penginapa Sehari : RM 280Manfaat pelan membayar : RM 200Pemegang polisi membayar : RM 80
Harga Penginapa Sehari : RM 190Manfaat pelan membayar : RM 190Pemegang polisi membayar : RM 0

HOSPITAL PANEL | Setiap medical card mempunyai senarai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang minima tidak mungkin dapat hospital swasta yang bertaraf lima bintang sebagai panel ya. Jadi korang dinasihatkan untuk semak dahulu senarai hospital panel yang terlibat bagi plan yang korang akan pilih untuk pastikan hospital-hospital yang tersenarai adalah yang bereputasi baik dan mudah untuk diakses oleh korang dan keluarga korang

HAD COVERAGE MEDICAL CARD
Ada seperkara yang korang perlu tahu bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Paling penting, korang perlu tahu had coverage tahunan dan had coverage seumur hidup medical card yang korang ambil. 
HAD TAHUNAN | Had tahunan adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukan terhadap kos rawatan pemegang polisi bagi tempoh setiap tahun selagi polisi berkuatkuasa. Sebagai contoh, jika had tahunan sesuatu kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya sepanjang tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya. Sekiranya beliau masih memerlukan rawatan pada tahun hadapan polisi, pelannya akan memperuntukkan manfaat sebanyak RM 100,000 lagi

Contohnya:
Tahun pertama ~ Jumlah kos rawatan : RM 150,000Manfaat pelan membayar : RM 100,000Pemegang polisi membayar : RM 50,000
Tahun kedua ~ Jumlah kos rawatan : RM 100,000Manfaat pelan membayar : RM 100,000Pemegang polisi membayar : RM 0
HAD SEUMUR HIDUP | Manakala had seumur hidup pula adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukkan terhadap kos rawatan pemegang polisi sepanjang hayat beliau selagi kad perubatan berkuatkuasa. Pelan perubatan akan tamat secara otomatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pemegang polisi

Contohnya:
Had seumur hidup sesuatu pelan ialah RM 1 juta, manakala had tahunannya pula adalah RM 100,000. Ini bererti seseorang pemegang polisi akan membelanjakan RM100,000 terhadap kos rawatan setiap tahun selama 10 tahun untuk menikmati manfaat sepenuhnya sebanyak RM 1 juta itu

Dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, korang perlu berfikir masak-masak berapakah jumlah had tahunan yang munasabah mengikut kemampuan diri. Pada kebiasaannya, pesakit tidak akan berterusan menanggung sesuatu penyakit selama lebih beberapa tahun. Jadi jika dilihat di sini, mungkin wajar kepentingan diberikan kepada had tahunan yang tinggi berbanding had seumur hidup yang tinggi

Dengan maklumat yang telah saya kongsikan di atas ni, saya harap dapat membantu korang serba-sedikit untuk mengetahui tentang kepentingan dan kelebihan medical card bila berlakunya kecemasan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh berurusan dengan mereka yang bertauliah dalam hal ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/05/medical-card.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bpn Tak Janji Dan Bukan Semua Rayuan Boleh Di Luluskan

Bpn Tak Janji Dan Bukan Semua Rayuan Boleh Di Luluskan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan tidak berjanji semua rayuan Bantuan Prihatin Nasional boleh diluluskan tetapi mana mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah dengan bukti dokumen yang berkaitan boleh diluluskan Menteri Kewangan Datuk ...
Aku Beli Semua Barang Dalam Kedai Isa Isarb Diganggu Geng Kongsi Gelap Sungai Buloh

Aku Beli Semua Barang Dalam Kedai Isa Isarb Diganggu Geng Kongsi Gelap Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 1451 hits
Aku Beli Semua Barang dalam Kedai Isa Isarb Diganggu Geng Kongsi Gelap Sungai Buloh rePublish Berita Terkini MalaysiaAku Beli Semua Barang dalam Kedai Isa Isarb Diganggu Geng Kongsi Gelap Sungai Buloh Medium perkongsian sosial berbentuk med...
Saya Tabik Kepada Semua Jururawat Tunku Azizah

Saya Tabik Kepada Semua Jururawat Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 367 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua jururawat di negara ini di atas jasa dan sumbangan m...
6 Kisah Romantis Dilamar Saat Karantina Super Kreatif Nih Pantas Semua Dijawab Iya

6 Kisah Romantis Dilamar Saat Karantina Super Kreatif Nih Pantas Semua Dijawab Iya

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 210 hits
Ada yang dilamar pakai online game ada pula yang pakai bantuan ojol Unch banget penulis aja ikut deg deg ser nih pas nulisnya
Adobe Max Akan Diadakan Secara Digital Pada Tahun Ini Percuma Untuk Semua

Adobe Max Akan Diadakan Secara Digital Pada Tahun Ini Percuma Untuk Semua

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 331 hits
Disebabkan penularan wabak Covid 19 kita telah sedia melihat sejumlah acara mula dialihkan daripada diadakan secara fizikal kepada acara secara maya atau digital Terbaru pihak Adobe turut mengumumkan perkara sama Acara Adobe Max yang sering...
Mampu Mengimbangi Semua Benda

Mampu Mengimbangi Semua Benda

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 316 hits
Kemampuan mengimbangkan sesuatu rasanya sukar untuk dipelajari kerana mengimbangi badan diatas satu kaki saja susah tapi berbeza dengan seorang lelaki bernama Rocky Byun ini Ia boleh mengimbangi hampir semua benda hanya dengan bantuan batu ...
Biskut Kacang Mazola Lejen Campur Semua Bahan Uli Sekejap Siap

Biskut Kacang Mazola Lejen Campur Semua Bahan Uli Sekejap Siap

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 676 hits
Dah buat list untuk biskut raya ke Kalau mama masih lagi tercari cari biskut apa nak buat dan sedap boleh cuba pula resipi biskut kacang mazola Kalau nak buat selepas raya sebagai kudapan untuk anak anak pun tetap boleh Asalkan rajin semua ...
Lagi Lagi Berubah Lagi Sekarang Semua Transportasi Boleh Dipakai Mudik

Lagi Lagi Berubah Lagi Sekarang Semua Transportasi Boleh Dipakai Mudik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 248 hits
Pemerintah akan kembali memberikan izin operasi untuk berbagai transportasi untuk mengangkut penumpang ke luar daerah Hal ini dilakukan setelah larangan operasi transportasi diberlakukan dalam mencegah mudik Menteri Perhubungan Budi Karya S...
Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 388 hits
Tidak dinafikan bila usia bayi sudah masuk enam bulan ibu sudah mula teruja untuk mencuba kesemua jenis makanan pejal baik bubur atau beraneka puri untuk diberikan kepada anak Terujaan itu perlu namun mak ayah jangan gopoh dan tergesa gesa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash