Kepentingan Perbahasan Ucapan Titah Diraja Bagi Menyemak Ketelusan Kerajaan



By Aliran admin -25 May 2020
Photograph: Wikimedia CommonsTanpa perbahasan, ia seolah-olah memberi mesej ‘salah’ kepada rakyat bahawa institusi Parlimen tidak penting, ujar Fakhrurrazi Rashid.Saya membaca laporan berita Astro Awani tentang pandangan Profesor Madya Shamrahayu Ab Aziz, yang mengulas sidang Parlimen pada 18 Mei dalam masa sehari. Terdapat dua premis yang diberikan Shamrahayu.Pertama, persidangan Parlimen sehari sah berdasarkan peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Beliau menambah bahawa ketiadaan perbahasan pada sidang 18 Mei wajar.Kedua, Shamrahayu menyatakan ahli parlimen tidak boleh mempertikaikan ucapan titah diraja pada pembukaan sidang Parlimen. Beliau memetik definisi titah daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang membawa maksud perintah dan arahan.Kedua-dua premis yang dibawa Shamrahayu telah memberi konotasi dan fakta yang tidak mencerminkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelambagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Support the struggle to build a New Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberProfesor emeritus Shad Saleem Faruqi melihat sidang Parlimen selama sehari amat dikesali dari sudut amalan demokrasi walaupun ia selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Shad Saleem melihat kepentingan perkhidmatan Parlimen untuk membahas dan meminda akta tertentu agar ia memberi jaminan keselamatan dan ekonomi buat rakyat berdepan kebiasaan baharu akibat Covid-19.Jelas sekali pandangan Shad Saleem Faruqi telah menjawab premis pertama Shanrahayu yang hanya mengambil isu teknikal Perlembagaan Persekutuan tanpa mempertimbangkan suasana semasa negara yang berhadapan krisis ekonomi.Hujah Shamrahayu umpama menggugat ‘roh’ Parlimen sebagai sebuah institusi yang tertegak untuk membela keadilan dan solidariti rakyat pada saat-saat yang genting ini.Ucapan dasar kerajaan perlu semakan ParlimenBagi menjawab premis kedua Shamrahayu, Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas Yang di-Pertuan Agongsebagai ketua negara boleh menyampaikan titah diraja ini sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara pada pembukaan Parlimen setiap tahun.Titah diraja merupakan amalan tradisi parlimen Westminster yang dipanggil “throne speech”. Dalam amalan parlimen era-moden, ucapan titah diraja dipanggil “ucapan dasar” pihak kerajaan. Mengapa ia dipanggil ucapan dasar kerajaan?READ MORE:  Open select committee meetings way to goTitah diraja mengandungi butiran lanjut mengenai perancangan, dasar, prestasi dan hala tuju kerajaan sepanjang tahun tersebut untuk dimaklumkan kepada Parlimen.Isi kandungan dan ucapan titah diraja ditulis sendiri oleh jemaah menteri dan kemudiannya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk berucap di hadapan Parlimen. Hal ini berpatutan dengan Perkara 40 (1) menjelaskan Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berpelembagaan yang bertindak atas nasihat jemaah menteri.Maka, ucapan titah diraja pada 18 Mei telah menggariskan dasar dan keutamaan kerajaan dalam mendepani ‘kebiasaan bahru’ dalam soal ekonomi rakyat, negara dan cabaran pandemik Covid-19 yang dijangkakan masih memerlukan perancangan yang lebih inklusif.Menjadi satu amalan di Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen perlu meneliti, menyemak dan membahas dasar kerajaan yang terdapat dalam titah diraja. Perbahasan ini bertujuan untuk menambah baik dan memberi ruang kepada ahli Parlimen membangkitkan isu-isu rakyat untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan memperuntukan sekurang-kurangnya lima hari untuk ahli Parlimen membahaskan usul “menjunjung kasih” titah titah diraja, diikuti sesi penggulungan menteri dalam menjawab segala isu yang dibangikitkan oleh ahli Parlimen ketika waktu perbahasan.Pada penggal pertama, mesyuarat pertama Parlimen ke-14, sebanyak 13 hari telah diperuntukkan oleh Yang di-Pertua kepada ahli Parlimen untuk membahaskan titah diraja dan menteri menggulung perbahasan.Kemudian, usul titah diraja ini perlu diundi di Dewan Rakyat sebelum dibahaskan di Dewan Negara.Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi rakyat dan negara yang kian meruncing, maka perbahasan di Parlimen dalam soal nasib rakyat dan perancangan ekonomi negara perlu disegerakan,Namun, titah diraja pada 18 Mei telah menyaksikan ahli Parlimen tidak diberikan ruang berbahas dasar kerajaan dalam ucapan titah diraja. Notis daripada Dewan Rakyat tidak menerangkan secara spesifik bilakah undian ke atas titah diraja akan mengambil tempat.READ MORE:  One-day Parliament sitting: Muhyiddin running scared – no majority support?Risiko undi titah diraja kepada kestabilan kerajaanNotis yang dikeluarkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga menyatakan bahawa sidang Parlimen akan tamat selepas ucapan titah diraja selesai tanpa perbahasan dan undian daripada ahli Parlimen. Persoalannya, mengapa pihak ketua majlis tidak meneruskan kedua-dua proses tersebut?Bagi saya, keputusan ini merupakan susunan politik untuk mengelakkan ujian awal kerajaan Perikatan Nasional atas sokongan dan legitemasi mereka di parlimen.Menurut badan pemikir, Institue of Government, UK, ucapan titah diraja penting kerana ia menguji kemampuan kerajaan memperolehi sokongan majoriti Parlimen. Undian ucapan titah diraja merupakan salah satu kaedah untuk membuat undi tidak percaya kepada perdana menteri.Kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen tidak akan berhadapan dengan masalah ketika undian titah diraja berlangsung. Tetapi, kerajaan minoriti atau mempunyai majoriti yang tipis akan menghadapi ujian yang agak mencabar untuk memastikan ahli parlimen tidak menolak ucapan titah diraja.Situasi ini pernah berlaku di UK pada tahun 1924 apabila ucapan titah diraja kerajaan Konservatif dibawah Perdana Menteri Stanley Baldwin ditolak ahli parlimen UK. Tetapi, penolakan ucapan titah diraja ini jarang berlaku memandangkan parti pemerintah mempunyai kedudukan majoriti di parlimen.Di Malaysia, ucapan titah diraja tidak pernah ditolak oleh Parlimen. Perkara ini atas beberapa dakwaan tidak berasas mengatakan ahli Parlimen yang menolak ucapan titah diraja dianggap sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Sejauh manakah dakwaan ini benar?Ahli parlimen hanya mengkritik dasar kerajaan yang terkandung dalam ucapan titah diraja, bukan keperibadian Yang Di-Pertuan Agong. Perkara 63(5) Perlembagaan Persekutuan menghalang ahli Parlimen dan sesiapa sahaja mengkritik kepribadian dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong.READ MORE:  Sokong Parlimen uji PM baruOleh itu, menyemak atau mengkritik dasar kerajaan dalam ucapan titah diraja merupakan tanggungjawab ahli Parlimen dan bukan mengancam institusi raja.Atas risiko undian ucapan titah diraja ini, maka ia boleh menjadi faktor kerajaan PN hanya menghadkan sidang parlimen 18 Mei kepada ucapan titah diraja tanpa sebarang perbahasan atau undian.Persoalannya, bilakah akan berlakunya perbahasan titah diraja dan adakah undian titah diraja akan berlaku? Perkara ini perlu diperjelaskan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan ketua majlis Parlimen.Oleh sebab itu, keputusan mengadakan sidang selama sehari tanpa perbahasan titah diraja dilihat tidak berpatutan memandangkan terdapat pelbagai perkara berkaitan jaminan ekonomi dan kesihatan yang perlukan perbincangan yang lebih komprehensif di Parlimen.Tanpa perbahasan titah diraja, ia seolah-olah memberi mesej ‘salah’ kepada rakyat bahawa institusi Parlimen tidak penting apatah lagi ketika negara berhadapan dengan krisis Covid-19.Malah keputusan kerajaan membawa pindaan undang-undang dan perbahasan pada bulan Julai akan menyebabkan rakyat terdedah dengan risiko krisis ekonomi yang lebih tinggi berdepan Covid-19. Adakah persidangan Julai ini akan memberi ruang seadilnya untuk ahli Parlimen meneliti dan membahaskan pindaan akta?Kesemua ulasan ini bukan semata-mata menyangkal premis ‘separuh masak’ Shamrahayu yang gagal menjelaskan kerangka demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan kepada rakyat. Tetapi, ia sebagai satu perspektif dalam mengeluarkan institusi parlimen yang dipandang hanya sebagai institusi politik yang tidak berubah sejak beberapa dekad yang lalu.Punca kuasa institusi parlimen terletak dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan dengan memetik definisi daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang akhirnya menimbulkan salah faham rakyat atas undang-undang tertinggi negara.Fakhrurrazi Rashid ialah koordinator program di Research For Social Advancement (Refsa)(Visited 48 times, 1 visits today)Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kepentingan-perbahasan-ucapan-titah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Hanya Dengar Titah Diraja Tiada Usul Undi Tak Percaya

Parlimen Hanya Dengar Titah Diraja Tiada Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 288 hits
Parlimen hanya dengar titah diraja tiada usul undi tak percayaSidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini hanyalah semata mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di Pertuan Agong tanpa melibatkan sebara...
Ucapan Agong Bukti Kesahihan Kerajaan Pn Kata Pemimpin

Ucapan Agong Bukti Kesahihan Kerajaan Pn Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 436 hits
May 20 2020 8 32 PMSultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan titah diraja pada pembukaan mesyuarat pertama penggal ke 3 Parlimen ke 14 di Parlimen Isnin lalu PETALING JAYA Pemimpin Perikatan Nasional mempertahankan kesahihan kerajaan b...
Menjawab Titah Kerajaan Ph Memang Sengaja Diruntuhkan Bukan Runtuh Kerana Dr Mahathir Letak Jawatan

Menjawab Titah Kerajaan Ph Memang Sengaja Diruntuhkan Bukan Runtuh Kerana Dr Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 279 hits
Saya berpendapat kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan kerana perancangan dan langkah langkah licik Middin Sila baca 1 Dr Mahathir bukan suka suka letak jawatan Dr Mahathir letak jawatan kerana Middin dengan sokongan MPT bersetuju keluar PH da...
Mahathir Tidak Puas Hati Dewan Rakyat Tidak Bersidang Selepas Titah Diraja

Mahathir Tidak Puas Hati Dewan Rakyat Tidak Bersidang Selepas Titah Diraja

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 412 hits
Tiada sidang selepas titah diraja usaha sekat usul undi tidak percaya kata Mahathir Langkah Putrajaya meminda aturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat Isnin depan dengan meniadakan persidangan selepas istiadat pembukaan penggal oleh Yang di Per...
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Kerajaan Pn Buat Kerja Ph Dap Yang Gila Jawatan Semula Dr Najmil

Kerajaan Pn Buat Kerja Ph Dap Yang Gila Jawatan Semula Dr Najmil

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 267 hits
Exco pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan kerajaan Perikatan Nasional kini adalah kerajaan yang berjiwa rakyat dan melakukan segala kerja demi untuk rakyat Katanya pentadbiran PN jauh berbeza semasa era pemeri...
Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji tindakan undang undang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbinc...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization