Bella Astillah Ketepi Kepentingan Diri Demi Anak






Sebagai manusia biasa, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 26, tidak terlepas melakukan kesilapan. Terlalu ikutkan perasaan marah, kisah keretakan rumah tangga bersama Aliff Aziz pernah dilepaskan dalam laman sosial.

Bagaimanapun, belajar daripada kesilapan, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah enggan lagi melakukan kesilapan yang sama.

Berita hamil anak kedua dan rujuk dengan Aliff dalam tempoh edah, tahun lalu cukup mengejutkan ramai. Hingga ada yang mengecam, sudah ludah, jilat semula.

Pada akhirnya, ibu kepada Ayden Adrean, 3, meletakkan kepentingan diri ketepi biarpun diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang melayari bahtera rumah tangga bersama penyanyi Sayang Sayang itu. Nyata, Bella lebih mengutamakan perasaan anak, selain keluarga dan mentua.

"Saya akui kesilapan dan terlalu ikut perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa kongsi segala masalah dalam laman sosial, kemudiannya seperti menjilat semula.

"Saya juga hanya manusia biasa dan berdarah muda. Saya panas hati dan kongsi amarah terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

"Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah. Apa yang lebih penting, ibu bapa, mentua dan keluarga di Sabah tahu apa yang berlaku," katanya kepada BH Online.

Bella berkata, biarlah dia terlebih dahulu membuka mulut memberitahu rahsia yang tersimpan selama ini, sebagai mana yang diumumkan dalam Instagram (IG) Live, pertengahan Mei lalu.

"Saya mahu memberikan masa kepada suami, sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

"Kini, Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Penyanyi lagu Tenang itu berkata, dia dan anak menyambut Syawal dalam serba sederhana. Memang sukar beraya bersama suami memandangkan tidak boleh merentas negara.

"Tidak mengapa, ia di luar kawalan dan demi kebaikan bersama ketika menempuh normal baharu ini.

"Biar terpisah jauh, saya dan Aliff memanfaatkan kemudahan teknologi termasuk membuat panggilan video dan muncul dalam IG Live bersama. Kebiasaannya, saya akan menyambut Syawal di Singapura mahupun Sabah. Tahun ini, hanya beraya di rumah sendiri di Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, saya, suami dan anak tetap berpakaian sedondon berwarna biru muda. Persiapan kami hanya ala-kadar," katanya yang banyak memanfaatkan masa bersama keluarga termasuk membuat biskut raya sepanjang Ramadan lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/06/bella-astillah-ketepi-kepentingan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Aksi Wanita Rela Tertimpa Pintu Kaca Demi Lindungi Anak Anak

Viral Aksi Wanita Rela Tertimpa Pintu Kaca Demi Lindungi Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 282 hits
Aksi heroik untuk menolong sesama yang sedang dalam musibah nggak hanya menjadi adegan wajib dalam sebuah film superhero Di kehidupan nyata aksi heroik juga banyak dilakukan orang biasa untuk menolong sesama Tak jarang aksi heroik yang dila...
Kalau Anak Degil Tak Dengar Kata Cuba Kita Tengok Diri Kita Kita Pemimpin Anak Anak

Kalau Anak Degil Tak Dengar Kata Cuba Kita Tengok Diri Kita Kita Pemimpin Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 367 hits
Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk mem...
8 Artis Berstatus Single Mom Ketangguhan Mereka Membesarkan Anak Seorang Diri Bisa Jadi Inspirasi

8 Artis Berstatus Single Mom Ketangguhan Mereka Membesarkan Anak Seorang Diri Bisa Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 508 hits
Sibuk mencari nafkah sekaligus membesarkan buah hati mereka para ibu ini buktikan kalau mereka adalah perempuan tangguh
Diherdik Dan Dituduh Beia Saka Ibu Tua Iarikan Diri Dari Rumah Anak

Diherdik Dan Dituduh Beia Saka Ibu Tua Iarikan Diri Dari Rumah Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 638 hits
SEORANG ibu mampu menjaga sepuluh orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu Begitu mudah sesorang anak itu melupakan jasa ibu mereka selepas bertarung nyawa melahir dan membesarkan anak anak sejak dari kecil sehi...
Anak Tiada Siapa Jaga Bapa Tunggal Terpaksa Berhenti Kerja Amp Mengemis Demi Sesuap Nasi

Anak Tiada Siapa Jaga Bapa Tunggal Terpaksa Berhenti Kerja Amp Mengemis Demi Sesuap Nasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 990 hits
Disaat kita merasakan diri kita susah hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi Baru baru ini di Facebook seorang pengusaha spa kecantikkan menerusi Facebook...
Sop Ketat Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak Anak Di Taska Selamat Mak Ayah Jangan Bimbang

Sop Ketat Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak Anak Di Taska Selamat Mak Ayah Jangan Bimbang

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 443 hits
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan ana...
Hiburan Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Kini Buat Kerja Amal Dan Bekerja Di Pusat Komuniti Islam

Hiburan Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Kini Buat Kerja Amal Dan Bekerja Di Pusat Komuniti Islam

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 477 hits
Sejak bermulanya kisah kecurangan Aliff Aziz netizen telah mengikuti perkembangan hidup lelaki itu dan Bella Astillah sehingga ke hari ini Melihatkan pasang surut hubungan mereka ramai mendoakan yang terbaik kepada keluarga tersebut Walaupu...
Berdalih Demi Anak Warga Palembang Nekat Jambret Handphone

Berdalih Demi Anak Warga Palembang Nekat Jambret Handphone

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 276 hits
Tersangka mengaku tak ada pilihan lain untuk memenuhi keinginan anak keduanya yang masih duduk di bangku SMP untuk mendapatkan ponsel Ponsel itu rencananya digunakan untuk memudahkan belajar online yang diberlakukan di sekolahnya
Demi Untuk Anak Dapat Belajar Bapa Ini Ditahan Orang Ramai Sebab Curi Telefon Bimbit

Demi Untuk Anak Dapat Belajar Bapa Ini Ditahan Orang Ramai Sebab Curi Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 439 hits
Menurutnya dia tiada pilihan lain berikutan tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja small Cover image via Oh Semput span span small Terima padah akibat terlalu memenuhi permintaan anak Telefon bimbit menjadi satu keperluan dalam ma...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord