Kepenatan Yang Disukai Allah



1. Kesungguhan ibubapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah satu kepenatan yang disukai oleh Allah dan RasulNya. Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala. Sabda Nabi:
وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ
“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).
2. Manakala isteri yang bersungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran yang besar oleh Allah. al-Imam Muslim meriwayatkan satu insiden yang menyayat hati. Menurut Saidatina Aisyah, seorang Ibu telah datang ke rumahnya bersama dengan dgn dua orang anak perempuannya. Ibu tersebut meminta sumbangan daripada Aisyah. Namun, ketika itu tiada apa yang boleh disumbangkan melainkan sebiji tamar lalu diberikan kepada si Ibu tersebut.
Apa yang berlaku dihadapan Aisyah sangat menyentuh hatinya. Si Ibu tersebut membelah tamar tersebut kepada dua bahagian lalu diberikan kepada kedua orang anak perempuan yang bersama dengannya sedangkan dia sendiri tidak mendapat sebarang makanan. Peristiwa ini diberitakan kepada Nabi. Rasulullah lalu bersabda:
فَقَالَ إنَّ اللَّهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنْ النَّارِ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka. (HR Muslim).
3. Bahkan Rasulullah turut menegaskan bahawa duit yang ibu dan ayah sumbangkan untuk keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ
“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).
4. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:
تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة
“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).
Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.
Kredit gambar buat Tuan Syed Mukmin
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
The post Kepenatan Yang Disukai Allah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/kepenatan-yang-disukai-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daim Bertemu Hadi Doa Tun Mahathir Sihat Dirahmati Allah

Daim Bertemu Hadi Doa Tun Mahathir Sihat Dirahmati Allah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 493 hits
Tun Daim Zainuddin dan Hadi Awang berpelukan mesra Hadi turut menitipkan doa agar Tun Mahathir sihat serta dirahmati Allah Foto Twitter Penasihat tertinggi kerajaan Tun Daim Zainuddin bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
Di Sebalik Tarikh Kelahiran Ainul Mardhiah 13 Ogos Terselit Rahsia Allah Untuk Ibu Bapanya

Di Sebalik Tarikh Kelahiran Ainul Mardhiah 13 Ogos Terselit Rahsia Allah Untuk Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 625 hits
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah 8 bulan Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut Menerusi perkongsian bapa Ainul kelahiran Ainul ada hikmah disebal...
4 Bencana Apabila Melupakan Allah

4 Bencana Apabila Melupakan Allah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 2171 hits
4 Bencana Apabila Melupakan Allah Takutnya bila kita antara hambaNya yang engkar dan tidak melakukan suruhanNya Takutkan akan balasan dan bala bencana yang diturunkan Bila terlepas solat pun dah rasa berdebar je hati kan Kalau terlewat bang...
Makhluk Pertama Kali Yang Diciptakan Allah Sebelum Arasy

Makhluk Pertama Kali Yang Diciptakan Allah Sebelum Arasy

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 773 hits
AWAL MULA KEJADIAN ALAM SEMESTASebagai penganut paham Ahlus Sunnah wal jamaah perlu diingat bahwa Allah bersifat Mukhalafatu lil Hawaditsi artinya Allah itu berbeda dengan makhluk Nya adapun kalimat diatas tidak harus dipahami secara kontek...
Jajal Kuliner Thailand Raffi Ahmad Sumpah Demi Allah Enak Banget

Jajal Kuliner Thailand Raffi Ahmad Sumpah Demi Allah Enak Banget

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 406 hits
Raffi Ahmad belum lama ini kerja sambil berburu kuliner di Thailand Di sana ia menyantap seporsi Padthai makanan khas Thailand dan segelas air perasan jeruk
Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew

Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 478 hits
Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew terkenal dengan mengambil pendekatan khusus terhadap golongan yang tidak bernasib baik termasuk gela...
Mencantikan Ibadah Puasa Dengan Berpengetahuan In Syaa Allah Aamiin 9345

Mencantikan Ibadah Puasa Dengan Berpengetahuan In Syaa Allah Aamiin 9345

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 331 hits
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam Firman Allah 33 Sesungguhnya Allah telah memilih Adam Nuh keturunan Ibrahim dan keturunan Imran ke atas orang orang seisi alam 34 satu keturunan setengahnya anak dari yang lain dan A...
My Children Are The Most Precious Gift Amp Blessing From Allah Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Aalisa Belle

My Children Are The Most Precious Gift Amp Blessing From Allah Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Aalisa Belle

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 402 hits
Please follow and like us 0 Malam tadi acara tamat 44 hari pantang Zizie Izette serta majlis aqiqah dan cukur jambul cahaya matanya Aalisa Belle Izette diadakan Alhamdulillah selesai sudah sessi 44 hari berpantang serta ajlis aqiqah amp
Rm50 Dan Cucur Jawa Rezeki Allah Maha Luas

Rm50 Dan Cucur Jawa Rezeki Allah Maha Luas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 485 hits
Hari ini saya ada sedikit perkongsian pada sahabat sahabat di luar sana Ini kisah benar Saya baru sahaja memulakan hidup baru setelah mengalami kegagalan rumahtangga Seperti yang lain juga Memang agak sukar untuk bangkit dan memulakan kehid...
7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Tak Terjangka

Rabu Tanpa Kata

Nafizah Air Mata Rindu Chord

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan

Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala Iphone

The Rosetta Stone Decoding The Secrets Of Ancient Egypt

Ole Ole Dari China

Buasir Otak Tv Mak Marah Sebab Tulis Kat Dinding Rumah Be Like