Rm50 Dan Cucur Jawa Rezeki Allah Maha Luas
Hari ini saya ada sedikit perkongsian pada sahabat-sahabat di luar sana. Ini kisah benar..
Saya baru sahaja memulakan hidup baru setelah mengalami kegagalan rumahtangga. Seperti yang lain juga. Memang agak sukar untuk bangkit dan memulakan kehidupan yang baru. Ditambah lagi dengan kos hidup di kota, tambang pengangkutan awam, sewa bilik, makan minum dan lain-lain.
Ada satu hari, duit di tangan betul-betul tinggal RM50 sahaja. Ikutkan dengan tambang pergi kerja, berulang alik dengan pengangkutan awam, duit untuk makan minum dan lain-lain perbelanjaan paling lama pun 3 hari je boleh bertahan.
Dalam tengah termenung, teringat dulu pernah tolong mak buat kuih cucur jawa. Teringin pulak tekak nie. Nak guna dui RM50 yang ada macam sayang tapi tekak jahat nie dah teringin.. Time2 nie juga la tekak nie buat hal. Nak tak nak guna juga la buat beli bahan-bahan cucur jawa.
Balik bilik, bancuh siap-siap dan peram dulu bancuhannya. Cukup masa, goreng. Lepas juga keinginan, tak la kempunan nanti..hehehe..
Sebelum makan tu ambil gambar dulu. Bukan senang-senang nak buat. Dah la payah nak jadi bentuk "UFO".. Bergigi di tepi, kembung di tengah-tengah.. Pastu macam biasa la kan.. Update di FB, status whatsapp, IG..hehe.. Korang pun buat gak kan?
Alhamdulillah.. Tak sangka mendapat like dan komen yang banyak dan memberangsangkan.. Bukan setakat like dan komen, saya mendapat tempahan cucur jawa. Pertama kali saya dapat tempahan 80 keping kuih cucur jawa.
Gembira dan teruja sebab dapat tempahan dan rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam masa yang sama hati risau takut kuihnya tak menjadi. Rasa memang tip top.. Rupa kuih tu takut tak jadi apa..hehe.. Terus call mak bagi tau perkara nie. Mak tumpang gembira tapi dalam masa yang sama dia risau seperti saya juga. Tawakal je laa.. Rezeki sudah di depan mata..
Malam tu bancuh tepung, peram, pagi seawal jam 4 dah bangun goreng cucur jawa. Alhamdulillah, semua menjadi. Siap packing, mandi dan siap-siap untuk cod dan masuk keje.
Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat duit yang RM50 tadi bertahan sehingga dapat gaji. Tempahan yang diterima tak putus-putus. Ada customer yang repeat order..
Apa yang nak saya kongsikan di sini, rezeki Allah maha luas... Berusahalah untuk mendapatkannya.. Bangkitlah dari kegagalan dan jangan berputus asa.
Jangan sedih jika kamu gagal. Hidup ini perjalanan.
Jika kamu jatuh, bangun kembali. Jatuh lagi, bangun lagi dan lagi. Jangan pernah berputus asa.
Rezeki tak salah tempat tak salah alamat. Cuma belum masa yang tepat.
*UNTUK RENUNGAN*
Walaupun rezeki kita tidak mewah sederhana sahaja
TAPI JIKA KITA BERSYUKUR
Inya Allah kita akan rasa cukup dan allah akan tambah lagi
ALLHAMDULILLAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://annaz79.blogspot.com/2019/04/rm50-dan-cucur-jawa-rezeki-allah-maha.html