4 Bencana Apabila Melupakan Allah
4 Bencana Apabila Melupakan Allah. Takutnya bila kita antara hambaNya yang engkar dan tidak melakukan suruhanNya. Takutkan akan balasan dan bala bencana yang diturunkan. Bila terlepas solat pun dah rasa berdebar je hati kan. Kalau terlewat bangun subuh dan terlepas waktu.. ya Allah, rasa macam nak tercabut nyawa. Inikan pula melupakan Allah. Memang rasa tak keruan..
Sebagai seorang muslim, tak mungkin kita akan melupakan Tuhan yang menciptakan kita, memberi rezeki dari beribu sumber, menghidupkan kita setiap hari dan banyak lagi. Selalu ingat Allah dengan mengucapkan perkataan yang mudah tetapi pasti kita tak lupa kepadaNya. Apakah ucapan yang mudah itu dan membuatkan kita selalu ingat Allah? Iaitu Subhanallah, Allahuakbar, Bismillah.., Alhamdulillah, Lailaha'illallah. Mudah tetapi nama Allah sentiasa di bibir dan meresap ke hati. Jadikan ia zikir harian anda. Mudah kan?
4 Bencana Apabila Melupakan Allah
Daripada rujukan ilmu Ustaz Elyas Ismail, ada 4 bencana yang menimpa kita bila kita melupakan Allah.
1. Serabut berpanjangan
Bila hati kita tak ingat Allah, kehidupan jauh dari sunnah, dan asyik berhibur dan bermaksiat.. mana nak datangnya ketenangan? Serabut lah jawabnya! Kerana.. bila anda utamakan hiburan, ia melalaikan dan menjauhkan anda dari Allah.
2. Sibuk tiada berkesudahan
Orang yang tak ingat Allah, Allah pun semakin jauh dariNya. Bila kita dekat Allah dekat, bila kita jauh Dia jauh! Maka disibukkan kita dengan urusan yang entah apa-apa.. sibuk bola, kawan, pancing, hinggakan dengan Allah pun jauh, apatah lagi dengan keluarganya. Nauzubillah.. inilah bencana yang Allah timpakan bila kita pun tak ingat Dia.
3. Duit tak pernah cukup
Gajii anda beribu sebulan? Cuba anda lihat balik dalam diri. Tengok semula kewangan anda setiap bulan? Ke mana duit anda pergi? Kepada keluarga, anak isteri ibu bapa atau sebaliknya? Habis pada kawan-kawan, beli barang sendiri yang tak berfaedah, bershopping yang tak pernah habis.. apa lagi? Hinggakan tak cukup bulan tetiba duit dah tak ada. Ke mana perginya? Itulah tandanya orang yang tak ingat Allah.. duit gajinya tak pernah cukup. Tak berkat. Sebab dia tidak mengutamakan yang hak dan jarang bersedekah. Kena fikir balik.. renungkan!
4. Cita-cita tidak kesampaian
Akhir sekali bencana yang Allah turunkan bila kita tak ingat akan pencipta kita, Allah yang satu.. maka cita-cita kita hanya tinggal anganan. Tidak tercapai seperti apa yang kita rencanakan. Kita mungkin berjaya merangka pelan masa depan kita, tetapi jika kita alpa.. Allah akan tarik hajat dan cita-cita keduniaan kita itu. Kerana, orang yang merancang cita-citanya dengan membelakangkan Allah, jalannya tak pernah sampai ke hujung.
Bencana yang Allah turunkan ini lebih seksa dari sakit tubuh badan dan sebagainya. Kerana bila hidup tak tenang, serabut berpanjangan, duit banyak tapi asyik tak cukup dan apa yang dirancang tergendala separuh jalan.. ingatlah. Insaflah. Cepat-cepat cari kawan yang baik dan yang boleh membimbing ke pangkal jalan. Hindari kawan yang menyesatkan. Yang tak menambah nilai baik dalam kehidupan kita. Cari kawan dan sahabat yang makin mendekatkan kita kepada Allah.
Insyaa Allah kita rasai manisnya nikmat dan rezeki yang Allah berikan dari pelbagai cabang. Hidup lebih tenang dan berkat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/04/4-bencana-apabila-melupakan-allah.html