Kepada Yang Terlibat Dalam Gambar Ini Mohon Maaflah Secara Terbuka Sebelum Terlambat



24 Mei 2020, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar The First Breakfast vs The Last Supper yang mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya penganut agama Kristian. 
Disebabkan gambar itu, lelaki berkenaan diselar teruk sehingga dia terpaksa menarik balik gambar kontroversi itu dari Twitternya

Walaupun begitu, netizen masih tidak berpuas hati kerana lelaki itu dikatakan tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas tindakannya yang jelas sekali mempersendakan agama Kristian


The Last Supper atau Santapan Terakhir dilukis oleh Leonardo  da Vinci, mengenai gambaran Jesus di majlis makan malam terakhir bersama dua belas pengikutnya sebelum disalib (menurut pandangan Kristian). Situasi pada santapan terakhir itu dianggap sebagai peristiwa penting dalam agama Kristian

Turut menyuarakan rasa kesal, Abdul Aziz Isa yang meluahkan pandangan peribadinya melalui Facebook, semalam. 
BENDA macam inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang serong oleh penganut agama lain. Seharusnya sebagai umat Islam, kalian harus menunjukkan keindahan Islam dengan menghormati sensitiviti agama lain. 
Apakah perasaan kamu jika penganut agama lain mempersendakan agama Islam? Bodoh jika anda tidak mempunyai perasaan marah, kan? Begitu juga dengan penganut agama lain. 
Bayangkan jika ada penganut agama lain mempersendakan Islam dengan menyerupai watak Nabi Muhammad s.a.w sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, persembahan teater dan drama atau apa cara sekalipun dengan niat memburuk-burukkan watak Nabi Muhammad s.a.w, semestinya anda akan marah, kan? 
Lebih dahsyat lagi, kamu akan membuat laporan polis dari Perlis sampai ke Sabah, malah membuat demonstrasi di hadapan Sogo! 
Tinggi pun pelajaran kamu sampai ke menara gading, jika tiada adab dan ketatasusilaan, maka sia-sia sahaja ibu bapa kamu menghabiskan duit. Akhirnya kamu menjadi graduan yang tiada akhlak, adab dan kesopanan. Apa guna ilmu setinggi langit jika tidak dihiasi dengan adab mulia? Kamu ingat kamu belajar setinggi langit adalah lesen untuk kamu memperlekehkan agama lain? Sungguh celaka dan hina perangai kalian. 
Lagi satu, kamu tahukah bahawa dalam gambar mural, "The Last Supper" yang dilukis oleh Leonardo da Vinci itu ada menunjukkan Jesus duduk di tengah bersama-sama dengan Twelve Apostles (al-Hawariyyun)? Kamu tahu kan? Jangan menipu kalau kamu pura-pura tidak tahu! Dan kamu tahukah bahawa gambar mural tersebut menceritakan tentang akan adanya pengkhianatan ke atas Jesus? 
Dan kamu tahu bahawa Jesus merupakan tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, apabila kamu mengambil gambar dalam posisi tengah seolah-olah kamu membawa watak Jesus, apakah perasaan penganut agama Kristian? Kamu bukanlah tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, bahkan sebagai umat Islam adalah haram hukumnya menyerupai agama lain

Sepatutnya kamu harus ada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa kita untuk menganggap diri kita ini lebih agung dari penganut agama atau bangsa yang lain? Islam mengajar umatnya untuk meraikan perbezaan agama dan menghormati sesama manusia sejak 1,400 tahun yang lalu. Ianya juga telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam petikan Surah al-Hujuraat

Allah s.wt. telah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujuraat: 13)
Memang fahaman agama Islam dan Kristian sangat berbeza dari segi tauhid namun apakah kamu sewenang-wenangnya boleh mencerca sembahan agama mereka? Dalam Islam, menghina tuhan agama lain merupakan suatu hal yang sangat dilarang. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan kerosakkan dan fitnah yang besar. Bukan hanya bagi dirinya sendiri namun juga terhadap Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-An’am

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am: 108)
Jika kamu mencerca sembahan agama lain, maka lebih banyak cercaan yang akan dibalas kepada agama Islam. What goes around comes around. I’m a Muslim and grew up in a wonderful Christian family! Never once in my life ever thought to insult their religion! Belum pernah dalam hidup saya menghina dan mencerca sembahan agama datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu saya! Malah saya sentiasa meraikan bersama-sama mereka namun ianya tidak sekali mengugat iman saya sebagai seorang Muslim. Jauh sekali mempunyai niat untuk memperlekehkan dan mencerca agama Kristian

Kepada kalian yang mengambil gambar ini, belajarlah menjadi seorang Muslim yang dihormati oleh bukan Muslim. Adalah seeloknya kalian membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian sebelum anda dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Sesungguhnya perbuatan kalian memperlekehkan agama lain adalah satu perbuatan yang keji dan terkutuk. Bahkan berdosa besar di sisi agama Islam

KALIAN MEMANG JIJIK, HINA DAN KURANG AJAR

Respect is earned, not given

Sumber: Abdul Aziz Isa

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/kepada-yang-terlibat-dalam-gambar-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 688 hits
Menjadi suatu dilema yang besar bagi seorang selebriti sekiranya gambar lama sebelum berhijrah masih lagi berterbangan di serata media sosial Sama juga dengan pelakon Lisdawati yang senantiasa berdoa supaya cerita lampau mengenainya ketika ...
Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 479 hits
Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera Assalamualaikum Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari 1 Mac 2020 Boleh dika...
Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 346 hits
Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya Tiada siapa yang mahu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar Baik orang muda seawal pertengahan 20an apatah lagi yang sudah menjangkau 40an 50an memang bimbang bila acap...
Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 339 hits
Dalam sidang video Anwar berkata Pakatan Harapan tidak akan mengulang kesilapan sama dalam memilih perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan memilih perdana menteri yang bersih menunaikan janji dan menjalankan tanggungjawab K...
Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 340 hits
Diterbitkan Hari ini 10 35 pmTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangk...
Kasihani Lah Diri Anda Sebelum Mengasihani Pejuang Tegar Lain

Kasihani Lah Diri Anda Sebelum Mengasihani Pejuang Tegar Lain

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 319 hits
KESIAN Kesian aku Tun M dan Anwar letih kedua duanya nak jaga penyokong dan orang keliling yang kadang kadang lebih lajak dari laju Kalau baca dalam facebook yang dok lalu kat timelime aku ni memang meletihkan Aku tak nampak Anwar gila sang...
Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata kerajaan ju...
Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Ph Tumbang

Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 283 hits
Gambar ini sangat rare dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini oleh mana mana pihak Ini adalah perjumpaan di kediaman Tun Dr Mahathir pada hari siang Sheraton Move 23hb February 2020 Semua pemimpin besar Melayu hadir Tun mahu semua pemimpi...
Orang Ramai Dinasihati Bawa Pen Sendiri Daftar Maklumat Sebelum Masuk Premis Perniagaan

Orang Ramai Dinasihati Bawa Pen Sendiri Daftar Maklumat Sebelum Masuk Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 439 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya membawa pen sendiri untuk mendaftar maklumat peribadi sebelum memasuki premis perniagaan seperti pasar raya dan restoran Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah be...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Ibis Styles Iskandar Puteri Buffet Berbuka Puasa

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Lebuhraya Wce Beruas Ke Changkat Jering

Resepi Sambal Terung

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024

Jangan Pernah Berhenti

Resepi Kfc Double Down

Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2024