Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya


Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya |Tiada siapa yang mahu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Baik orang muda seawal pertengahan 20an apatah lagi yang sudah menjangkau 40an, 50an memang bimbang bila acapkali dipanggil kakak atau makcik oleh tuan kedai.  Kalau dipanggil sebegitu ada yang dengan lancang membalas balik "eh, sejak bila saya kahwin dengan pakcik awak" tapi ramai juga yang lebih suka mendiamkan diri tapi bila sampai ke rumah, terus terjah ke cermin, mencari bahagian mana yang kedut, bahagian mana yang nampak macam makcik-makcik kan.  Panggilan sebegitu tidak salah tapi alangkah baiknya sekiranya peniaga atau mereka yang tidak mengenali kita tu lebih berhemah dengan memanggil pelanggan wanita tak kira usia sebagai cik atau puan ataupun cikpuan, bukan dipanggil atas penampilan sebab kita nampak kaya dan bergaya tapi itulah panggilan tanda hormat.  Bagi pelanggan lelaki sebaiknya dipanggil encik atau tuan bukan abang atau pakcik melainkan si pelanggan minta dipanggil sebaliknya.  Alamak panjang pulak ngomelan walhal nak bagi  info elakkan kelihatan berusia sebelum waktu untuk kita tengok balik yang boleh dijadikan panduan.

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya
Sedar atau tidak ada beberapa perkara yang anda lakukan tanpa sedar boleh menyebabkan anda kelihatan lebih berusia. Cuba lihat dan kenali 10 perkara penyebab kelihatan berusia sebelum waktunya dan kemungkinan kita boleh mengubahnya tapi perkara ke 3 dan 9 tu mungkin ramai yang tak setuju dan tidak lojik, apa pun elakkan apa yang tidak perlu dan perbaiki apa yang perlu

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya1. Duduk Melebihi Lapan Jam Sehari
Mungkin ramai yang dudul melebihi lapan jam tanpa senaman, terutama mereka yang bekerja mengadap komputer atau kerja yang perlukan pemerhatian dan secara biologinya lapan tahun lebih tua daripada usia sebenar. Para penyelidik menentukan bahawa ini berkaitan dengan DNA. Duduk yang berpanjangan dapat memendekkan kromosom dan ini boleh menyebabkan beberapa penyakit. Oleh itu, para penyelidik mengesyorkan untuk bersenam selama 30 minit setiap hari dan bangun daripada duduk setiap 30 minit


2. Makan Terlalu Banyak Daging
Pola makanan yang tidak betul boleh mengurangkan kadar kolagen pada kulit kerana tidak menyukai buah-buahan apatah lagi sayuran yang mengandungi kandungan anti-oksida. Satu kajian yang telah dijalankan di luar negara menunjukkan makan terlalu banyak daging merah dan terlalu sedikit buahan dan sayuran boleh meningkatkan usia biologi seseorang. Ia berlaku kerana diet jenis ini dapat meningkatkan tahap satu unsur dalam darah yang digelar serum fostat. Selain itu, ia boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik. Cara terbaik untuk elakkannya adalah dengan mengimbangi pemakanan anda dan tidak mengecualikan jenis makanan yang lain, terutama buahan dan sayuran

3. Tiada Teman RapatTernyata mengabaikan persahabatan dan rangkaian sosial anda boleh membawa kepada masalah kesihatan dan penuaan yang lebih cepat. Kesepian adalah antara faktor risiko yang meningkatkan peluang kematian. Juga, kesan perasaan kesepian boleh dibandingkan dengan orang yang merokok. Kesan seperti ini boleh dilihat pada individu yang tidak mempunyai kawan. Ia juga menyumbang kepada pengurangan aktiviti fizikal yang sangat penting untuk kesihatan


4. Tukar Diet Dengan Kerap
Tabiat suka menukar diet pun antara faktor yang menyumbang penuaan kerana tubuh tidak  tidak punya masa untuk menyesuaikan diri malahan boleh menyebabkan tekanan yang berterusan hingga anda menjadi lebih tertekan. Perubahan jangka pendek dalam menu makanan dan aktiviti senaman boleh menyebabkan kehilangan kekuatan otot dan tulang. Hasilnya, anda boleh mengalami kesukaran untuk bergerak dan penuaan lebih awal. Jadi untuk kekal siaht dapatkan bentuk badan ideal, anda harus  berpegang kepada rutin makanan tertentu.


5. Pengambilan Gula Berlebihan Dan Produk Tenusu
Cuba perhatikan sekiranya anda meninggalkan sebiji buah di atas meja sementara waktu, ianya akn mula berubah warna kecoklatan kerana gula di dalam buah bertindak balas dengan proteinnya. Tindak balas yang sama berlaku dalam tubuh apabila gula mula bertindak balas dengan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kusam. Terdapat penyelidik yang berpendapat bahawa produk tenusu juga boleh membuat anda kelihatan lebih tua kerana ia meningkatkan keradangan. Ini membawa kepada tekanan oksidatif yang boleh menjadi punca utama penuaan pramatang


6. Penggambilan Suplemen Berlebihan
Seperti yang kita tahu kekurangan vitamin boleh menyebabkan kulit, rambut dan kuku anda kelihatan kusam tetapi jika suplemen diambil secara berlebihan, ia akan memberikan ancaman kepada kesihatan dan ia juga menyebabkan gejala toksik hingga menjejaskan sistem tubuh dan buat anda kelihatan lebih tua dengan cepat. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor atau pakar sekiranya perlu untuk mengambil suplemen


7. Tidak Periksa Tahap Hormon
Tahap hormon akan berubah selari dengan peningkatan usia dan jika ada ketidakseimbangan, ia akan menjejaskan sistem badan. Selain menyebabkan perubahan mood tetapi kulit dan rambut juga boleh berubah menjadi lebih teruk daripada biasa dan juga buat anda tampak lebih berusia. Adalah disarankan anda membuat pemeriksaan tahap hormon setahun sekali


8. Merokok Dan Pengambilan Alkohol
Kandungan nikotin dalam tembakau akan melambatkan peredaran darah ke wajah, jadi mereka yang merokok harus mula berfikir untuk berhenti. Pengambilan alkohol akan menyebabkan kulit  mengalami dehidrasi, menjadi kering


9. Posisi tidur
Tidur secara terlentang dikatakan boleh mengelak kulit dari cepat kedut berbanding dengan tidur dengan posisi kiri dan kanan kerana dikatakan ia adalah tindakan dari tarikan graviti.  Mungkin ada logiknya tapi tidak semua orang boleh tidur terlentang terutama mereka yang punya masalah pernafasan


10. Kerosakan kulit oleh sinar UV
Umum tahu penuaan dan kerosakan pada kulit adalah disebabkan oleh sinar UV, selain elakkan dari berjemur pastikan pemakaian sun screen dengan SPF50 yang boleh didapati di hampir semua farmasi


Selain yang dinyatakan diatas tu ada banyak lagi penyebab anda menghadapi penuaan pra matang jadi elakkan dan banyakkan pemakanan sihat dan ceriakan kehidupan anda dan berfikiran positif dan jalani hidup dengan positif. Letak ketepi gajet seketika dan bacalah buku-buku motivasi yang mampu membantu anda berfikiran positif
Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik. Jom kongis pendapat anda, penyebab lain yang boleh dielakkan, saya hargai komen anda




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/elakkan-10-tabiat-penyebab-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Seronok Santai Di Rumah Lama Lama Awas 6 Tabiat Ini Boleh Buat Kulit Wajah Meragam

Hiburan Seronok Santai Di Rumah Lama Lama Awas 6 Tabiat Ini Boleh Buat Kulit Wajah Meragam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 380 hits
Punyalah lama duduk di dalam rumah sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan sampaikan dah tak ingat tarikh dan hari langsung Seronok betul dapat berguling sakan tanpa perlu memikirkan masalah nak padankan pakaian dan jenis solekan apa untuk...
Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 371 hits
Diterbitkan Hari ini 10 35 pmTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangk...
Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Ph Tumbang

Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 324 hits
Gambar ini sangat rare dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini oleh mana mana pihak Ini adalah perjumpaan di kediaman Tun Dr Mahathir pada hari siang Sheraton Move 23hb February 2020 Semua pemimpin besar Melayu hadir Tun mahu semua pemimpi...
Kasihani Lah Diri Anda Sebelum Mengasihani Pejuang Tegar Lain

Kasihani Lah Diri Anda Sebelum Mengasihani Pejuang Tegar Lain

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 358 hits
KESIAN Kesian aku Tun M dan Anwar letih kedua duanya nak jaga penyokong dan orang keliling yang kadang kadang lebih lajak dari laju Kalau baca dalam facebook yang dok lalu kat timelime aku ni memang meletihkan Aku tak nampak Anwar gila sang...
Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 387 hits
Dalam sidang video Anwar berkata Pakatan Harapan tidak akan mengulang kesilapan sama dalam memilih perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan memilih perdana menteri yang bersih menunaikan janji dan menjalankan tanggungjawab K...
10 Logo Sebelum Vs Selepas Terkesan Dengan Wabak Covid 19

10 Logo Sebelum Vs Selepas Terkesan Dengan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 366 hits
Wabak Covid19 yang melanda dunia telah mengubah dunia kepada norma baru yang akan sebati dalam kehidupan harian dunia 1 Starbucks2 Corona Extra
Kepala Daerah Harus Lakukan Tahapan Ini Sebelum Terapkan New Normal

Kepala Daerah Harus Lakukan Tahapan Ini Sebelum Terapkan New Normal

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 285 hits
Sejumlah tahapan harus dilakukan pemerintah daerah jika ingin menerapkan tatanan kehidupan normal gaya baru Salah satunya kepala daerah wajib berkonsultasi dengan Gugus Tugas dan tokoh masyarakat untuk menerapkan rencana New Normal
Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata kerajaan ju...
Kereta Hilang Kawalan Sebelum Terbabas Rakan Dakwa Mangsa Dianiaya

Kereta Hilang Kawalan Sebelum Terbabas Rakan Dakwa Mangsa Dianiaya

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Viideo sebuah kereta mengalami kemalangan selepas hilang kawalan di lebuh raya yang tidak dinyatakan viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen Video berdurasi 22 saat yang dimuat naik Azmi Aris itu telah ditonto...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching