Kenyataan Rasmi Nurul Izzah Setiap Perjalanan Pasti Berakhir


KENYATAAN RASMI
Setiap Perjalanan Pasti Berakhir, dan bertemu Permulaan Baharu
Tanggal 9 Mei 2018 telah menyaksikan arus perubahan berlaku.
Peralihan kerajaan di peringkat pusat secara aman yang memperlihatkan perubahan parti pemerintah, dan membuktikan peri pentingnya proses peluasan ruang demokrasi.
Dalam memastikan penyempurnaan agenda reformasi yang telah dipersetujui bersama oleh Pakatan Harapan, rakyat dan kesemua pemegang taruh wajib menyambut dengan bersuara dan memberi kritikan membina untuk memastikan agenda reformasi terlaksana dengan jayanya, termasuklah meneruskan polisi dan program oleh kerajaan terdahulu demi manfaat rakyat.
Susur galur perjalanan politik saya telah bermula sejak 1998, 20 tahun lalu – selaku aktivis dan seterusnya terlibat secara langsung sebagai sebahagian daripada pimpinan pusat dalam Parti Keadilan Rakyat yang saya kasihi. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada seluruh akar umbi KEADILAN yang memberikan saya ruang dan peluang untuk berkhidmat buat kalian.
Dalam lapangan ini, terdapat beberapa prinsip dan idea perjuangan yang saya pegang teguh sehingga hari ini dan saya sentiasa percaya, hidup sebaiknya diteruskan dengan berpegang kepada kepercayaan dan idealisme kita. Atas dasar itu, kepercayaan itu telah menjadi batu asas kepada pengumuman hari ini.Saya dengan ini, meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat, dan menyerahkan semula pelantikan saya sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Pulau Pinang. Pucuk pimpinan utama telah dimaklumkan dengan keputusan ini.
Khidmat saya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan sebagai penggubal polisi masih diteruskan sehingga tamat tempoh yakni pada Pilihan Raya akan datang. Saya juga akan tetap kekal sebagai ahli biasa KEADILAN.
Sukacita juga saya maklumkan yang saya juga tidak lagi akan berkhidmat untuk mana-mana jawatan di peringkat persekutuan. Untuk itu, saya serahkan kepada keputusan parti berhubung jawatan yang dilantik di peringkat syarikat di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang.
Saya kekal selaku Ahli Parlimen ‘backbencher’ yang komited dengan agenda reformasi. Saya juga serahkan keputusan kepada pucuk pimpinan berkait dengan lantikan oleh parlimen sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Saya telahpun melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang setelah terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Pun demikian, saya akan tetap meneruskan kerja-kerja advokasi sebagai sebahagian daripada rakyat dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Kekesalan utama saya adalah pengumuman ini sepatutnya dilakukan lebih awal, namun ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah untuk saya suarakan.
Kelewatan mengumumkan keputusan ini mengambil kira perkembangan politik yang sepertinya tidak berpenghujungan selama sembilan bulan, diikuti dengan pemilihan parti yang begitu sengit dan mencabar – maka ditakdirkan saat inilah masanya keputusan ini diumum.
Setelah menimbang tara segalanya, dan melihat situasi ini dalam perspektif yang lebih besar sejajar dengan di mana saya berdiri, dan pegangan saya berkaitan dengan politik, saya harus mengotakan apa yang bertakhta di dalam hati.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pucuk pimpinan yang saya hormati dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang saya kasihi.
Nurul Izzah Anwar
17 Disember 2018#CelahGelegarhttp://www.nurulizzah.com/…/setiap-perjalanan-pasti-berakh…/Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/12/kenyataan-rasmi-nurul-izzah-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Perjalanan Pasti Berakhir Dan Bertemu Permulaan Baru

Setiap Perjalanan Pasti Berakhir Dan Bertemu Permulaan Baru

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 172 hits
Oleh Nurul Izzah Anwar Tanggal 9 Mei 2018 telah menyaksikan arus perubahan berlaku Peralihan kerajaan di peringkat pusat secara aman yang memperlihatkan perubahan parti pemerintah dan membuktikan peri pentingnya proses peluasan ruang demokr...
Nurul Izzah Pilihan Terbaik Ganti Waytha Moorthy

Nurul Izzah Pilihan Terbaik Ganti Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 382 hits
KUALA TERENGGANU Pemuda Parti Amanah Negara Terengganu mahu Nurul Izzah Anwar menggantikan Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata Nurul Izzah adalah pilihan terbaik sebagai Ahli...
Amanah Terengganu Gantikan Dengan Nurul Izzah

Amanah Terengganu Gantikan Dengan Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 213 hits
Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik menggantikan senator terbabit Ketuanya Mohd Hasbie Muda berk...
Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 221 hits
Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik menggantikan senator terbabit Ketuanya Mohd Hasbie Muda berk...
Situasi Dalaman Ph Kecewakan Nurul Izzah Saifuddin

Situasi Dalaman Ph Kecewakan Nurul Izzah Saifuddin

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Beberapa kenyataan yang dianggap bersimpang siur di kalangan parti dalam Pakatan Harapan mengecewakan Nurul Izzah Anwar sehingga Naib Presiden PKR itu mengambil keputusan melepaskan jawatan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifu...
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 441 hits
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang BercutiSaifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang Bercuti
Nurul Izzah Takes To Twitter To Thank Rafizi Kj For Support

Nurul Izzah Takes To Twitter To Thank Rafizi Kj For Support

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA Nurul Izzah Anwar expressed her thanks to Rafizi Ramli and Khairy Jamaluddin over their show of support regarding her resignation as PKR vice president She said Rafizi Ramli was the best candidate for the party deputy presiden...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Beringatlah Semua

From Mr Olayemi Michael Cardoso

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer

Housewives Social Protection Scheme Still Short Of Target Says Kasthuri