Setiap Perjalanan Pasti Berakhir Dan Bertemu Permulaan Baru


Oleh Nurul Izzah Anwar   
Tanggal 9 Mei 2018 telah menyaksikan arus perubahan berlaku.

Peralihan kerajaan di peringkat pusat secara aman yang memperlihatkan perubahan parti pemerintah, dan membuktikan peri pentingnya proses peluasan ruang demokrasi.

Dalam memastikan penyempurnaan agenda reformasi yang telah dipersetujui bersama oleh Pakatan Harapan, rakyat dan kesemua pemegang taruh wajib menyambut dengan bersuara dan memberi kritikan membina untuk memastikan agenda reformasi terlaksana dengan jayanya.

Ini termasuklah meneruskan polisi dan program oleh kerajaan terdahulu demi manfaat rakyat.

Susur galur perjalanan politik saya telah bermula sejak 1998, iaitu 20 tahun lalu - selaku aktivis dan seterusnya terlibat secara langsung sebagai sebahagian daripada pimpinan pusat dalam PKR yang saya kasihi.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada seluruh akar umbi PKR yang memberikan saya ruang dan peluang untuk berkhidmat buat kalian.

Dalam lapangan ini, terdapat beberapa prinsip dan idea perjuangan yang saya pegang teguh sehingga hari ini dan saya sentiasa percaya, hidup sebaiknya diteruskan dengan berpegang kepada kepercayaan dan idealisme kita.

Atas dasar itu, kepercayaan itu telah menjadi batu asas kepada pengumuman hari ini.

Saya dengan ini, meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan menyerahkan semula pelantikan saya sebagai PKR Pulau Pinang.

Pucuk pimpinan utama telah dimaklumkan dengan keputusan ini.

Khidmat saya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan sebagai penggubal polisi masih diteruskan sehingga tamat tempoh yakni pada pilihan raya akan datang. Saya juga akan tetap kekal sebagai ahli biasa PKR.

Sukacita juga saya maklumkan yang saya juga tidak lagi akan berkhidmat untuk mana-mana jawatan di peringkat persekutuan. Untuk itu, saya serahkan kepada keputusan parti berhubung jawatan yang dilantik di peringkat syarikat di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya kekal selaku ahli parlimen ‘backbencher’ yang komited dengan agenda reformasi. Saya juga serahkan keputusan kepada pucuk pimpinan berkait dengan lantikan oleh parlimen sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Saya telah pun melepaskan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang setelah terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Pun demikian, saya akan tetap meneruskan kerja-kerja advokasi sebagai sebahagian daripada rakyat dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kekesalan utama saya adalah pengumuman ini sepatutnya dilakukan lebih awal, namun ternyata ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya suarakan.

Kelewatan mengumumkan keputusan ini mengambil kira perkembangan politik yang sepertinya tidak berpenghujung selama sembilan bulan, diikuti dengan pemilihan parti yang begitu sengit dan mencabar - maka ditakdirkan saat inilah masanya keputusan ini diumum.

Setelah menimbang tara segalanya, dan melihat situasi ini dalam perspektif yang lebih besar sejajar dengan di mana saya berdiri, dan pegangan saya berkaitan dengan politik, saya harus mengotakan apa yang bertakhta dalam hati.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pucuk pimpinan yang saya hormati dan PKR yang saya kasihi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/setiap-perjalanan-pasti-berakhir-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Rasmi Nurul Izzah Setiap Perjalanan Pasti Berakhir

Kenyataan Rasmi Nurul Izzah Setiap Perjalanan Pasti Berakhir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 511 hits
KENYATAAN RASMISetiap Perjalanan Pasti Berakhir dan bertemu Permulaan BaharuTanggal 9 Mei 2018 telah menyaksikan arus perubahan berlaku Peralihan kerajaan di peringkat pusat secara aman yang memperlihatkan perubahan parti pemerintah dan mem...
Cuba Amalkan Setiap Pagi Sedekahkan Al Fatihah Kepada Ibu Bapa Anda Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

Cuba Amalkan Setiap Pagi Sedekahkan Al Fatihah Kepada Ibu Bapa Anda Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 407 hits
Informasi By rencah7 Rasulullah SAW pernah bersabda Setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapamu nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu Berdasarkan Hadith Nabi SAW Tidak akan terputu
Baru Dikeluarkan Instruksi Mendagri Soal Penggunaan Jilbab Pns Langsung Dicabut

Baru Dikeluarkan Instruksi Mendagri Soal Penggunaan Jilbab Pns Langsung Dicabut

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 192 hits
Sekjen Kemendagri Hadi Prabowo menyebut pencabutan aturan tersebut bentuk sikap Mendagri Tjahjo Kumolo dalam mendengar respon banyak pihak Apalagi Inmendagri tersebut mendapatkan banyak respon berbeda oleh beberapa pihak
Amd Melancarkan Perisian Radeon Software Adrenalin 2019 Hadir Dengan Pelbagai Kemaskini Dan Ciri Ciri Baru

Amd Melancarkan Perisian Radeon Software Adrenalin 2019 Hadir Dengan Pelbagai Kemaskini Dan Ciri Ciri Baru

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 266 hits
Bagi para pengguna yang menggunakan siri kad grafik AMD Radeon di dalam komputer dan laptop mereka mereka pasti mengenali akan perisian AMD Radeon Software Adrenalin sebuah perisian grafik yang hadir dengan pelbagai ciri yang boleh membantu...
Tinjauan Waktu Operasi Baru Utc Sukarkan Pekerja Pejabat

Tinjauan Waktu Operasi Baru Utc Sukarkan Pekerja Pejabat

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 419 hits
Sementara mereka yang bersetuju berkata mereka menyokong keputusan kerajaan itu jika ia menjimatkan kos
Menhub Budi Minta Maskapai Tambah Jadwal Penerbangan Di Libur Natal Dan Tahun Baru

Menhub Budi Minta Maskapai Tambah Jadwal Penerbangan Di Libur Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 293 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi meminta maskapai penerbangan untuk menambah jadwal selama masa libur Natal dan Tahun Baru Penambahan jadwal penerbangan ini perlu dilakukan untuk menjamin kelancaran libur Natal dan Tahun Baru
Jembatan Kaca Kali Pepe Jadi Ikon Wisata Baru Kota Solo

Jembatan Kaca Kali Pepe Jadi Ikon Wisata Baru Kota Solo

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 234 hits
Kota Solo mempunyai ikon baru sebagai lokasi wisata alternatif Sebuah jembatan kaca dibangun di atas Kali Pepe tepat di depan Terminal Tirtonadi Jalan Ahmad Yani Jembatan yang difungsikan sebagai jembatan inspeksi tersebut dilengkapi dengan...
Google Assistant Hadir Dengan Dua Dialek Baru British Dan Australia

Google Assistant Hadir Dengan Dua Dialek Baru British Dan Australia

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 328 hits
Google Assistant adalah pembantu maya daripada Google Suara pembantu maya Google ini agak realistik dan setakat ini mempunyai lapan pilihan suara iaitu Red The Classic Orange The Sidekick Amber The Cheerleader Green The Legend Cyan The Muse...
Ptptn Perlu Lebih Masa Kaji Kaedah Baru Bayaran Balik Pinjaman

Ptptn Perlu Lebih Masa Kaji Kaedah Baru Bayaran Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memerlukan tempoh 6 hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baru bayaran balik pinjaman pendidikan Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata tempoh i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash