Kenyataan Media Setiausaha Agung Dap Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 9 Mac 2020





Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan patut menyiasat Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa jika beliau berhasrat untuk menyiasat saya di atas tuduhan kononnya saya bertanggungjawab terhadap peningkatan hutang langsung kerajaan, penjualan aset negara dan aset Tabung Haji.

Penjualan aset negara bukanlah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan saya tidak memainkan sebarang peranan dalam keputusan Khanazah Nasional Bhd, di mana saya bukan pun seorang ahli lembaga pengarahnya. Malahan, Petronas juga tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Sebarang peningkatan hutang langsung kerajaan mestilah diluluskan oleh kabinet. Jika saya perlu disiasat, maka Tan Sri Muhyiddin juga perlu disiasat memandangkan beliau juga merupakan ahli kepada Kabinet yang sama yang meluluskan peningkatan hutang langsung kerajaan tersebut.

Tambahan lagi, peningkatan dalam hutang langsung kerajaan ini diperlukan untuk meneruskan projek infrastruktur yang dimulakan oleh kerajaan BN dan juga kerana keengganan kerajaan PH untuk meneruskan perbuatan salah kerajaan BN yang menyorokkan sesetengah hutang ini melalui pembiayaan luar penyata imbang. Perbuatan Mohamad Hassan yang meneruskan penipuan UMNO tentang kononnya saya bertanggungjawab terhadap bencana kewangan Tabung Haji ini hanyalah satu cubaan untuk meningkatkan sentimen perkauman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu itu, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah mengesahkan yang beliau bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, dan saya tidak menghadiri sebarang mesyuarat atau pun membuat sebarang keputusan yang berkenaan dengan Tabung Haji. Satu-satu peranan yang saya jalankan adalah untuk menyokong keputusan untuk menyuntik hampir RM20 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan untuk menyelamatkan Tabung Haji. Namun begitu, saya masih dituduh sebagai punca kepada segala kerosakan Tabung Haji.

Walaupun penipuan itu pun telah menjadi budaya UMNO, perbuatan mensasarkan saya sedangkan Mohamad Hassan sedar yang saya bukanlah pembuat keputusannya ini menunjukkan yang UMNO dan Perikatan Nasional tidak berniat langsung untuk menyatupadukan negara ini tetapi akan terus-menerus untuk memecahbelahkan negara dengan menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan. Jelas sekali tidak seperti Perikatan Nasional, Pakatan Harapan adalah satu-satunya gabungan memerintah yang cuba untuk mewakili dan bekerja untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang, mahupun geografi.

LIM GUAN ENG

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kenyataan-media-setiausaha-agung-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadhan 2020 Di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel Jom Iftar Chatz Brasserie

Buffet Ramadhan 2020 Di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel Jom Iftar Chatz Brasserie

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 779 hits
Buffet Ramadhan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel Salah satu lokasi yang best untuk berbuka puasa di area Bukit Bintang adalah PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel yang menyediakan lebih 50 jenis hidangan yang sangat menyelerakan Buffet Ramadhan...
Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 727 hits
Senarai Buffet Ramadan 2020 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Ramadan akan menjelang tidak lama lagi Mesti ramai yang sedang mencari tempat makan yang menarik untuk berbuka bersama keluarga dan rakan rakan Kebanyakkan restoran dan hotel ...
Ukm Lecturer Issues Public Apology To Lim Guan Eng

Ukm Lecturer Issues Public Apology To Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 388 hits
Provided by Malay Mail DAP secretary general Lim Guan Eng has received a public apology from a UKM lecturer who posted a defamatory article on Facebook Bernama file picKUALA LUMPUR March 7 A Universiti Kebangsaan Malaysia lecturer has issue...
5 Aktiviti Menarik Musim Cuti Sekolah 2020 Di Kuala Lumpur

5 Aktiviti Menarik Musim Cuti Sekolah 2020 Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 517 hits
Hi semua Musim cuti sekolah menjelang tiba Namun penularan wabak Koronavirus di seluruh dunia sangat membimbangkan Pasti ibu bapa khuatir nak pergi bercuti di luar negara Memandangkan keadaan di Malaysia masih lagi terkawal mungkin cuti sek...
Kenyataan Akhbar Kpk 1 Mac 2020 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

Kenyataan Akhbar Kpk 1 Mac 2020 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 536 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari terdapat empat kes baharu dilaporkan pada hari ini KES BAHARU KE 26 Kes ke 26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun Be
Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre

Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 364 hits
Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention CentreTinggal kurang dari dua bulan sahaja lagi bulan Ramadan bakal tiba Sana sini semua dah sibuk mempromosikan pakej berbuka puasa termasuk hotel dan juga restoren Menyantuni jemputan dari Ku...
Covid 19 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Ditangguh

Covid 19 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Ditangguh

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID 19 kata Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Mohd Khair Ngadiron Keputusan menangguhkan PBAKL 2020 dibuat dalam satu mesyuarat jawata
19 Februari 2020 Teman Suami Biopsi Di Klinik Pembedahan Plastik Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur

19 Februari 2020 Teman Suami Biopsi Di Klinik Pembedahan Plastik Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 551 hits
19 FEBRUARI 2020 TEMAN SUAMI BIOPSI DI KLINIK PEMBEDAHAN PLASTIK REKONSTRUKTIF HOSPITAL KUALA LUMPUR Assalamualaikum wbt readers Lamanya aku tak update pasal aku handle tuan suami kan Sebenarnya untuk dua bulan ni aku rasa compact dengan ap...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran