19 Februari 2020 Teman Suami Biopsi Di Klinik Pembedahan Plastik Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur
19 FEBRUARI 2020 : TEMAN SUAMI BIOPSI DI KLINIK PEMBEDAHAN PLASTIK & REKONSTRUKTIF HOSPITAL KUALA LUMPUR - Assalamualaikum wbt readers. Lamanya aku tak update pasal aku handle tuan suami kan? Sebenarnya. untuk dua bulan ni, aku rasa compact dengan appointment Is aje. Appointment aku pun tak banyak macam suami aku. Haha
Untuk penjelasan, sejak Is jatuh kena mild-stroke pada tahun 2018, aku diberitahu yang Is ada Muscular Dystrophy. Kau bayangkan dah lama aku kahwin dengan dia, aku baru tahu pasal Muscular Dystrophy ni. Aku malas nak salahkan mana-mana pihak. Jadi, aku ambil alternatif untuk buat medical checkup sepenuhnya terhadap suami aku
Bermulalah jumpa segala pakar Neurosurgeri, Neurologi dan Urologi demi mengesan diagnose dari doktor tentang penyakit dia. So, bermulalah dengan test darah dan biopsy. Ini kali pertama Is buat biopsy
Sebelum ni sebenarnya kami dah pernah pergi tapi doktor taknak proceed sebab dia tak bagi Is drive. So kami balik, bincang macam mana apa semua. Niat memang nak panggil Grab tapi harga mencanak. In the end, Is kata dia tawakal je drive sendiri juga
Procedure lebih kurang 40 minit je. Is awalnya nak tak nak je buat. Tapi aku paksa juga. Aku tak puas hati selagi aku tak dapat cari punca dan ubat untuk Is. Lepas procedure tu, aku tanya Is, dia confident ke boleh drive balik Rawang? Dia pun confident je kan... so okay je la.
Untuk dua hari selepas Is biopsy, aku yang mandikan dia. Yela, as korang tahu, Is ni jenis susah nak bergerak. Ini pula dah kena potong gitu, so tangan dia macam awkward sikit. Hari ketiga Is dah boleh independent balik dah
Sama masa bangun tidur, aku yang kena tolong angkat dia bangun. Sebab Is ni, dia depend left side untuk bangun dari tidur tapi doktor ambil sample left side juga. Memang nampak Is awkward la
Sekarang dah okay dah. Takde sakit-sakit dah. Yang bestnya, masa dah buka benang, aku slumber gigit kat tempat dia biopsy tu. Spontan okayyyy takde niat. Sekali aku rasa bersalah sangat-sangat. Harap takde kesan apa-apa la..
Okay, next? Nanti aku update pasal appointment lain pula, okay
The writer,Auni Muthal'lib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2020/03/teman-suami-biopsi-di-klinik-pembedahan-plastik-dan-rekonstruktif-hkl.html