Kenyataan Media Ph


Kenyataan Media
27hb Mac 2020

Majlis Presiden Pakatan Harapan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi.

Beliau mengakui bahawa “kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat”, yang “negara ini sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan”, dan “situasi dihadapi sekarang tidak pernah berlaku dalam sejarah”.

Oleh itu, kami ingin mengulangi mesej Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini bahawa Kerajaan harus menggunakan pendekatan yang lebih tulen dan ikhlas untuk mengendalikan krisis ini dan mengenepikan persaingan politik pada ketika ini.

Pakatan Harapan bersedia untuk memberi kerjasama jika Kerajaan memulakan langkah dwipartisan yang tulus dan ikhlas.

Kita diberitahu bahawa pakej rangsangan yang diumumkan adalah bernilai RM250 bilion.

Namun, selepas pemerhatian yang teliti, rangsangan fiskal terus sebenar oleh Kerajaan hanyalah RM25 bilion, yang akan dibiayai melalui pertambahan pinjaman Kerajaan.

Rangsangan ini sebahagian besarnya dapat dilaksanakan hasil daripada reformasi dalam perolehan dan kewangan kerajaan dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

Contohnya, penjimatan daripada projek mega-projek LRT3, MRT2 dan ECRL berjumlah RM45 bilion. Konsesi PLUS yang baru disusun semula bukan sahaja memberikan diskaun 18% segera kepada kadar tol kepada penumpang, ia juga segera melepaskan Kerajaan daripada terus membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya. Dana yang sebelum ini diperuntukkan untuk pampasan sedemikian di dalam Bajet 2020 kini boleh diperuntukkan semula untuk pakej rangsangan ini.

Kami mengalu-alukan pembayaran bantuan tunai ​‘one-off’ RM1,600 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM4,000, RM1,000 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan melebihi RM4,000, serta bantuan tunai kepada individu yang belum berkahwin dan mahasiswa.

Pakatan Harapan telah mencadangkan pembayaran bantuan tunai RM1,000 pada bulan Mac dan pembayaran RM1,000 pada bulan April.

Pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin adalah baik untuk "Makcik Kiah", watak yang digunakannya mewakili rakyat Malaysia biasa, selama dua bulan. Dari segi itu, ia adalah dialu-alukan.

 Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh dua bulan, Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh dua bulan bagi "Makcik Kiah" dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia.

Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menanggung kesan ekonomi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, subsidi gaji RM600 bagi setiap pekerja tidak mencukupi untuk mengurangkan kesan krisis ini.

Kami ingin mencadangkan supaya subsidi gaji dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap pekerja.

Selain daripada suntikan fiskal sebanyak RM25 bilion, perkara lain yang terdapat dalam pakej rangsangan adalah :

1.Moratorium pinjaman bagi individu (ditanggung oleh bank) - RM63 bilion

2.Penangguhan pinjaman untuk perniagaan (ditanggung oleh bank) - RM35 bilion

3.Pengeluaran KWSP (simpanan dari rakyat) - RM40 bilion

4.Pengeluaran Skim Persaraan Swasta (sehingga RM1500) - RM3 bilion

5.Penangguhan pinjaman PTPTN - RM750 juta

6.Penangguhan pinjaman PTPK - RM149 juta

7.Diskaun untuk elektrik - RM530 juta Internet percuma (disediakan oleh Telcom) - RM600 juta

8.Dana jamin - RM50 bilion

9.Dana Jaminan Makanan - RM1 bilion

10.Dana Khas Jaminan untuk Nelayan - RM64.6 juta

11.Kemudahan pinjaman Bantuan Khas untuk PKS - RM5 bilion

12.Kemudahan Peruntukan tambahan untuk pinjaman kredit mikro - RM500 juta

13.Kemudahan pinjaman oleh Syarikat Jaminan Kewangan Syarikat - RM5 bil

Walaupun ini hanya pengiraan kasar, kerana terdapat beberapa butiran tidak jelas daripada ucapan PM.

Hal ini bermakna sekitar RM205 bilion daripada RM250 bilion yang diumumkan sebenarnya merupakan penangguhan atau jaminan pinjaman.

Terdapat anggapan dalam pandangan Perdana Menteri bahawa peniaga masih berminat untuk meminjam. Tetapi, ia hanya akan berlaku jika negara kembali berurusan seperti biasa setelah PKP ditamatkan pada satu ketika dan perniagaan masih beroperasi seiring dengan permintaan ekonomi untuk barangan dan perkhidmatan.

Dapat dilihat juga bahawa Kerajaan bercadang untuk membiayai suntikan fiskal yang agak kecil melalui pemotongan perbelanjaan kementerian lain yang akan mencetuskan kitaran penjimatan yang tidak perlu untuk ekonomi sekarang ini.

Kerajaan, menurut Perdana Menteri, tidak berniat untuk terus membuat pinjaman bagi membiayai suntikan fiskal, "demi kepentingan jangka panjang," mungkin untuk "waktu-waktu getir". Sebenarnya kita sudah berada di situasi getir dan krisis ini merupakan satu malapetaka terburuk di dalam sejarah negara.

Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan suntikan fiskal yang lebih besar dalam beberapa minggu akan datang. Jika tidak ekonomi negara mungkin akan menjurus kepada keadaan lebih buruk dengan lebih banyak kehilangan pekerjaan.

Kami juga akan menggesa Kerajaan melancarkan penyelarasan seakan "waktu perang" untuk proses perolehan, pengeluaran dan pembekalan bagi :

1. makanan, sayur-sayuran dan pengeluaran pertanian

2. sarung tangan perubatan untuk pasaran tempatan dan dunia

3. Lima bekalan perubatan yang perlu diutamakan waktu ini

a. topeng muka
b. kit pengujian
c. sanitizer
d. peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) e. alat bantuan pernafasan

4. platform atas talian/ e-dagang

5. logistik

Oleh sebab pakej rangsangan ini berkesan untuk dua bulan, Pakatan Harapan menyeru kerajaan, atas semangat dwipartisan sejati untuk meneruskan persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020, atau membawanya ke hadapan, sebaik sahaja PKP berakhir.

Hal ini adalah dapat membolehkan kerajaan dan pembangkang membentuk pelan tindakan secara dwipartisan supaya negara bergerak ke hadapan, termasuk merangka Belanjawan baharu dengan mengambil kira semua senario dan faktor yang terlibat.

Ia merupakan satu kelaziman dalam negara-negara demokratik untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan di parlimen untuk memastikan pelaksanaan dijalankan dengan baik, serta terdapat pemantauan.

Krisis ini memerlukan pendekatan ekonomi yang "melakukan apa sahaja yang diperlukan".Demi kepentingan negara dan rakyat, kerajaan perlu mengambil pendekatan dwipartisan untuk melakukan semaksima mungkin supaya kita dapat mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang belum pernah kita hadapi sebelum ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Mohamad Sabu
Presiden,
Parti Amanah Negara

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung,
Parti Tindakan Demokratik (DAP)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kenyataan-media-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Kaji Semula Keputusan Benarkan Pengeluaran Kwsp

Kenyataan Media Kaji Semula Keputusan Benarkan Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 511 hits
Saya membaca dengan penuh kebimbangan pengumuman kerajaan bahawa semua pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah kini dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan daripada caruman terkumpul mereka di KWSP untuk tempoh 12 bulan akan datang 2...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 19 Mac 2020

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 19 Mac 2020

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 244 hits
KENYATAAN MEDIAMAJLIS PRESIDENPAKATAN HARAPAN19 Mac 2020Menjamin Keselamatan Ekonomi buat Pekerja dan Perniagaan Malaysia Ketika KrisisPandemik COVID 19 menyebabkan gangguan di seluruh dunia dan mungkin menyebabkanberlakunya kemelesetan eko...
Kenyataan Media

Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 152 hits
PERLANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERAJAAN PERLU FOCUS PADA GOLONGAN YANG BERPOTENSI KEBULURANSebagai wakil rakyat kami telah membantu dengan sebaik mungkin termasuk menggunakan baki bantuan yang ada untuk memberikan bekalan makanan k...
Kenyataan Media Bersama Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Dan Hannah Yeoh Bertarikh 28 Mac 2020

Kenyataan Media Bersama Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Dan Hannah Yeoh Bertarikh 28 Mac 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 218 hits
1 Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumum YAB Perdana Menteri petang semalam kami mengalu alukan peruntukan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera polis kastam imigresen angkatan pertahanan awam serta RE...
Kenyataan Media Dato Ahli Parlimen Sungai Petani

Kenyataan Media Dato Ahli Parlimen Sungai Petani

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 216 hits
Salam Dua hari yang lalu ada orang yang tidak bertanggung jawab telah membuat satu posting kononnya rakyat yang mahukan bantuan makanan dan peralatan utk hindar diri dari wabak Covid 19 bolehlah hubungi saya dan Pegawai saya di Pejabat Parl...
Kisah Tim Media Center Covid 19 Kediri Dicurhati Emak Emak Mau Hajatan Dan Diomeli

Kisah Tim Media Center Covid 19 Kediri Dicurhati Emak Emak Mau Hajatan Dan Diomeli

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 193 hits
Sebuah layar besar yang terdiri dari 8 panel LED menampilkan grafik terkini situasi penanganan virus Corona di Kota Kediri Telepon berdering setiap saat dan sebuah aplikasi media monitoring terus menampilkan berita terbaru terkait Covid 19 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah